Mood cuti yang sangat menguasai sehinggakan blog pun tak dikemaskini beberapa hari. Ada sesekali mengintai-intai blog kawan-kawan, memang ramai juga yang senyap sunyi kecuali blogger-blogger tegar yang memang sentiasa tip-top mengemaskini blog mereka. Bilalah Kak Long nak ‘tiru’ macam dia orang ni.
Minggu ini memang minggu buku. Tahun ini, kurang membeli buku-buku untuk diri sendiri, sebab dah bawa budak-budak, memang kena layan buku merekalah. Walau bagaimanapun, dapat juga rembat beberapa buah termasuk buku karya teman blogger Secangkir Madu Merah @ Yatie yang bertajuk Irama Semalam.
Pesta Buku Antarabangsa dah berakhir semalam. Pasti ramai yang berpeluang membeli pelbagai bahan bacaan di sana. Dah seronok mebeli buku, maka buku-buku tersebut perlu dibaca. Salah satu alasan kurang kemaskini blog agaknya,. Seronok dengan buku, dan kurang menghadap komputer.
Hujung minggu penuh dengan majlis kenduri. Selain daripada menghadiri majlis perkahwinan William dan Kate (mesti Encik Maza marah sebab Kak Long sempat terbang dengan permaidani buruk kat dalam stor ke Kota London, negara bekas penjajah, tu huhuhu!) Kak Long perlu menjadi wakil menghadiri beberapa majlis perkahwinan yang dipesan oleh ayahanda yang berada nun di negeri atas angin.
Mawar Merah : Hari ini adinda dan ayahanda akan pulang. Malam ini, Kak Long perlu ke KLIA untuk tugasan menjemput mereka pulang. Sambil menunggu nanti rasanya boleh juga habis membaca sebuah novel lagi.
Amalan membaca buku perlu digalakkan lebih-lebih lagi di zaman internet ni. Kalau ada buku baru yang menarik tentu boleh melupakan sebentar dunia internet
anif recently posted..Masa Untuk Berjalan-Jalan Makan Angin – Phuket 4
Zaman sekarang, memang ramai suka membaca, tapi disebabkan kecanggihan teknologi, lebih ramai yang suka membaca secara maya lagi.
Setakat ni Tie baca ebook… free jer, hehe…
Tapi, betullah Kak Long… sekarang ni dalam mode malas… malas nak update walaupun ada pelbagai kisah nak dikongsikan. Macam hilang mood memblogging…
Tie recently posted..Riang ria di Shah Alam bersama Aza
Zaman dah maju, banyak benda yang dah boleh dibaca selain daripada huruf-huruf di atas kertas.
Tie,
Jom kita update blog lagi.
saya tak sempat nak ke pesta buku tahun ni.
Insya Allah, tahun depan boleh pergi lagi.
Hyeapppp!!!! menjeling2 dgn perkahwinan diraja yg tak berdaulat tu ya? hyeapp.! nak kena babab montot ni.. hahahhaa
maza pulak penyakit sama sudah menghinggap.. terutama baru lepas balik kg dan linenya semput2 gitew, bertambah2lah rasa malasnya.. hahahhaha
maza recently posted..Garden of Eden- Kontes sudah tutup daaa
Adoi! Adoi!…. lari…….
Dah balik dari bercuti, banyak pula kerja menanti kan!
Alahai kawe pun termasuklah dalam golongan blogger yg tak top tu sebab cuti umum terus cuti blogging..
Ya lah, tu ler masa nak spend dgn anak-anak. Oppss.. dah kawin rupanya anak raja tu.. Semoga kekal ke anak cucu. Kak Long, kawe dengar Maza kena jemput jadi photographer bagi majlis tu. Betul ke khabar angin tu?
Ismail N recently posted..Selamat Tinggal Bungaku
Encik Ismail, kita pun kena ada masa berkualiti untuk keluarga.
Cuma lepas bercuti, payah betul nak mula balik.
Shhh (sambil bisik-bisik) ….Maza tak kena jemput jadi photographer kat majlis tu, tu sebab dia marah orang ngintai-ngintai perkahwinan di raja tu. Kalau tak, dialah nombor satu ajak kita ramai-ramai nengok!
salam singgah.
saya link kan satu entry dr blog ini di blog saya. mohon maaf kerana sesudah link br mintak izin. kalau x benarkan, harap beritahu dan sy akan batalkan.
tq
zonAku recently posted..Melepaskan anjing tersepit
Terima kasih singgah.
Ok aje kalau link pun….
Biar anjing tersepit tu jalan terjengkit-jengkit!
tq!
zonAku recently posted..Melepaskan anjing tersepit
Assalam, terlepas lrt rupanya saya ni… baru hari ini berkesempatan menjenguk ke blog kak long. Terima kasih kerana sudi mendapatkan buku saya itu. Harap2 kak long terhibur membacanya…
.
Kak Long dah mula membacanya. Tahniah atas kejayaan menghasilkan novel itu dan seronok Kak Long baca, lebih-lebih lagi tahu teman blogger…
Nice topic – respect !