Oppss….
Kak Long belum bersara, tetapi pencen jadi cikgu selama 2 minggu ni..
Disebabkan dah terbiasa ke ulu-hilir time kat sekolah, sunyilah pulak tak ada pelajar-pelajar nak dileter. Bebudak tu pun mesti rindu kat leteran kak long.
Kalau tak caya, masuk kelas first day lepas cuti, mesti dia org berlumba-lumba buat hal sebab nak bagi cikgu dia ni membebel-bebel manja!
Standardlah tu….,
intai kami antara nampak, esok jangan rindu-rinduan…
Hari tu pun, masa lepas cuti dua tiga hari pun sibuk tanya mana cikgu dia ni pergi. Apa lagi, mesti rindu kat suara merdu kak long yang mendendangkan lagu bebelan kat dia org sekali sekala tu!
huhuhuhu…
okaylah, balik pada cerita asal.
Hari ni lepas buat kerja-kerja di rumah, belah petang tu rasa bosanlah pulak. Nak ngadap kertas periksa, dah rasa nak muntah terjeluak. Lagipun ada 2 minggu lagi cuti, kalau habis cepat-cepat, nanti tak ada kerja pulak. Alasan oh alasan!Lagipun, program masa cuti kali ni agak longgar sedikit. Ada beberapa hari je terpaksa ke sekolah. Huh, terima kasih Tok Ketua yang begitu sporting menangguhkan beberapa program yang patutnya diadakan masa cuti ni ke satu tarikh yang akan ditentukan kelak..
Jadi, petang tadi kak long ke driving range, melepaskan geram memukul bole-bola golf. Nak masuk padang??? Oh, tidak! Pegang kayu golfpun belum betul sangat, kalau setakat 50 meter pukul bola tu, ada hati nak masuk padang. Hiskkk buat digelakkan dek ayam itik dan rimau singa je nanti!
Syok pulaklah dah begitu lama kak long pencen memegang kayu golf ni. Nampaknya, adalah hobi baru cuti ni. Ada sesiapa nak join?? Mana tahu, nanti boleh bergandingan dgn Tiger Woods.
Wakakaka





ehehehe..kak long..praktis rajin2 ek..kang bleh kalahkan tiger woods..eheh
wahhhhhhhhh…sy tak pernah pun pegang kayu golf…takut kena panah petir..gila otak budak2..
selalu ikut suami, dia je yg berpeluh
Aderkkkk! perkhhhh……
kak long main golf! aderkk.. hilang ler kudip mawar merah itew.. huhuhu
main golf ganaz lah kak long.. tak sesewai dgn jiwa maza.. auw auw auw!
wakakkakaa
(psst: ayat dengki by maza heheheh )
wah canggihnya hobi kak long hehe. Iza pun tak pernah masuk kawasan tu. Kalau Iza ni, pukul angin boleh lah
aits awat komen iza hilang kak long