Bunga Tanjung dan Pokok Tanjung

Semasa saya ke utara, Kak Long jumpa pokok ni berhampiran rumah kenduri di utara tanahair yang Kak Long hadiri baru-baru ini. Kak Long tanya tuan rumah, pokok apakah ini? Terus-terang Kak Long tak kenal pokok ini dan tertarik sungguh dengan buahnya yang comel dan lonjong itu.

Bila tuan rumah beritahu bahawa pokok itu ialah pokok tanjung, memang terlopong sekejap sampai lalat masuk mulut. Setahu Kak Long, tanjung ialah sejenis bunga yang putih berseri. Kak Long juga tahu yang Tanjung ialah nama lain bagi Georgetown. Tapi Kak Long tak tahu, pokok tanjung ni begitu rendang. Mungkin juga bunganya terbit daripada buah yang comel itu. Oh, siapa boleh beri jawapannya?

Pada masa tu, bunganya tiada. Jadi, tak dapatlah Kak Long mencium keharuman bau si bunga tanjung!

Walaubagaimanapun, mari kita layan lagu Bunga Tanjung ini. Ada 2 lagu yang liriknya berbeza. Lagu pertama yang dapat dikongsi di sini ialah lagu asli Tradisional nyanyian Siti Mariam.

Tengok gambar bunga tanjung dalam video ini. Rasanya betul yang bunga tu berasal daripada buah comel seperti gambar pertama yang Kak Long. ambil tu.

Ada satu lagi lagu Bunga Tanjung yang sangat popular iaitu lagu yang pernah dinyanyikan oleh Allahyarhamah Toh Puan Saloma, dan pernah juga dinyanyikan semula oleh Datuk Syarifah Aini. Tapi di sini Kak Long dapat kongsi lagu yang dinyanyikan oleh Dato’ Yusni Hamid.

Bunga Kantan Bunga Siantan

Mari kenali Bunga Kantan yang mempunyai nama saintifik Etlingera elatior juga dikenali sebagai Torch Ginger ataupun bunga siantan (Wikipedia). Memandang bunga warna pink ini boleh medamaikan. Tambahan pula melalui hari yang sungguh meletihkan.

Apa aktiviti hari ini? Jaga periksa, pergi pejabat imigresen dan kemudian bersadai agak lama di balai polis. Macam-macam urusan nak diselesaikan belakangan ini. Pelik dengan sikap segelintir manusia yang sewenang-wenangnya mempergunakan orang lain untuk mendapatkan wang secara mudah tanpa memikirkan perbuatannya itu. Jangan fikir semua orang boleh ditindas begitu sahaja. Bila dah bawa kes polis, barulah sibuk nak selesaikan secara baik.

Lupakan sebentar ragam manusia. Apa menu untuk petang tadi? Teringin nak masak laksa. Dah dapat daun kesum dan bunga kantan, mudah sediakan laksa setelah menyediakan isi ikan sardin. Kalau ikan tamban buat laksa, lagi sedap. Tapi dah tak jumpa ikan tamban, apa yang dapat tu syukur sajalah.

kudup menjadi kuntum

Cerita tentang bunga kantan, serimbunan pokok bunga kantan di belakang rumah ayah Kak Long memang tempat yang sering saya tujui jika pulang ke rumah ayah. (Nasib baik tak tuju pokok buluh betung. Kalau tak, mesti orang terfikir yang Kak Long ni Puteri Buluh Betung pulak!)

Teringat juga kisah bunga kantan yang ditanam di halaman rumah adik Kak Long di Subang Bestari dulu. Bertahun ditanam, tak pernah keluar bunga. Tiba-tiba, bila adik Kak Long sebut nak tebang dan buang sahaja pokok-pokok tu, terus sahaja pokok tu mengeluarkan bunga yang sangat comel. Macam ada perasaan sahaja pokok tu.

Kak Long suka bunga kantan. Masak dengan asam pedas, masak laksa atau buat kerabu. Walaupun dahulu jarang masak laksa sebab Encik Suami tak suka bau bunga kantan dan daun kesum, sekarang ni, dia dah boleh makan pula masakan yang ada campuran bunga kantan dan daun kesum.

Mungkin ramai yang tak suka akan baunya. Anda bagaimana?

Kak Long Mawar Merah:   Kak Long suka juga ambil bunga kantan yang sedang separuh mekar untuk dibuat hiasan di atas meja. Cantik kan!

Mawar Putih Mawar Kuning

Dah lama tak menikmati alam sekitar kawasan pejabat. Semenjak sibuk memanjang, walaupun lalu-lalang di situ setiap hari, terlupa nak membelek-belek pasu-pasu bunga. Hari ni tadi, berhenti mebelek-belek bunga-bunga mawar yang sedang berbunga di dalam pasu. Musim panas, bunga-bunga pun kurang bermaya walaupun ada juga yang sedang berkembang.

Rasa nak nyanyi lagu Mawar putih untuk mama, lalalala....

Kasihannya kudup si kuning yang agak kekeringan

Berkembangan namun bunga pokok ini kecil-kecil sahaja.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...