Weblog Popular 1 Malaysia : Saya ingatkan…

Posted By Mawar Merah on October 31, 2009

Weblog Popular 1 Malaysia -contest yang dianjurkan Denaihati dah nak berakhir malam ini. Pada teman-teman yang masih belum membuat pencalonan dan berhajat nak membuat pencalonan, jangan lupa…cepat-cepatlah buat sebelum tarikh tutup.

Saya telah membuat pencalonan untuk Kujie (Hidup Bir Sedap) dan saya gembira kerana pencalonan tersebut telah dimanfaatkan oleh beberapa orang teman untuk mencalonkan Kujie walaupun hanya membenarkan copy and paste saja entri tersebut. Saya juga mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Kujie kerana membuat satu entri yang istimewa sempana pencalonan itu. Walaupun sangat sukar untuk memenuhi syarat minima pencalonan untuk pertandingan ini, namun sebenarnya pencalonan ini merupakan satu tanda penghargaan kepada blogger-blogger yang memang layak untuk dicalonkan.

Beberapa hari belakangan ini, ketika berkunjung ke blog Hidup Biar Sedap, hati saya berkata bahawa saya membuat pemilihan yang tepat untuk mencalonkan blog tersebut kerana perkongsian dalam ilmu berblog terutama bagi saya yang masih mentah dalam dunia blog yang saya temui pada pemilik blog ini amat mengkagumkan. Terima kasih banyak2.

Kak Long – Walau apapun keputusannya nanti, bagi Kak Long, blog KujieĀ  (Hidup Biar Sedap) memang weblog popular 1Malaysia! Selamat berjaya….

Related Posts with Thumbnails

About The Author

Mawar Merah

Comments

4 Responses to “Weblog Popular 1 Malaysia : Saya ingatkan…”

  1. Kujie says:

    Kak Long ni kan… dah le hujan diluar rumah

    sekarang hujan dlm rumah pula…dah le saya ni gembeng….

    takut betulah ayat-ayat Kak Long ni… risau gagal mengekalkan apa yang diharapkan.

  2. Mawar Merah says:

    Hujan juga kat sini…
    jom kita sama-sama main hujan…

    Tak sungguh tak melata,
    Tak sungguh, orang tak kata..

    Insya Allah, seorang yang sentiasa mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat, pasti akan terus maju…Amin!

  3. cheryna says:

    yup…kan best kalau kak jie masuk project alpha…sha rasa seronok pulak kalau cenggitu….baru meriah!

    kak jie jangan takut…sha setuju ngan kak long:)

  4. megat says:

    ya setuju kak long! blog kak jie sememangnya layak menerima pujian sebegitu!

    bukan sahaja blog yang menulis tentang umum tetapi juga melambangkan kehidupan seorang isteri muslimah, ibu dan kakak yang mengambil berat akan peminatnya.

    tunggu untuk calonkan blog kak long pula (he3).

    best pulak ada byk-byk akak nie sbb sy xde akak ;)