Temanku dan Astro

Musim cuti sekolah ni memang banyak dapat jemputan. Puas juga nak memenuhi semua undangan, tapi ada juga yang memang tak terdaya nak dipenuhi. Tahniah buat teman Kak Long, Hana yang dah bergelar puan hari ini. Akhirnya tercapai juga hasrat untuk bersama si dia yang dicintai walaupun hampir lima tahun menghadapi halangan dan rintangan. Insya Allah, bila dah banyak halangan yang ditempuhi, pastinya masing-masing akan lebih menghargai ikatan yang terjalin. Oppss…ni bukan cerita yang ditayangkan ASTRO okay.

Menyebut tentang Astro ni, sebenarnya, malam ni Kak Long rajinlah pula nak melayan TV. Tiba-tiba bila hujan mula turun, langsung hilang siaran. Ingatkan sekarang ni tak ada dah problem tu, tapi rupanya masih berlaku apa yang pernah disuarakan orang ramai dulu iaitu Astro selalu ada gangguan bila hujan. Dah lama tak rajin menghadap TV, sebab tu hairan juga bila masih berlaku. Kak Long pun tak tahu, apakah semua tempat atau di kawasan Kak Long saja masih berlaku. Malas nak tunggu (lebihlah 5 minit), terus aje padam suis and say good bye.

Mawar Merah – Lama tak naik komuter. Masa sambung belajar dulu, hampir tiap minggu jadi pelanggan KTMB. Esok nak jalan-jalan naik komuter lepas kenduri di rumah sepupu. Jom…

Ku berikan cinta

Perasan tak yang Kak Long dah ada plugins baru untuk setiap komen daripada pengunjung blog? Yang sebetulnya, Kak Long dah lama mendaftar kat commentluv tu, tapi baru beberapa hari ni aje install dan aktifkan plugins tu pada blog Mawar Merah ni.

Idea untuk aktifkan plugins ni bermula beberapa hari lepas. Entah mengapa, setelah mata berpinar menghadap skrip jawapan peperiksaan percubaan SPM pelajar, rajin betul nak menggodek dan menyelongkar entri-entri lama di blog beberapa orang teman blogger. Masa tu, streamyx pulak tak cari pasal. Semasa menyelongkar untuk membaca entri-entri lama di beberapa blog tu, terjumpa pulak dengan entri tentang commentluv dalam page Kenangan Lalu dalam kategori tutorial pada blog Kujie. Walaupun yang Kak Long baca tu, bukan cara nak install plugins commentluv, tetapi entri tu yang memberi ilham untuk install dan aktifkan plugins tersebut. Terima kasihlah cikgu Kujie sebab salah satu tutorial tentang commentluv tu menyemarakkan semangat nak cuba gunakan plugins tu pada blog Kak Long. Dan alhamdulillah, tak sampai 10 minit, plugins tu berjaya dipasang di blog ini.

Cinta Strawberi

mawar merah

mawar oh mawar merah!

strawberry choclate

coklat strawberi

Bersakan makan coklat strawberi. Nasib baik balik menurun tanah tinggi, kalau mendaki, mesti kereta tu perlahan macam kereta lembu sebab berat yang bertambah…

Mawar Merah - Ada apa dengan cinta? Bunga dan wanita atau coklat dan strawberi?

p/s   Masih gambar daripada hp saya. Lambat betul nak upload gambar.

Cinta Tak Kenal Siapa

Cinta Tak Kenal Siapa (Aris Ariwatan)

Tidak salah rasanya
Andai kumemuja
Anggun di wajahmu
Kerna hati ini dah tertawan

Cinta tak kenal siapa
Hadir tanpa dipaksa
Walau berkecai badan
Melepaskanmu
Aku rela berputih tulang

Dan tak sanggup aku lihat
Engkau dipimpin oleh insan lain…Oh
Dan tak sanggup aku dengar
Tentang keburukanmu…Ooh

Hendak kuhampirimu
Untukku luahkan semuanya
Sayangnya lidahku kelu
Apa lagi yang harus kuperbuat
Agar kau mengerti maksud tersirat

Maka terpaksalah aku melepaskan
Apa yang telah tersimpan sekian lama
Aku cintakanmu Aku perlukanmu
Untuk mengisi ruang kekosongan

Kau merenung bersahaja
Lalu (kau) tersenyum tanda rela

Kemarilah kekasih
Tak perlu kau menoleh
Aku di depanmu bukanlah bayang
Kuingin cipta sejarah
Sejarah indah…denganmu

Kak Long – Balik dari “rumah” megat tadi. Terkenang lagu ni kerana tiba-tiba sahaja perasaan cinta menggebu dalam hati. :) Rasa cinta pasti ada dalam setiap manusia dan terpulanglah kepada kita untuk mengendalikan dan menguruskan rasa cinta itu dengan sebaik-baiknya.

Walau bagaimanapun, biarlah cinta kepada manusia tidak mengatasi cinta kita kepada-Nya.

Ayat-ayat Cinta

Kak Long pasti ramai yang biasa mendengar lagu Ayat-ayat Cinta dendangan Rossa.  Lagu yang menjadi lagu tema Filem yang mempunyai judul yang sama ini memang sedap didengar. Senikatanya juga puitis.  Hal ini mungkin menjadi salah satu sebab filem ini mendapat sambutan.

Walaupun lagu ini tidaklah serancak dulu disiarkan di media eletronik, namun Kak Long masih suka mendengarkan lagu tersebut. Continue reading
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...