Bintang Popular 2011
Dulu Lain Sekaran… (114)
bEe (100)
maza (99)
akubiomed (94)
kakngah (62)
titan (54)
Tie (51)
Pacifista (42)
secangkir madu merah (40)
Kujie (36)
Share di sini bahawa telah sampai ke hari terakhir Peraduan Tulis, Teka dan Menang di blog mawarmerah2008.com ini.
Tarikh tutup peraduan ialah pada pukul 11.11 malam. Segala penyertaan selepas waktu tersebut akan terbatal dan Kak Long pun tak berniat untuk menunda tarikh atau waktu akhir peraduan ini. Dan alhamdulillah, penyertaan juga telah melepasi angka target Kak Long iaitu 30 orang dalam jangkamasa kurang lebih, 40 hari.
Terima kasih kepada yang telah sudi membeikan sokongan dan mengemukakan cadangan dan komen yang membina. Kak Long sedang menunggu lagi jika ada peserta terakhir untuk peraduan ini sehingga tepat pukul 11.11 malam nanti.
Selepas membaca entry Pacifista baru-baru ini tentang blognya yang telah mendapat Page Rank 2, Kak Long pun teringin juga nak semak PR untuk blog Mawar Merah ini. Sebelum ini, memang tak pernah terfikirpun hendak semak. Maklumlah blog yang ditulis sesuka hati sahaja, entah-entah tak ada PR langsung.
Bila disemak, beginilah hasilnya. Alhamdulillah, dapat juga blog ini mencapai PR 2. Nampaknya, lepas ni Kak Long kenalah cuba berusaha untuk sekurang-kurangnya mengekalkan PR blog Mawar Merah ini. Agak-agaknya ada harapan tak?
Jika ada yang masih belum semak dan nak semak juga, silalah ke SINI.
Asalnya nak menebus hadiah baucer percuma Haagen Dazs yang diterima daripada Exabytes. Tambahan pula, anak-anak sibuk nak naik keretapi. Jadi, serampang dua mata, maka bersiap-siaplah Kak Long dengan diiringi oleh pembantu rumah Kak Long yang sama laju bersiap nak ikut bila tahu Kak Long nak ke KLCC. Seronok sangat sebab nanti nak tunjuk satu kampung dia dapat bergambar di KLCC.
Sebelum pergi, sempat berbalas twitter dengan blogger popular Kujie yang juga ada perancangan nak jalan-jalan kotaraya.
Sampai di Seremban, hujan sangat lebat. Selepas meletakkan kereta dalam hujan lebat di stesen komuter, berlelah pula mengejar komuter. Namun kena tunggu komuter seterusnya kerana hanya sempat memandang belakang komuter sahaja. Saat akhir, adik Kak Long beritahu yang anak-anaknya pula nak turut sama. Layan ajelah.
Punyalah seronok kanak-kanak riang dalam komuter. Maklumlah, selama ni kalau ke KL, biasanya naik kereta. Kalau sebut dapat naik pengangkutan awam, tak kiralah bas ke atau keretapi (segala jenis keretapi pun tak kisah), terujalah sangat.
Sampai di KLCC, terus ke kaunter pertanyaan untuk mencari lokasi Haagen Dazs tapi diberitahu yang outlet Haagen Dazs di KLCC ditutup untuk pengubahsuaian. Ceh, pelangi anganku musah berkecai!
Kemudian, suami adik saya pula datang menaiki kereta walaupun anak-anaknya seronok sungguh menaiki komuter dan lrt. Kami ke GLC Open Day dan seronok betul kanak-kanak riang mengambil bahagian dalam pelbagai acara yang disediakan serta mendapat pelbagai hadiah di sana.




Roger-roger dengan Kujie dan akhirnya dua orang makcik berpeluk arab tengah orang ramai. Dah nak habis masa, masih sempat masuk peraduan dan berkat tuah Intan, berjaya juga main kejar-kejar dengan encik M,R, C & B.
Banyak yang menarik di situ tapi GLC Open Day sudah hampir menutup tirai. Kami balik dengan pelbagai hadiah yang dimenangi anak-anak dan cenderahati yang diberikan oleh syarikat-syarikat yang megambil bahagian dalam pameran yang diadakan.
Rombongan cik Kiah tetap pulang dengan komuter walaupun ada orang offer kereta ke Seremban. Penumpang masih ramai dan bila penumpang dah reda, sepupu-sepapat tu siap bersila atas lantai sampai ke stesen Seremban.
Sejak pagi Sabtu skrin monitor saya gelap gulita..
Maka apabila hanya membuka netbook kerana kedua-dua laptop saya tiada di sisi. Yang satu saya tinggalkan dalam almari besi di sekolah. Manakala yang satu lagi dah saya minta juruteknik di sekolah saya tolong formatkan dan belum saya ambil.
Baru setahun lebih saya gunakan monitor tu, ntah kenapa tiba-tiba padam sahaja. Nampaknya kena cari monitor baru yang sama besar kerana sekarang ni tak berapa seronok lagi nak menghadap netbook atau laptop yang saya rasa tak luas pandangan. Lagipun jari jemariku dah tak berapa nak runcing, mengetuk keyboard netbook ni, hehehe…
Kalau dah terpaksa macam hari ni, sebab dah beberapa hari tak update blog, menghadap juga. Macam kata yang selalu saya dengar,
Daripada cempedak, baiklah nangka.. Daripada tidak, baiklah ada.