Bismillah itu permulaan nama,
Keadaan ZatNya bersama-sama.
Dilahirkan engkau melihat dunia,
Limpah Allah maha kuasa.Dikandung ibumu sembilan bulan,
Lebih dan kurang tidak ditentukan.
Diperanakkan dikau beberapa kesakitan,
Beberapa pantang minum dan makan.Tatkala dikau lagi kanak-kanak,
Engkau tidur mata ibumu jinak.
Nasihat ibumu janganlah kau bantah,
Dijaga dipelihara sangatlah susah.
Dialih ke kanan ke kiri pun basah,
Jika kau menangis hatinya susah.Setelah engkau sudahlah ada,
Siang dan malam ibumu berjaga.
Tidurpun hanya barang seketika,
Makan dan minum tidak kuasa.Dilapikkan dengan kain sarung,
Diangkat ditimang serta dibedung.
Apabila terjaga terus didukung,
Kasih dan sayang tinggi menggunung.Tiadalah tentu siang dan malam,
Tidurpun tidak dapat ditilam.
Terkejut terjaga di tengah malam,
Bangun memangku di dalam kelam.Jika ibumu orang berada,
Diambilnya pembantu menolong dia,
Apabila engkau dapat mengaji,
Ibu ayahmu sukalah hati.
Membaca Al Quran sudah kau reti,
Untuk bekalan di akhirat nanti.Awaluddin Makrifatullah,
Awal agama mengenal Allah.
Berkat syafaat rasulullah,
Umurnya panjang rezekinya murah.Apabila ibumu sudah tiada,
Jasa ibumu jangan kau lupa.
Janganlah jadi anak durhaka,
kelak tak cium baunya syurga.Doakan rohnya setiap hari,
Agar rohnya berbau kasturi,
Itu semua takdir Ilahi,
Semoga ditempatkan di syurga nanti.…
Sebenarnya, Kak Long tertarik pada gurindam yang didendangkan pada majlis yang Kak Long hadiri pada Ahad lepas iaitu Majlis Cukur Jambul dan Aqiqah.
Selepas bermarhaban, kaum bapa berselawat, menepungtawar dan menyapukan kepala anak kecil tersebut dengan air kelapa dan menggunting sedikit daripada rambut bayi tersebut sebagai simbolik majlis bercukur.
Selepas jamuan makan, diadakan upacara berendoi. Pada upacara itu, bayi yang diraikan itu dimasukkan ke dalam buaian. Kemudian, nendanya memperdengarkan gurindam tersebut.
Semasa mendengar gurindam ini didendangkan, sayu rasa hati. Teringat jasa ibu yang begitu banyak berkorban melahir dan membesarkan kita.
Terima kasihlah kepada mak lang yang telah sudi membantu Kak Long untuk mendapatkan sebahagian daripada gurindam tersebut untuk tatapan dan peringatan.

Assalamualaikum, salam ziarah dari kejauhan.
Indah gurindamnya
Moga segalanya diberkati ALLAH SWT. Kalau kelapangan jemputlah ke blog, bertukar link dan komentar. Agar ada sesuatu yang boleh diambil manfaat bersama.
Klik > Kembara Sufi Mencari Aspirasi
Salam… Tie suka dengar gurindam, tapi tak pandai nak nyanyikan… Teringat lagu gurindam jiwa, ekekeke……
selalu dgr gurindam gini masa majlis cukur jambul tapi taktaulah sepenuhnya. panjang rupanya.
huhu sedih pulak bila Iza baca gurindam tu Kak Long… dah lah tengah rindu kat mak ni ..huuuuuaaaaa
baru je nak tanya.. kak long ni masuk kumpulan marhaban ke sbb siap ada gurindam tu..
hehehe.. sanggup mintak ngan maklang eh.. bloggerla katakan
walamak eii.. teringin sangat nak dengar camner org bergurindam tu ek!
zaman skrg ni tak mcm dulu2.. cukup meriah pabila majlis cukur rambut ni…
macam2 adat dan upacara di jalankan..
bukan sekadar memenuhi adat, tetapi ia mengandungi banyak mesej…
sayangnya…. hari ini majlis seumpama itu sudah ditenggelami .. yg ada barangkali tinggal baca doa selamat.. atau bubur merah dan bubur putih!
huhuhu
Gurindam Kasih Ibu itu cantik susunan katanya. Boleh saya tolong sebarkan, tentu ada orang lain yang meminatinya. Tahniah!
salam…sayu rasa hati membaca gurindam tu. terima kasih kerana sudi berkongsi. kalau diizinkan, saya ingin sekali mengabadikan gurindam ni di dalam photobook anak saya, khalif akhyar yg baru setahun setengah ni
Saya pun tak pasti siapa penulis asal gurindam ini.
Saya mendengarnya dalam satu majlis.
Jika gurindam ini memang puisi warisan, saya tiada hak untuk menghalangnya.
Kalau ada sesiapa yang tahu penciptanya, mohonlah beritahu saya..supaya saya boleh kredit namanya pada gurindam ini.