Semasa saya ke utara, Kak Long jumpa pokok ni berhampiran rumah kenduri di utara tanahair yang Kak Long hadiri baru-baru ini. Kak Long tanya tuan rumah, pokok apakah ini? Terus-terang Kak Long tak kenal pokok ini dan tertarik sungguh dengan buahnya yang comel dan lonjong itu.
Bila tuan rumah beritahu bahawa pokok itu ialah pokok tanjung, memang terlopong sekejap sampai lalat masuk mulut. Setahu Kak Long, tanjung ialah sejenis bunga yang putih berseri. Kak Long juga tahu yang Tanjung ialah nama lain bagi Georgetown. Tapi Kak Long tak tahu, pokok tanjung ni begitu rendang. Mungkin juga bunganya terbit daripada buah yang comel itu. Oh, siapa boleh beri jawapannya?
Pada masa tu, bunganya tiada. Jadi, tak dapatlah Kak Long mencium keharuman bau si bunga tanjung!
Walaubagaimanapun, mari kita layan lagu Bunga Tanjung ini. Ada 2 lagu yang liriknya berbeza. Lagu pertama yang dapat dikongsi di sini ialah lagu asli Tradisional nyanyian Siti Mariam.
Tengok gambar bunga tanjung dalam video ini. Rasanya betul yang bunga tu berasal daripada buah comel seperti gambar pertama yang Kak Long. ambil tu.
Ada satu lagi lagu Bunga Tanjung yang sangat popular iaitu lagu yang pernah dinyanyikan oleh Allahyarhamah Toh Puan Saloma, dan pernah juga dinyanyikan semula oleh Datuk Syarifah Aini. Tapi di sini Kak Long dapat kongsi lagu yang dinyanyikan oleh Dato’ Yusni Hamid.
Kalau tak silap ada lagu Bunga Tanjung dari Datuk Syarifah Aini..
anif recently posted..Harga Sony Tablet S Diumumkan
Lagu yang dinyanyikan semula oleh Datuk Syarifah Aini tu memang popular dan sering didengar, tapi tak dapat pulak nak share video tu.
Mawar Merah recently posted..Wordless Wednesday : Nostalgia
depan rumah makcik saya ada bunga tanjung memang warna putih…dulu saya tanya kat makcik kenapa pokok ni tak berbuah sebab saya ingat tu pokok manggis…makcik saya kata ni pokok bunga tanjongla….mana ada buah…
Yang nampak macam buah tu yang akan jadi bunga, kan?
Mawar Merah recently posted..Mee Banjir Udang Kuala Sepetang Mak Teh Menggamit Datang
Saya baru pertama kali melihat pokok dan buah Tanjung.
Kak Long pulak, pernah tengok bunga tapi memang pertama kali tengok poko dan buahnya.
Mawar Merah recently posted..Menjejak kasih di Bagan Serai
kat kg nizam masih banyak pokok ni…orang2 tua suka kutip..nizam pun suka akan bunganya..buah dia xla sedap sangat..
nizam recently posted..Video Jaringan Kelantan Vs Kuala Lumpur 2012
ooo macam nie bunga tanjung….belum pernah tengok lagi sebelum nie,,,
hatiputera recently posted..Hantar kokain ke Ibu Pejabat PBB
Dengar lagu bunga tanjung, selalu kan?
bab kenal bunga taau pokok, memang fail la.
kalau kenal buah, boleh tahan lagi. hehe
ohcikgu recently posted..Semakan Tawaran bagi Kursus Perguruan GSTT ambilan ke 2 Disember 2011
Memang fail…
Lepas ni baru nak kenal-kenal.
sy yg dok png nie pun tak tahu pokok tanjung..baru nie tgok rupanya.hehe..
puan kutu recently posted..Tonton Online : Biar Mimpi Sampai Ke Bintang
Kalau kita pernah nampak pun sebelum ini, mungkin kita tak sedar yang itulah pokok tanjung, kan?
Kak Long Mawar Merah recently posted..Bunga Tanjung dan Pokok Tanjung
Barulah tahu rupa buah dan bunga tanjung..
Nur recently posted..Saya memang suka bunga
Bila Kak Long tengok, rasa nak cari sebatang untuk ditanam.
Kak Long Mawar Merah recently posted..Bunga Tanjung dan Pokok Tanjung
teringat kata kata kawan masa dahulu… “abang tanjung”, hehehehe
Juan recently posted..Latest Western Actor May Convert to Islam
Hai “abang tanjung”!
Kak Long Mawar Merah recently posted..Bunga Tanjung dan Pokok Tanjung
Lama dah yas tak tengok dan bau haruman bunga tanjung…ntah2 dah lope kot…seb bek entri kak long kasi refresh balik ingatan nih…:)
yas recently posted..Paintball Bukit Cherakah – 28-01-2012
Kak Long pulak rasa nak nyanyi je lagu bunga tanjung, masa tulis entri ni, lalalala….
Mawar Merah recently posted..Cinta tertumpah ke bumi
rasa ke memang dah nanyi nih?hehehe
nizam recently posted..Video Jaringan Kelantan Vs Kuala Lumpur 2012
moyang nizam selalu je kutip bunga tanjung ni..kalo masuk bilik dia memang wangi semerbak je..hehe
nizam recently posted..Video Jaringan Kelantan Vs Kuala Lumpur 2012
Tak perasan pulak samada dah penah tgk atau belum bunga tanjung. Tapi suka dengar lagu bunga tanjong versi Sharifah Aini. Bila dgr lirik lagu tu, baru tahu sifat si bunga tanjung.
Mekar recently posted..Miang Khum…Appertizer Unik dari Thailand