Mood cuti berkenduri

Tiap-tiap minggu, penuh jemputan kenduri kahwin. Hari ini, Kak Long ke rumah kenduri  perkahwinan di Rantau. Tuan rumah merupakan salah seorang yang agak rapat dengan sebilangan besar warga sekolah kami.  Tambahan pula beliau memegang salah satu jawatan di dalam persatuan yang berkait rapat dengan sekolah kami Maka, ramailah kawan-kawan termasuk Tok Ketua bergerombolan memenuhi jemputan tuan rumah yang meraikan perkahwinan anak sulungnya.

Ramai jemputan termasuklah YAB Menteri Besar NS. Mula-mula cemas juga sebab jalan yang agak sempit, namun berkat galakan teman-teman yang menemani, berjaya juga ekspedisi ala-ala camel trofi ini.

Petang ini, mood balik kampung sudah tiba. Seronoknya, bila semua adik beradik turut sama pulang bermalam di rumah ayahanda.

Ombak Rindu Tahun Baru

Gallery

Tahun Baru 2012 telah bermula. Ombak Biru berganti Ombak Rindu. Kak Long meraikannya seperti hari-hari Minggu yang biasa, ke pasar, membaca akhbar mingguan, memasak untuk keluarga dan makan serta berbual bersama-sama. Hari Minggu di kawasan sekitar tempat tinggal Kak Long … Continue reading

Lady Gaga bersama Alvin And The Chipmunks

Gallery

Minggu lepas, baru sempat menonton Alvin And The Chipmunks 3 bersama anak dan anak-anak saudara. Bila hero-hero kecil ni dah berkumpul, memang boleh jadi Lady Gaga Lady Gagak dibuatnya. Memang seronok menonton cerita ni. Dalam banyak-banyak aksi yang buat kita … Continue reading

Menanti pulang

Gallery

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha. Baru lepas bersiap untuk pulang ke kampung Encik Suami. Raya kali ini giliran rumah mertua. Awal pagi dah bersiap, tapi Encik Suami ada program dulu sebelum kami pulang ke kampung. Nasib baiklah dekat aje. … Continue reading

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...