Salam Maulidur Rasul

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Author Archives: Mawar Merah
Mood cuti berkenduri
Tiap-tiap minggu, penuh jemputan kenduri kahwin. Hari ini, Kak Long ke rumah kenduri perkahwinan di Rantau. Tuan rumah merupakan salah seorang yang agak rapat dengan sebilangan besar warga sekolah kami. Tambahan pula beliau memegang salah satu jawatan di dalam persatuan yang berkait rapat dengan sekolah kami Maka, ramailah kawan-kawan termasuk Tok Ketua bergerombolan memenuhi jemputan tuan rumah yang meraikan perkahwinan anak sulungnya.
Ramai jemputan termasuklah YAB Menteri Besar NS. Mula-mula cemas juga sebab jalan yang agak sempit, namun berkat galakan teman-teman yang menemani, berjaya juga ekspedisi ala-ala camel trofi ini.
Petang ini, mood balik kampung sudah tiba. Seronoknya, bila semua adik beradik turut sama pulang bermalam di rumah ayahanda.
Bukan Sebarang Hang Tuah

Ke Bukit Mertajam naik keretapi,
Membawa bakul berisi buah,
Bukan kopi sebarang kopi,
Kopi bernama Kopi Hang Tuah
Wordless Wednesday

Keputusan Anugerah Juara Lagu Ke-26 : Awan Nano, Hafiz, dan Sedetik Lebih
Keputusan AJL ke-26. Lagu terakhir ialah lagu Beribu Sesalan nyanyian Ning Baizura, Shiela Amzah dan Jaclyn Victor. Kemudian Tribut buat Allahyarham Sudirman Haji Arshad.
Siaran Langsung Anugerah Juara Lagu Ke-26 telah melabuhkan tirai. Sambil menaip surat-surat untuk dihantar esok, Kak Long sempat juga menjeling-jeling dan mendengar 12 lagu yang dipertandingkan malam ini. Pada pendapat Kak Long, anugerah kali ini yang bertemakan air mempertandingkan lagu-lagu yang hebat juga. Susah nak agak lagu yang akan menang.
Selain daripada memilih lagu terbaik, Anugerah Juara Lagu kali ini juga menyampaikan Anugerah Mobile Celcom iaitu memilih lagu yang paling banyak dimuat-turun sepanjang tahun 2011. Anugerah itu telah diberikan kepada lagu Sedetik Lebih, ciptaan sepenuhnya Edry Abdul Halim yang dinyanyikan oleh Anuar Zain.
Lagu Terbaik untuk AJL ke-26 pula telah dimenangi oleh Lagu Awan Nano, ciptaan Datuk M.Nasir yang tidak asing dengan Juara Lagu ini. Lagu Awan Nano yang disampaikan oleh Hafiz ini pernah memenangi Anugerah Planet Muzik sebelum ini. Hafiz juga telah memenangi anugerah Vokal Terbaik pada malam ini. Eh, Herman Tino dengan Hafiz tu ada iras-iras ya?
Tempat Kedua pula telah dimenangi oleh lagu yang menggandingkan 3 vokal yang mantap iaitu Jaclyn Victor, Shila Amzah dan Ning Baizura iaitu lagu Beribu Sesalan.
Tempat Ketiga dimenangi oleh Lagu Karma yang dinyanyikan oleh Faizal Tahir.
Persembahan Terbaik pula dimenangi oleh Alyah yang menyanyikan lagu Kisah Hati ciptaan Manusia Putih. Persembahan Alyah memang mendapat sorakan yang gemuruh dengan kemunculan Remy Ishak pada akhir persembahan.
Tahniah kepada pemenang. Lagu-lagu tu memang sedap didengar.
Cinta tertumpah ke bumi
Semasa melalui satu kawasan perumahan yang terletak di pekan Parit Buntar, mata terpaku melihat keindahan kawasan lapang sebuah rumah yang dimanfaatkan sepenuhnya oleh tuan rumah tersebut. Kawasannya tidaklah luas sangat, namun masih ada ruang buat mereka berbakti kepada tanah.
Semasa lalu kali pertama, tak sempat nak ambil gambar. Kali kedua lalu, tuan kebun sayur ni sedang menuai hasilnya. Ada sawi, ada salad, ada kangkung, cili padi dan macam-macam lagilah. Di depan rumahpun banyak pasu-pasu pokok cili dan sayuran lain. Gambar ni cuma dapat ambil dengan handphone, semasa kereta sedang bergerak. Nasib baik jadi penumpang, dapat juga merakamkan gambar yang akan menjadi inspirasi ni.


Di kawasan perumahan, ramai juga yang tanam cili api, daun pandan dan sayur bendir atau terung tapi ada juga yang tanam pokok bunga sahaja ataupun tanam rumput mutiara sahaja.
(Eh, suka hati kitalah, itu tanah kita! Bukan salahpun, sebab orang yang sedang tulis ni pun ada juga buat macam tu)
Dulu pernah juga tanam kacang panjang dan kangkung. Tapi lepas tu, tanam sejenis dua pokok dalam pasu aje dengan alasan selalu tak sempat nak jaga. Lagipun, kawasan rumah bukannya besar sangat. Alasan ya alasan!
Lepas tengok kebun sayur mini tu, tiba-tiba rasa insaf pulak nak menumpahkan cinta ke bumi. Hahaha…berkobar-kobar cari baja, tanah hitam dan anak benih untuk merealisasikan keinsafan itu. Tak lama lagi, kawasan sekangkang kera di rumah Kak Long mesti akan lebih banyak oksigen. Bolehlah bersenam di belakang rumah aje. Mesti nyaman dicelah-celah batas sayur yang rimbun. Agaknyalah kan!