Korban kasih

Hak seorang anak untuk mendapatkan kasih sayang daripada kedua-dua ibu bapanya memang tidak boleh dinafikan.

Oppocot! Jangan melatah….Saya bukan nak bagi ceramah, tentang bagaimana seorang ibu atau bapa mengasihi anaknya. Cuma dalam minggu ini, saya agak sibuk menguruskan salah satu hal yang berkaitan dengan isu ini menyebabkan  salah seorang pelajar saya tidak mahu datang ke sekolah berhari-hari lamanya.

Assalamualaikum cikgu. nie xyz…(bukan nama sebenar), cikgu saya mintak maaf sebab x hadir ke sek selama  xx hari… dan mungkin tak hadir lg… cikgu tanya la bapa sy knp sy x hadir ke sek…sbb sy dah beritahu dia segala2nya…t.kasih cikgu.

Sms ini saya terima daripada pelajar saya.  Mungkin sms ini nampak biasa, tetapi ada cerita yang sepatutnya boleh dielakkan berlaku di sebaliknya. Sebaik mendapat sms tersebut, saya terus menelefon pelajar tersebut. Sebenarnya, pagi tersebut, saya telah diminta oleh pihak sekolah untuk menelefon bapanya berkaitan dengan ketidakhadiran anak beliau. Saya memang mengenali bapa pelajar dan wanita yang terlibat dalam hal ini. Apabila saya menelefon, beliau seperti mengelak untuk membicarakan tentang anaknya itu.

Continue reading

Mimpi yang tersirat

Saya terbaca email yang dihantar seorang rakan. Mungkin teman-teman pernah menerima atau mendengar cerita ini. Tapi sengaja saya kongsikan di sini sebagai santapan pada hari Jumaat.

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:

“Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan……..”

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang – benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya, maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya,maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

BERSABDA RASULULLAH SAW: “SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT”

Pasang telinga dan buka hati

Masuk ke trimester ke dua persekolahan, sepatutnya momentum pembelajaran perlu meningkat lebih laju lagi untuk memastikan pelajar lebih bersedia untuk menghadapi peperiksaan.

“Cikgu bercuti ke mana?” tanya pelajar-pelajar saya.

“Oh, saya melancong ke Gold Coast,……”

“Australia?” Belum sempat menghabiskan ayat telah dipotong.

“Bukan, ke Gold Coast Sepang….”

Lain kali dengar dulu sampai habis dan begitu juga bila belajar. Baca arahan atau soalan sampai selesai kerana kadang-kala, bila hanya melihat sepintas lalu

Masuk ke kelas, Kak Long  berharap pelajar lebih  bersemangat untuk belajar, tetapi sehari dua selepas sesi persekolahan bermula, mood cuti mereka belum habis. Sabar, sabar….Kak Long terpaksa bekerja keras untuk memotivasi mereka agar momentum pembelajaran mereka meningkat. Biarpun sesi motivasi tidak termasuk dalam sukatan mata pelajaran, Kak Long terpaksa memperuntukkan separuh daripada masa yang diperuntukkan untuk menyuntik semangat.

Bunga Mawar lagi! (Sekuntum Mawar Merah Sebuah Puisi)

Semasa mengembara membaca blog demi blog, Kak Long terjumpa blog Sukra yang membicarakan simbol bunga mawar ni. Bukan tujuan Kak Long nak sambung entri terdahulu, cuma kalau yang nak tahu simbol tu, bolehlah berkunjung ke blog tersebut. Menarik juga kerana siap dengan sumber rujukan.  (Ewah, macam promosi percuma aja ni).

Sebenarnya, waktu baca blog tersebut Kak Long terperasan kalender di sebelah, tiba-tiba terdetik di hati yang rupa-rupanya hampir berakhir bulan Januari dan beberapa hari lagi akan muncul pula bulan Februari.

Berbicara tentang bulan Februari, teruja Kak Long nak menulis tentang satu hari dalam bulan Februari ni yang sering dikaitkan dengan bunga mawar ni. Hem, Kak Long pasti ramai yang tahu apa harinya tu, kan? Kalau tak, takkanlah terlahirnya lagu ‘Sekuntum mawar merah, sebuah puisi’, lagu dendangan Alleycats yang amat popular yang antara senikatanya,

"Sekuntum mawar merah, 
sebuah puisi,
untuk gadis pilihan,
ohh... di bulan Februari"

Bulan Februari ni memang sangat popular dan sinonim dengan si bunga mawar merah terutama bagi pasangan yang sedang dilamun cinta. Walaupun Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor pada 21 Februari 2006 telah memutuskan bahawa amalan merayakan Hari Valentine’s ataupun seringkali disebut ‘Hari Memperingati Kekasih’ mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya bercampur dengan perbuatan maksiat, namun masih ramai lagi antara kita yang tak sabar-sabar menanti kehadiran hari tersebut serta masih mengagung-agungkan hari tersebut terutama pasangan kekasih. Bukan setakat memberikan kuntuman-kuntuman bunga (yang paling popular pada hari tersebut, tentulah bunga mawar merah yang harganya lebih mahal pada hari tersebut berbanding hari-hari biasa) malahan, ada juga yang sanggup berhabis-habisan menyambutnya dengan makan malam di hotel-hotel terpilih yang berlumba-lumba menawarkan pakej istimewa (dengan harga yang tentunya istimewa mahalnya) sebagai cara untuk menyatakan perasaan kasih sayang ini, tidak kurang pula kini telah ada yang memperbesar hari tersebut dengan mengadakan pesta yang tidak bermoral. Yang paling sedih, orang yang terlebih-lebih menyambut hari yang dikatakan paling istimewa dalam bulan Februari itu ialah generasi harapan kita yang dilahirkan dalam sebuah keluarga Islam dan status agamanya ‘Islam’.

Walaupun ada yang berkata, tidak ada salahnya merayakan hari tersebut kerana niat kita adalah untuk merayakan dan menyatakan kasih-sayang, tetapi adakah budaya dan amalan yang meraikan satu hari yang  secara terang-terangan telah diputuskan sebagai bertentangan dengan agama Islam itu berbaloi untuk menunjukkan kasih-sayang yang melimpah-ruah dalam hati kita terhadap orang yang dicintai. Kalau benar kasih sayang kita itu ikhlas dan abadi, pasti sahaja ia boleh diluahkan setiap hari tanpa perlu menanti satu hari pada bulan Februari yang telah dikaitkan dengan seorang paderi!  Sama-samalah kita fikirkan.

Guru oh guru!

Menjadi cikgu, orang kata seronok sebab banyak cuti. Balik pun cepat. Itu orang kata, cuba tanya cikgu pulak, sama ke jawapannya?

Kalau tanya pada Kak Long, memang seronok jadi guru, bukan kerana banyak cuti sebab orang yang tak jadi cikgu tak tahu, waktu cuti pun cikgu kena pergi sekolah. Macam-macam ada masa cuti sekolah. Kena hadiri kursus, periksa buku latihan & kertas periksa (kalau bulan Disember, mesyuarat & terperuk beberapa minggu periksa kertas) ,) dan jaga periksa. Itu belum lagi masuk ko-kurikulum hari Sabtu, tambah pulak kelas tambahan bagi yg mengajar kelas periksa. Jadi, banyak cuti tu ya? Kalau orang lain kerja masa cuti, tentu bayaran kerja lebih masa @ over time nya berlipat ganda, tapi cikgu ni, semua tu percuma kecuali kalau periksa kertas-kertas peperiksaan  dan jaga peperiksaan SPM, STPM dan seangkatan dengannya.

Kalau Kak Long seronok jadi guru sebab balik awal pun tak betul juga. Kalau dulu-dulu, mungkin habis je waktu persekolahan, boleh balik. Tapi mungkin ada antara mereka yang bukan guru dan tak ada ahli keluarga yang menjadi guru ni tak sedar, sekarang ni waktu persekolahan bukan setengah hari je. Ada sekolah yang jadual waktunya sampai pukul 4.30 petang. Itupun belum masuk lagi pada hari yang ada ko-kurikulum dan aktiviti-aktiviti sekolah yang lain. Mesyuarat pun bukannya boleh buat waktu persekolahan, jadi bila pulak cikgu ni boleh kerja setengah hari lagi sekarang ni ya!

Continue reading

Januari datang lagi

Mesyuarat bermula awal pagi. Kononnya nak pergi awal, tapi sampai ‘on the dot.’ Tak apalah, asalkan tak lewat.

Hem..hari ni boss baru dah sampai.

Bagaimana? Nampak ok, harap ok.

Mesyuarat berakhir awal.

Ada sedikit jamuan selepas mesyuarat. Kemudian,  kak Long dan ina pergi ke bandar. Sibuk sgt nak update buku akaun ASB. Mula-mula ke pej pos, tak boleh, offline. Kat CIMB pun sama. Cuma Maybank je yang setia melayan org2 yg tak sabar nak tgk bonus ASB termasuklah Kak Long (.Sebenarnya Kak Long bukannya tak sabar, maklumlah Kak Long ni kan penyabar sikit orangnya? Iya ke??) Sebelum ni, tak pernah-pernah Kak Long ’update’ buku ASB pada hari pertama urusniaga ASB dimulakan semula, paling cepat bulan Februari baru Kak Long sibuk nak update), tapi sebab dah menumpang ina yang semangat sgt nak tgk dividen & bonus dia (Hai… maklumlah tahu yang dia nak dpt dividen & bonus banyak), akupun terpaksa jugalah menyalakan semangat untuk menunggu. Kaunter utk urusan ASB hya 1, manalah tak menunggu hampir 3 jam.

Menyesal betul aku tak bawa kereta masa tu. Kalau tak, dah lama aku boleh balik dan bersenang-lenang di rumah sambil nak memulakan tugasan Isnin nanti. Tapi bils fikir secara positif, kurang-kurangnya mengajar aku erti sabar menunggu dan dpt juga berkongsi cerita dan pengalaman semasa bercuti. Kalau dah mula bertugas, manalah ada masa nak sembang lama-lama.

Sementara menanti nombor, dua tiga kali kami keluar masuk bank. Ha,.. Kak Long dgn ina sempat g minum-minum dan window shoping lagi sementara tunggu giliran kami.

Ina hantar balik dan Kak Long ngantuk sgt………….

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...