Jemputlah masuk…

Posted By Mawar Merah on October 8, 2009

Hari ini secara rasminya Kak Long telah mengumumkan perpindahan dari http://mawarmerah2008.wordpress.com ke http://www.mawarmerah2008.com.

Burung murai burung nuri,
Terbang hingga ke hujung Tanjung,
Terima kasih sudi ke mari,
Budi tuan rasa nak junjung,

Sekapur sirih seulas pinang, buat penyambut tamu yang datang.

Sekapur sirih seulas pinang, buat penyambut tamu yang datang.

Walaupun terdapat beberapa kesulitan pada awalnya, namun atas bantuan saudara Abdul Jaws yang tak serik membantu dan memberikan tunjuk ajar, akhirnya Kak Long dapat juga berpindah ke rumah baru ini. Walaupun pembangunan blog ini masih ada kekurangannya dan ada beberapa posting dan file yang tidak berjaya dipindahkan, namun Kak Long tidak mahu menangguhkan lagi perpindahan itu. Semoga masih ada lagi yang sudi membantu dalam meningkatkan kemahiran berblog Kak Long nanti.

Kak Long : Selamat datang.

Related Posts with Thumbnails

About The Author

Mawar Merah

Comments

19 Responses to “Jemputlah masuk…”

  1. cheryna says:

    kak long dah pindah? waaahh…kenape berpindah tu? ada sebab ke?
    ape2pon lawa rumah kak long nieh…wowwww…

    nak sirih satu?
    mana tau cepat dpt jodoh plak..ehehehe..

    • Mawar Merah says:

      Dah lama menumpang rumah orang secara percuma, kira nak juga berumah sendiri. Huhuhu.

      Ambillah sirih tu, nak semuapun tak apa…..
      Makan sirih cepat dapat jodoh erk?

  2. Tie says:

    Aderk!

    Tie dah serik makan sirih, lidah rasa pedas…dan kebas, hehe…

    • Mawar Merah says:

      Hish…zaman dulu-dulu orang makan sirih tiap hari.
      Zaman sekarang je, sirih cuma buat hiasan majlis tertentu kan?

  3. [...] Semoga semua teman-teman akan tetap bersama Kak Long di rumah yang baru. [...]

  4. kenari says:

    tahniah kak long! kali pertama dtg ke umah baru kak long ni ye…tenang, nyaman, DLL

  5. Kujie says:

    Tahniah, rumah baru ye kak long

    banglo sebiji tu lagi..atas bukit pula tu
    comel sungguh.

    p/s- maaflah akhir2 ni sy sgtlah sibuk

    • Mawar Merah says:

      Hehehe,
      Kujie, terima kasih sudi berkunjung.
      Dah 10 bulan berblog, baru mampu pindah rumah sendiri.
      Masih belum bercat dan berperabut lagi.

  6. iza says:

    wah dah masuk umah baru, cun lak tu ..tahniah :)

  7. chekdenoor says:

    Salam kak long,

    Kenapa kak long pindah?? Terima kasih kerana menjemput…. nak sehelai daun sirih…taruh kapur, pinang skit dan gambir…biar merah bibir.

    • Mawar Merah says:

      Salam chekde….
      Dah lama tumpang rumah orang, teringin nak buat rumah kat tanah sendiri, hehehe…..
      Ambillah sirih pinang dan gambir tu….bibir merah menawan gitu!

  8. maza says:

    wah.. pindah lagi. huhuh

    nanti maza kasik update kat blog maza yea.. huhuhu

    • Mawar Merah says:

      Terima kasih maza,
      Jangan lupa update alamat rumah Kak Long ni, takut salah alamat nanti, sesat kat rumah orang pulak.

  9. denaihati says:

    Saja nak info ada hadiah tambahan untuk contest weblog popular 1Malaysia. Contest akan tamat pada 31/10/09. Jangan lupa check ranking anda di google.com.my (keywords “Weblog popular 1Malaysia) kerana mungkin anda adalah pemenangnya dan juga tambahkan denaihati ke bloglist anda untuk update terkini contest. tq

  10. xiiinam says:

    Selamat berhijrah…