Pencalonan Blog Popular

Posted By Mawar Merah on October 17, 2009

Sebelum ini Kak Long dah terbitkan entri ini di blog lama Kak Long. Tapi memandangkan Encik Denaihati dah bersusah payah mengingatkan tentang pelanjutan tempoh contest Weblog Popular 1Malaysia ni dan  terdapat pula hadiah tambahan, maka Kak Long buat semula entri ini (dalam edisi edit) untuk pencalonan tersebut.

Dalam syarat: satu blog satu pencalonan. Agak-agaknya, ni blog baru, kalau dikira pencalonan baru, boleh ke? Haha…kena pertimbangkan tu Encik Denaihati….

weblogmalaysia

Entri ini bertujuan untuk mencalonkan sebuah blog untuk peraduan Weblog Popular 1Malaysia.

Untuk membolehkan seseorang itu memenangi peraduan ini dengan hadiah bernilai  RM 1000, sesebuah blog itu perlu  mendapat pencalonan terbanyak dari teman-teman blogger. Semua blogger di Malaysia layak untuk menyertai peraduan ini.   Apa yang diperlukan hanyalah buat satu posting di weblog ANDA dengan memilih satu blog yang paling ANDA sukai dan tuliskan apa bestnya weblog tersebut .

Saya tahu tentang contest Weblog Popular 1Malaysia dari blog http://kujie2.com dan blog yang paling saya sukai ialah blog  yang sama iaitu blog HIDUP BIAR SEDAP,  yang dimiliki oleh Kujie.

Contest Webblog Popular 1Malaysia ini dianjurkan oleh DenaiHati pemilik blog Yang Terbuku Di Hati.  Hadiahnya memang lumayan.  Peraduan ini bermula pada 1/7/2009 dan tamat jam 12.00 am pada 30/9/2009 tetapi telah dilanjutkan kepada 31/10/2009…..

Hadiah-hadiah tersebut ditaja oleh sponsor yang HEBAT iaitu : SAUDACARE dan ANISHA ONLINE MALL dan yang terbaru ONE MALAYSIA BLOGSHOPS.

Terima kasih daun keladi, semoga bermurah hati untuk sponsor lagi.

Saya nak senaraikan sebab-sebab saya suka blog HIDUP BIAR SEDAP,  yang dimiliki oleh Kujie. ini.

Antaranya:-

1.  Perkara pertama yang membuatkan saya tertarik dengan blog ini ialah tajuk blognya iaitu Hidup Biar Sedap yang membuatkan bila saya lihat, terdetik di dalam hati “Rasa-rasa pernah kudengar!”. Hmm…rupa-rupanya iklan ais krim kegemaran saya.

2.  Tajuk-tajuk entri yang menarik  menjadi daya tarikan untuk terus mengunjung blog ini.

3.  Saya juga sukakan isi kandungan blog ini sebab macam-macam ada.

4. Informasi dan bahasa yang terdapat pada blog ini memang menarik.

5. Blog ini juga sentiasa mempunyai entri baru.

5. Satu lagi sebab ialah pemiliknya mudah mesra.

Sesiapa yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang peraduan ini, kerana, bukan hadiah untuk blog popular sahaja yang ada, malahan hadiah untuk blog yang menjadi rujukan dan hadiah untuk ranking 1- 8 di google.com.my dengan keywords “Weblog Popular 1Malaysia” pada jam 12.00 am 1/11/2009, maka silalah berkunjung ke blog penganjurnya iaitu Denaihati di blog beliau iaitu linknya [ sini ] .


Related Posts with Thumbnails

About The Author

Mawar Merah

Comments

16 Responses to “Pencalonan Blog Popular”

  1. cheryna says:

    yes…sesuai betul letak kak jie jadi blog paling popular!

    * teringin nak jadi macam kak long…boleh buat keputusan blog paling popular. sha pulak masih berkira2 nak bagi kat sapa…sbb semuanya best!

    selamat hari deepavali, kak long:p

    hehehe….one malaysia!

    • Mawar Merah says:

      Kan ke rugi bila tidak menggunakan hak kita sebagai pengundi…chey wah, macam kempen pilihanraya pulak!

      ***Sha, jangan tunggu lama-lama….nanti tempoh habis.
      Tepuk dada, tanya selera…kalau susah sangat, ambil kertas, cabut undi!

  2. denaihati says:

    terima kasih tolong promosi. peminat hidup biar sedap ni ramai tapi tak ramai yg sudi nak calonkan …emmmm

    • Mawar Merah says:

      Terima kasih kembali….

      Semoga yang minat blog Kak Jie ni akan bangkit membuat pencalonan selepas cuti Deepavali. hehehe…

  3. iza says:

    Selamat bercuti Kak Long…
    Pencalonan di sokong 100% hehehe

    • Mawar Merah says:

      Selamat bercuti juga Iza!
      Kak Long bercuti Deepavali dengan menghadiri pelbagai majlis kenduri. Dapur tak berasap sepanjang cuti….fuh!

      Kalau pergi daftar untuk penamaan calon pasti tak ada masalah kertas pencalonan ditolak ni!

  4. Neeza says:

    Salam kak long… neeza setuju tu… Kita kena pandang belakang supaya kita belajar dari kesilapan dan teruskan segala kebaikan..
    tapi yang sedihnya, ada orang pandang belakang dan ungkit semua kesilapan orang lain.. sedih kan..

  5. Mawar Merah says:

    Salam neeza,
    Terima kasih…
    Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.
    Kita tidak mungkin akan belajar sesuatu jika hanya tahu mengungkit dan mencari kesalahan orang lain, kan?

  6. [...] – Terimakasih Kak Long Mawar Merah kerana mencalonkan saya dalam Contest Weblog Popular [...]

  7. kak an says:

    Mawar merah, macam mana kalau nak calon kan hidup biar sedap. Kak an tak reti.
    Tolooooong!

  8. Mawar Merah says:

    Kak An,
    Terima kasih singgah.
    Kak An boleh copy and paste saja entri di blog saya.
    Kalau nak tambah, atau ubahsuai dari sana boleh aje.
    Kemudian jangan lupa join twitter dan retweet entri contest tu.
    Jangan lupa juga letakkan banner Weblog Popular 1Malaysia tu kat sidebar Kak An.
    Cuba dulu, mana yang kurang pasti, nanti kita cuba baiki.

  9. Kak An says:

    Salam cikgu, Kak An copy paste entry cikgu ni.. takut tak sempat nak fikir, jadi ambil jer milik cikgu…jangan amrah ya.. terima kasih..
    salam kenal dari Kak An :)

    • Mawar Merah says:

      Salam Kak An, tak bmarah..
      Saya dah lama bagi keizinan.
      Kalau ada sesiapa yang nak copy paste lagi, dipersilakan.
      Semoga dapat mecalonkan sebelum tarikh tutup yang tinggal beberapa hari lagi.