Perasan tak yang Kak Long dah ada plugins baru untuk setiap komen daripada pengunjung blog? Yang sebetulnya, Kak Long dah lama mendaftar kat commentluv tu, tapi baru beberapa hari ni aje install dan aktifkan plugins tu pada blog Mawar Merah ni.
Idea untuk aktifkan plugins ni bermula beberapa hari lepas. Entah mengapa, setelah mata berpinar menghadap skrip jawapan peperiksaan percubaan SPM pelajar, rajin betul nak menggodek dan menyelongkar entri-entri lama di blog beberapa orang teman blogger. Masa tu, streamyx pulak tak cari pasal. Semasa menyelongkar untuk membaca entri-entri lama di beberapa blog tu, terjumpa pulak dengan entri tentang commentluv dalam page Kenangan Lalu dalam kategori tutorial pada blog Kujie. Walaupun yang Kak Long baca tu, bukan cara nak install plugins commentluv, tetapi entri tu yang memberi ilham untuk install dan aktifkan plugins tersebut. Terima kasihlah cikgu Kujie sebab salah satu tutorial tentang commentluv tu menyemarakkan semangat nak cuba gunakan plugins tu pada blog Kak Long. Dan alhamdulillah, tak sampai 10 minit, plugins tu berjaya dipasang di blog ini.
Salam Kak LOng…
Bila baca entri ini, saya terfikir- andai satu hari nanti kita ( blogger ) dah tak ada lagi … pergi menemui Penciptanya, harap² entri yang ditinggalkan boleh memberi manfaat pada orang lain.
Sebab itu saya sangat berhati² menulis kerana kita tak tahu, detik ini, kejap lagi..esok atau lusa kita telah tiada…kalaulah dalam blog bersepah dengan entri yang bertujuan menyakitkan hati orang atau entri yang memgundang sengketa – dosa itu akan berpanjangan selagi ada orang membacanya…..Nauzubillah minta dijauhkan oleh Allah
Tapi saya pun manusia biasa, kadang² ada tergelincir kata, ada terlanjur bicara…. maaf ye Kak LOng
Kujie recently posted..Hidup Biar Sedap – Teman Merdeka Paling Hot!
Salam Kujie,
Kak Long setuju dengan apa yang Kujie katakan itu. Kak Long juga berharap, biarlah apa yang kita tinggalkan boleh memberi manfaat kepada orang lain biarpun sedikit. Memang kita ada peranan masing-masing dalam kehidupan ini. Sebagai blogger, semoga apa yang kita tuliskan tidak memberikan impak negatif kepada orang lain.
Sejujurnya daripada pengamatan Kak Long, Kak Long amat kagum dengan apa yang telah berjaya Kujie bina sebagai seorang blogger. Blog Hidup Biar Sedap itu memang telah banyak membantu dan memberi manfaat kepada ramai blogger dengan pelbagai entri yang sangat luas ruang lingkupnya.
Errr…..
Testing…. testing….
Okay la tu, hehehe….
Tie recently posted..Happy Wedding Anniversary To Me 18 years sudah…
Salam Kak Long, dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari raya Aidilfitri 1431H, maafkan saya jika ada kata-kata yang salah, hati yang berprasangka , janji yang sering saya lupakan atau pun sikap dan sifat yang sering menyakitkan . Saya insan biasa yang tak luput dari khilaf dan salah.
Minal aidin wal faizin,
Mohon maaf zahir dan batin
Kujie recently posted..Doa Di Hari Mulia
Salam Aidilfitri Kujie dan semua teman-teman.
Kak Long juga mohon kemaafan atas segala kesalahan dan kekhilafan…