Minggu yang sibuk. Tiada masa untuk mengelamun. Hanya beberapa hari lagi Ramadan bakal menyapa. Banyak aktiviti penting yang diselesaikan pada minggu ini. Semalam telah selesai Mesyuarat Agung Koperasi Sekolah. Hari ini pula telah berlangsung Hari Eksplorasi dan juga Majlis Anugerah Peningkatan Pelajar dan Anugerah Cemerlang. Memang meriah sekolah Kak Long. Ramai ibu bapa dan pelajar luar yang datang berkunjung.
Pada sebelah petang, menghadiri jamuan perpisahan yang dianjurkan oleh Pihak Pengurusan Sekolah & PIBG di Desa Lagoon.
Suasana agak sayu kerana Tok Ketua akan berpindah ke sekolah lain. Biarpun hanya 20 bulan, namun kemesraan yang terjalin antara beliau dengan semua warga sekolah serta ibu bapa memang tiada tandingannya. Semoga beliau akan memperolehi lebih kejayaan di tempat baru dan kami menanti siapakah yang akan menjadi peneraju kami selepas ini.
Esok, akan diadakan majlis Bacaan Yasin Bulanan serta Majlis Perpisahan Rasmi di sekolah. Dalam minggu ni sibuk mengisi markah peperiksaan bulan Julai di http://saps.moe.gov.my. Sementara mengisi markah di laman SAPS yang agak perlahan, kak Long nak menonton Drama Ramadan Terakhir di TV3 yang menggantikan Anissa. Drama bersiri ni sebenarnya mula ditayangkan di TV3 bermula 26 Julai, tapi tak pernah berkesempatan nak menontonnya. Bila baca ulasan drama ini, macam menarik aje.



hihihi sma kita, saps dtg dgn masalah tersendiri…kih kih kih…sabau jer laa..:)
jangan marah orang johor tau.hehe…
wrizuan,
Memang sabau jer…nengok drama kat tonton.com.my
Pacifista-X
Tak marah, takut kena jual, hikhikhik
haha…cikgu jugak ke?
dah siap dah isi markah saps tu minggu lepas.jangan jeles.hehe…
sekarang agak slow sistem tu.aritu lagi la.terus ‘hang’.bandwidth penuh kot
Pacifista-X,
Kak Long memang seorang guru…ahaks!
Minggu lepas dah isi, emm cepat tu. Kami baru aje exam minggu lepas. Dah cuba isi sejak Isnin, tapi asyik sangkut. Jadi cuba isi malam-malam pulak. Hari ni dah banyak kali sangkut tapi tadi ni..dah lepas pukul 12 tengah malam, laju sikit walaupun kadang-kadang tunggu loading, keluar bahasa pelik dia tu.
Kak Long…sibuk tu tandanya meriahnya kehidupan…. orang yang aktif, ceria dan warna warni.
Selamat Menyambut Ramadan Kak Long
Kujie,
Emm…hidup kita memang sentiasa meriah dengan suka duka kehidupan.
Selamat Menyambut Ramadan juga…
annissa dah habis?? ketinggalan ketapi betul hihihi!!!
apa ending dia kaklong??
Dah habis minggu lepaslah kakngah. memang keretapi sekarang dah laju erk…
Kak Longpun tak ikuti sangat Anissa. Sesekali je kakngah.
kak long best kalau hidup sibuk mcm tu bee suka , tp bee tk sibuk sgt lah … best juga rancangan ramadhan terakhir tu cer try tengok
puanbee,
kalau sibuk, lagi banyak kerja pula kita boleh siapkan ikut masanya. Kalau tak sibuk nanti, Kak Long sibuk jugak, tapi buat-buat sibuk hehehe…
Menarik ya, malam tadi tengok sikit, tapi belum dapat menghayati lagi, jadi tak habispun satu episod.
Saya tidak berkesempatan untuk mengemas kini blog dengan kerap. Harap dapat kembali menulis blog seperti biasa. Selamat berpuasa
Selamat Berpuasa. Bulan Ramadan nanti pastinya lebih sibuk lebih-lebih lagi blogger makcik2, nak uruskan keluarga dan pelbagai aktiviti bulan Ramadan. Semoga ada ruang dan kesempatan untuk aktiviti blog juga.
Dalam kesibukan, banyak gak Kak Long berkarya di blog ehhh.. Kawe pon kalah la minggu lalu
Boleh tahan …..
Wah, kakLong very d busy person!
Org busy ni selalunya aktif tau…