Terjah Blog FuhyooFM

Semasa bersiaran pada 28 Januari yang lalu iaitu pada hari Khamis jam 12 tengah hari, saya tidak dapat mendengar siaran langsung rancangan Dunia IE dan juga salah satu segmen yang disiarkan iaitu Segmen Terjah di  FuhyooFM  iaitu radio internet pertama di Malaysia yang mempelopori bidang pendidikan sebagai landasan utama mencungkil bakat-bakat muda dalam bidang penyiaran. Selepas diberitahu yang blog saya diterjah oleh tuan punya blog Hidup Biar Sedap iaitu Kujie, seperti yang telah pernah saya ceritakan di sini, saya cuba mendengar siaran ulangannya pada Rabu berikutnya iatu jam 2 petang namun disebabkan masalah network, saya tidak dapat mendengar suara yang berkumandang di radio FuhyooFm.com tersebut.

Namun, semalam ketika melawat blog FuhyoFM ini, saya dapati rakaman segmen tersebut yang dikendalikan oleh DJNueman dan DJShafik telah diletakkan di blog tersebut dalam ruangan Dunia IE/Terjah Blog. Saya difahamkan yang rakaman tersebut akan berada di situ selama sebulan. Jika ada antara rakan-rakan yang nak tahu apa yang dibicarakan, bolehlah mendengarnya di sana.
Blog Kak Long bukannya blog yang popular tapi terima kasih kepada FuhyooFM dot com yang telah memilih blog ini untuk diterjah. Hmmm….ada bebarapa cadangan daripada DJNueman dan DJShafik yang Kak Long fikirkan terutama supaya mengadakan ruangan siapa saya.  Semasa mula berblog, Kak Long cuma memikirkan bahawa blog hanya satu wadah untuk bercerita dan berkongsi pengetahuan tanpa niat memperkenalkan diri, maklumlah Kak Long ni kan kakitangan kerajaan yang berkhidmat untuk negara. Tambahan pula berada di bawah payung nama mawar merah yang merupakan sebahagian nama Kak Long membuatkan Kak Long berasa selesa menulis. Justeru, nak tanya pembaca blog ini, agaknya sejauh mana kepentingan mengenali seseorang penulis blog untuk terus membaca tulisannya? Dan apa yang perlu kita ketahui tentang seseorang pemilik blog yang membolehkan kita selesa membaca blognya? Boleh kongsi pendapat dengan Kak Long?

Mawar MerahAku menulis bukan kerna nama…lalalala, rasa nak bernyanyi-nyanyilah pulak. Cuaca pun panas, ntah-ntah hujan turun bila Kak Long nyanyi. Huhuhu…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 thoughts on “Terjah Blog FuhyooFM

  1. bg pocket tak perlu
    tak perlu kenal penulis hingga ke jumlah bilangan roti canainya seminggu…

    cukup dengan pandangan dan buah fikiran nya yang pastinya mengancam itu..
    kalau tak mengancam.. orang tak baca lah kan :D heheheheh

    dan kalau tak tahu orang nya bagaimana,
    baru lah ikhlas pembaca ini membaca,
    bukan kerana rupa sipenulis yg comel.. cleavage yg ganash…
    studio picture… semua tu kosmetik semata.
    kalau itu menjadi taruhan…
    abih la penulis lelaki …^^;

    tak gitu?

    • Terima kasih atas pandangan yang sangat bernas daripada pocket.
      Seronok Kak ong membacanya.
      Maka, Kak Long tahulah yang pocket ni kalau datang blog Kak Long bukan sebab kecomelan bunga mawar Kak Long, tapi sebab tulisan Kak Long yang mengancam….
      Aduhai…senyum lebar sampai telinga gitu….
      Hehehe…
      Mungkin orang nak tahu latar belakang sahaja, kan!