Full stop

Posted By Mawar Merah on December 31, 2009

Akhirnya pukul 2.30 pagi tadi, selesailah sudah tugasan paling getir sepanjang tahun ini. Bukannya sebelum ini saya tak pernah melakukan tugasan ini, namun kali ini saya berasakan amat tertekan dengan tugasan ini yang menuntut komitmen dan perhatian yang amat tinggi sepanjang hampir dua minggu ini. Malam dan siang saya terpaksa menghadap tugasan yang diberikan hinggakan saya berasa sangat lesu.

Hari ini, saya akan bermesyuarat lagi dan insya Allah menjelang 1 hb Januari nanti, segala tugasan untuk tahun 2009 telah disempurnakan.

Tahun Baru 2010 akan menjelang, dan saya dengar laporan syarikat pengangkutan awam akan melanjutkan waktu perkhidmatan lebih panjang. Semoga segala kemudahan yang diberikan kepada kita semua tidak disalahgunakan. Sambutan Maal Hijrah baru-baru berlalu. Jangan cemari tahun baru kita ini dengan perkara-perkara yang menyedihkan dan menyesatkan.

Related Posts with Thumbnails

About The Author

Mawar Merah

Comments

20 Responses to “Full stop”

  1. juliet says:

    harapnya takde la keluar berita remaja kita lakukan perbuatan yg tak bermoral malam tahun baru.

  2. denaihati says:

    Permulaan yang baik akan berakhir insyallah dengan baik permulaan yang buruk pasti berakhir dengan buruk juga. Tanam Padi pasti tumbuh padi dan rumput TAPI tanam rumput pasti tumbuh rumput tidak padi.

    • Mawar Merah says:

      Hari esok bermula dengan apa yang kita rancangkan pada hari ini.
      Semoga segalanya berada pada landasan yang betul dan pasti akan mendapat hasil yang baik juga.

  3. pakcikli00 says:

    Asalamualaikum

    Selamat menyambut tahun baru Kak Long.

    Nampaknya bertambah remajalah Kak Long dan Pakcik bertambah tua.

    • Mawar Merah says:

      Waalaikumsalam pakcikli…

      Ehem…tambah remaja??? Ahaks…

      Selamat menyambut Tahun Baru buat pakcikli..

      p/s Macam baru aje menyambut Tahun Baru, dah datang tahun baru Masihi pulak.

  4. maza says:

    Ini juga bermakna… sessi persekolahan akan bermula…

    selamat kembali guru besor!
    selamat bertugas cikgu2 kecil!
    selamat datang anak2 murid!
    heheehhe

  5. Tie says:

    Selamat bertugas Cikgu…. mulakan dengan semangat yang baru !

  6. Zymazara says:

    Salam Kak Long….

    Happy New Year 2010. All the best !!

    ;)

  7. Mawar Merah says:

    Salam Zyma….

    Selamat Menyambut 2010…..
    Sama-samalah kita mendoakan yang terbaik menanti….

  8. zool says:

    Salam tahun baru…

  9. Selamat tahun baru Kak Long. Selamat meneruskan perjuangan selepas ni.
    Menjadi Cikgu yang dedikasi dan dikasihi anak murid :)

  10. en_me says:

    selamat tahun baru akak long mawar merah ittewww.. salam dr me dikejauhannns.. muger2 kita akn terus jd rakan siber yg baik2 ghitewww

  11. kenari says:

    kak long, nape smlm sy tk bleh komen kat sini? lama sy tunggu tapi tak lepas2.

    Apa pun moga di tahun baru ni kak long terus maju jaya dan dedikasi

  12. Mawar Merah says:

    Kenari,
    Agaknya komen kenari tersangkut di sawang-sawang…
    Terima kasih mash sudi berusaha…
    Selamat tahun baru dan sama-sama maju dan berdedikasi.