Mawar Merah dan Ros Merah Jambu: Mata bertentang mata.

Hari Sabtu, subuh-subuh lagi saya bertolak dari rumah untuk ke KUALA KUBU BARU untuk menghadiri kursus jangka pendek. Saya melalui SERENDAH, kawasan jajahan KUJIE  dan sempat mengambil gambar untuk live blogging dan berhenti sebentar di kawasan yang bernama RASA menghantar gambar tersebut.

Dalam hati memang terkenang pada Kujie, yang telah lama dikenali di alam maya namun masih belum pernah bersua muka sebab itu saya hantar gambar dalam kawasan SERENDAH.

Lewat malam, baru berkesempatan melepak di depan komputer dan membaca komen Kujie. Bila Kujie sendiri menyuarakan hasrat untuk bertemu, pastilah saya teruja. Saya balas komen tersebut, namun tak berani menghubungi Kujie, bimbang mengganggu pula.

Selepas berkursus, dalam perjalanan pulang, saya teringat untuk membaca sms yang diterima semasa saya baru memulakan perjalanan. Ada 2 sms dari Kujie. Saya berhenti di BATANG KALI dan membalasnya.

Kesihan dia. Baru aje sampai Selayang dah kena patah balik ke Rawang untuk bertemu Kak Long.

Berdebar juga nak jumpa Kujie, blogger popular tu, ada rasa macam nak jumpa kekasih hati buat kali pertama pulak. Akhirnya kami bertemu juga berhapiran Mydin Rawang. Dan seronoknya bila kami akhirnya bertemu. Kujie datang bersama Intan dengan membawa sepasu bunga mawar merah jambu.

Hadiah kenangan daripada Kujie dan Intan

Hadiah kenangan daripada Kujie dan Intan

Mawar Merah : Kujie merupakan teman blogger Mawar Merah yang pertama saya temui walaupun dah beberapa kali beruja-uja untuk bertemu si Bintang Comel tu.  Sempat bergambar kenangan untuk simpanan peribadi, kemesraan dapat bertemu dengan Kujie dan Intan (yang comel sangat….), membuat saya percaya dunia blogger bukan hanya berkisar di alam maya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 thoughts on “Mawar Merah dan Ros Merah Jambu: Mata bertentang mata.

    • Iza,
      Lum ada jodoh tu…
      Dengan Kujie yang tak pernah dirancang nak jumpa, tiba-tiba ‘termasuk’ dalam jajahannya.
      Insya Allah, lepas ni jumpa Iza pulak!

    • Seronok betul dapat jumpa Kujie dan Intan.
      Memang tak disangka-sangka.. :)

      Mawar Merah dan Ros Merah Jambu, persahabatan pun menggebu…