Minggu ni Sambutan Hari Koperasi Sekolah.
Hari Rabu hari Ko-kurikulum. Eh, masa menulis entri ni dah masuk Hari Khamis. Nampaknya Kak Long terpaksalah menggunakan teknik imbas kembali.
Author Archives: Mawar Merah
Bulan
Hari ini 1 hb Rejab.
Bulan Rejab datang lagi. Rejab membawa maksud kebesaran dan kemuliaan. Selepas bulan Rejab, akan menyusul pula Syaaban dan Ramadhan. Saya sering juga terbaca tentang kelebihan bulan Rejab. Sebagai umat Islam, kita sering digalakkan untuk melaksanakan beberapa amalan pada bulan ini, namun usahlah melakukannya hanya kerana fadhilat yang diwar-warkan sahaja. Kita harus yakin bahawa apa sahaja amalan yang dibuat dengan penuh keikhlasan, pasti akan mendapat ganjaran daripadaNya tanpa mengira bulan mana ia dilakukan.
Kita boleh mendapat serba sedikit maklumat tentang maksud Rejab dan peristiwa yang pernah tercatat dalam bulan Rejab di sini.
Selamat Menyambut Kedatangan Bulan Rejab.
Don't judge the book by its cover
Buku yang ada dalam simpanan Kak Long ini, kulitnya sahaja dapat menggambarkan usianya. Kalau melihat kulitnya, mungkin ada yang mengkatagorikannya sebagai buku yang boleh dihapuskira. Namun buku ini sangat Kak Long gemari dan simpan di dalam almari buku yang menempatkan buku-buku kesayangan Kak Long yang lain.
Buku ini sebenarnya dibelikan oleh mantan pensyarah Kak Long semasa Kak Long menemaninya mencari buku-buku di salah sebuah kedai yang menjual buku-buku terpakai beberapa tahun yang lalu. Apabila menjumpai buku ini, dia menyuruh Kak Long mengambil buku tersebut kerana katanya dia ingin Kak Long memiliki buku tersebut kerana walaupun buku tersebut nampak buruk tetapi sangat besar nilainya. Bila melihat kulitnya, memanglah ada bahagian yang telah dimamah bubuk. Setelah pulang ke rumah selepas itu, Kak Long akui bahawa isinya memang sangat berguna untuk menambahkan perbendaharan bahasa Melayu Kak Long yang masih perlu diperkaya.
Sampai ke hari ini, Kak Long masih merujuk buku ini untuk mengetahui beberapa peribahasa yang jarang-jarang kita dengar.
Ada ke sesiapa nak cadangkan pada Kak Long kedai-kedai buku terpakai yang menarik dikunjungi?



