This is a test post from
, a fancy photo sharing thing.
Edisi Edit 6.30 petang
Lebih kurang 2 minggu lepas, Kak Long cuba buat live blogging. 2 entri live blogging berjaya dilakukan semasa nak berkursus. Semasa berkursus, Kak Long cuba lagi buat live blogging tapi tidak berjaya disebabkan masalah tak boleh hantar MMS. Masa tu ingatkan ada masalah apa ngan celcom. Semalam semasa menghadiri majlis kenduri anak bos yang diadakan di kawasan Bagan Pinang (Kawasan Panas yang dah tinggal suam-suam kuku tu), Kak Long cubalah buat live blogging sekali lagi, tapi masih tak berjaya. Frust betul, sebab nak gak tunjuk beberapa gambar melalui kawasan yang sedang panas tu.
Balik rumah hari ini Kak Long telefon celcom dan buat semula setting untuk MMS. Bila dah berjaya, Kak Long cuba hantar beberapa gambar namun tak sampai ke blog ini. Kak Long cuba menyemak akaun flickr Kak Long. Sebab tu ada testing flickr di atas tu. Apa pula masalahnya kali ini, Kak Long pun tak pasti. Nak kena tanya pada sifu-sifu live blogging ni…..