Whitney Houston meninggal dunia

Penyanyi Whitney Houston dilaporkan telah meninggal dunia semalam pada usia 48 tahun. Beliau yang merupakan salah seorang penyanyi pop lagenda dan sangat terkenal dengan lagu-lagu seperti, “Saving all my love for you”, “How will I know” danĀ  “I will always love you” ditemui mati di sebuah bilik di Beverly Hilton Hotel di Beverly Hills.

Penyanyi yang pernah mendapat gelaran sebagai The Voice dan Queen of Pop itu telah juga pernah membintangi filem, antaranya The Bodyguard.

Gambar : Sumber

Beliau pernah berkahwin dengan penyanyi R&B Bobby Brown selama 14 tahun dan berpisah pada tahun 2006 dan bercerai secara rasmi pada tahun 2007. Whitney Houston memang mempunyai suara yang mengkagumkan dan merupakan salah seorang penyanyi terlaris antara akhir tahun 80-an sehingga akhir tahun 1990-an.

Beliau merupakan salah seorang penyanyi yang mencipta sejarah di Amerika Syarikat apabila sepanjang kariernya sebagai penyanyi penjualan albumnya pernah mencecah 55 juta, tetapi malangnya, pada penghujung kariernya, beliau telah terperangkap dalam kehidupan yang bergantung kepada dadah dan ubat-ubatan terlarang. Ada khabar mengatakan bahawa Whitney telah dilaporkan sembuh. Namun begitu, punca kematian Withney Houston masih belum dijelaskan lagi.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

11 thoughts on “Whitney Houston meninggal dunia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge