Bahasa: Pelancaran Bulan Bahasa Peringkat Sekolah

Semalam, Pelancaran Bulan Bahasa Perinkat Sekolah telah dilaksanakan oleh Tok Ketua kami. Pelbagai persembahan diadakan selepas penyerahan watikah pelancaran bulan bahasa ini.

Selepas ini, banyak aktiviti yang akan dilaksanakan sempena Bulan Bahasa Kebangsaan ini. Semoga para pelajar kami dapat menyemaikan rasa cinta untuk memertabatkan bahasa kita.

Sumber: Youtube

Lagu Bahasa Jiwa Bangsa telah dinyanyikan dengan penuh bersemangat oleh warga sekolah sebelum majlis pelancaran berakhir.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

23 thoughts on “Bahasa: Pelancaran Bulan Bahasa Peringkat Sekolah

    • Memang ada pelajar Melayu yang bersikap sombong, tidak mahu mempelajari bahasa Melayu dengan bersungguh-sungguh seperti yang dilakukan oleh pelajar kaum lain, kononnya mereka dah tahu bahasa tersebut sejak kecil. Hasilnya, orang lain dapat cemerlang dalam subjek bahasa Melayu, pelajar Melayu cuma dapat cukup makan sahaja. Alahai…

  1. bulan bahasa kebangsaan!?
    mari kita post semua post kita dengan menggunakan bahasa yang bersih dari ‘rojak’
    adehaaiii,, susah kalau pocket yang hendak buat,
    kerana pocket kan banyak post bahasa kedua.

    mahu termangu pocket nak menulis.. :)
    Pocket recently posted..406. 3 KuehChara

    • Pocket,
      Ketua Kak Long berpesan, kalau kita gunakan apa bahasa sekalipun, gunakan bahasa tersebut sepenuhnya. Jangan dicampuradukkan.

      hahaha…kalau pocket terbitkan semula entri pocket, boleh jadi macam kelas terjemahanlah pulak…

    • Tentu banyak aktiviti tu.
      Alhamdulillah. Budak-budak sekarang rata-rata kreatif. Cuma kita perlu bimbing agar kreativiti mereka disalurkan ke arah kebaikan.