Tahun ini kami adik-beradik dapat beraya bersama di rumah ayahanda. Aktiviti mengunjungi blog memang terhenti sepenuhnya kerana sibuk berperang dengan senduk dan sudip melayani saudara-mara yang berkunjung. Seperti biasa, pada hari raya pertama hingga ke-3, rumah ayahanda memang penuh, dan tidak putus-putus dengan tetamu yang datang. Kami memang seronok berjumpa sanak-saudara yang jauh dan dekat. Selain itu, sibuk dengan aktiviti kunjung-mengunjungi terutama ke rumah ibu dan bapa saudara.
Kak Long pasti kawan-kawan yang lain pun sibuk dengan aktiviti beberapa hari awal Syawal ini. Selamat berhari raya dan jaga diri dan kesihatan sepanjang berhari raya.

selamat hari raya kak long..
Selamat hari raya Zaid!
saya kunjung blog kak long pun dah kira datang beraya kan?hehe…
oklah tu, daripada tak datang langsung kan! Kita kunjung=mengunjungi blog ajelah ya!
pocket ari ni komen tak seperti selalu,
bagaikan jejari ni ber’hati’ sendiri
menari diluar kawalan.
aduh!!
salahkan cuti dari blogging yg dah lama tu
kaklong, kita blogging kembali jom!
cuti dah abih
Cuti dah habis, tapi mood cuti blogging masih tak habis-habis. Ishh…
Mggggggg sibuk Kak Long ehhh.. lepas ni ponn sibuk gak. Anak kawe nak ambik upsr tahun nie.. so kawe kena assist dia lah sampai abis exam. Cian dia tu… Nak kira boleh ambil next year sbb dia kategori kanak2 autistik. Tapi kawe rasa dia boleh buat tahun nie insya-allah…
Semoga anak En. Ismail berjaya dalam UPSR nanti, insya Allah, dengan bantuan dan sokongan keluarga dan guru2….
Memang masih sibuk minggu ini. Tambahan pula dah mula dgn pelbagai program.
kita pun sama2 sibuk bermaaf2an.. maaf time raya jer ehhh long.. hik3
Kira ada peluang gak nak minta maaf walaupun setahun sekali, kan,..
Selamat Hari Raya buat Kaklong Mawar Merah
Selamat Hari Raya Adele
Selamat Hari Raya Kak Long sekeluarga
Selamat Hari Raya juga buat SM sekeluarga.
Selamat Hari Raya Kak Long!!!!
Thn ni 1st raya bEe berperang kat dapur dgn adik-beradik jer
Life must go on kan Kak Long!