Asalnya nak menebus hadiah baucer percuma Haagen Dazs yang diterima daripada Exabytes. Tambahan pula, anak-anak sibuk nak naik keretapi. Jadi, serampang dua mata, maka bersiap-siaplah Kak Long dengan diiringi oleh pembantu rumah Kak Long yang sama laju bersiap nak ikut bila tahu Kak Long nak ke KLCC. Seronok sangat sebab nanti nak tunjuk satu kampung dia dapat bergambar di KLCC.
Sebelum pergi, sempat berbalas twitter dengan blogger popular Kujie yang juga ada perancangan nak jalan-jalan kotaraya.
Sampai di Seremban, hujan sangat lebat. Selepas meletakkan kereta dalam hujan lebat di stesen komuter, berlelah pula mengejar komuter. Namun kena tunggu komuter seterusnya kerana hanya sempat memandang belakang komuter sahaja. Saat akhir, adik Kak Long beritahu yang anak-anaknya pula nak turut sama. Layan ajelah.
Punyalah seronok kanak-kanak riang dalam komuter. Maklumlah, selama ni kalau ke KL, biasanya naik kereta. Kalau sebut dapat naik pengangkutan awam, tak kiralah bas ke atau keretapi (segala jenis keretapi pun tak kisah), terujalah sangat.
Sampai di KLCC, terus ke kaunter pertanyaan untuk mencari lokasi Haagen Dazs tapi diberitahu yang outlet Haagen Dazs di KLCC ditutup untuk pengubahsuaian. Ceh, pelangi anganku musah berkecai!
Kemudian, suami adik saya pula datang menaiki kereta walaupun anak-anaknya seronok sungguh menaiki komuter dan lrt. Kami ke GLC Open Day dan seronok betul kanak-kanak riang mengambil bahagian dalam pelbagai acara yang disediakan serta mendapat pelbagai hadiah di sana.




Roger-roger dengan Kujie dan akhirnya dua orang makcik berpeluk arab tengah orang ramai. Dah nak habis masa, masih sempat masuk peraduan dan berkat tuah Intan, berjaya juga main kejar-kejar dengan encik M,R, C & B.
Banyak yang menarik di situ tapi GLC Open Day sudah hampir menutup tirai. Kami balik dengan pelbagai hadiah yang dimenangi anak-anak dan cenderahati yang diberikan oleh syarikat-syarikat yang megambil bahagian dalam pameran yang diadakan.
Rombongan cik Kiah tetap pulang dengan komuter walaupun ada orang offer kereta ke Seremban. Penumpang masih ramai dan bila penumpang dah reda, sepupu-sepapat tu siap bersila atas lantai sampai ke stesen Seremban.


