Dunia batinku membuat aku menangis
Posted By Mawar Merah on February 21, 2010
Jarang sekali saya sengaja menonton TV pada malam minggu. Selalunya ada sahaja aktiviti yang membuatkan tumpuan terhadap televisyen agak berkurangan.
Malam ini sebenarnya tanpa sengaja, saya menonton telefilem Melayu tempatan yang bertajuk “Dunia Batinku” dalam Slot Cerekarama di TV3 yang menampilkan lakonan menyentuh jiwa daripada Shafie Naswip, Syahirah Maisara, Normah Damanhuri, Sheila Rusly, Fizz Fairuz, Memey Suhaiza, Shahrolnizam, Fathia, Nina Caryn yang bersiaran antara 9.00 hingga 11.00 malam tadi.
Tanpa dapat ditahan-tahan, air mata laju saja bergenang di pelupuk mata sehinggakan puas menyorok jangan ada orang lain yang nampak. Tapi bila menelefon, rupa-rupanya ramai juga yang “termenangis” sebab tak sengaja nak nangis tau! Isk! isk! memang perempuan kuat nangis. Ada gak ke lelaki yang nangis bila tertengok telefilem tu? Walaupun sekarang ni ada lagu (tak ingat siapa yang nyanyi, kalau tak silap lagu daripada kumpulan negara jiran) tentang lelaki tak boleh nangis, tapi tak salahpun nangis, barulah ada perasaan….hehehe…
Saya tersentuh dengan kisah sewaktu imbas kembali masa kecil. Bila mereka dah besar tu, taklah rasa sedih walaupun melihat muka muram Fizz Firuz dan Memey dan Nina Caryn waktu menziarahi kuburan dan mengingati arwah ibu mereka bila terpandangkan nasi lemak tu.
Pada pendapat saya, (pandangan orang lain mungkin berbeza), paling sedih bila anak lelaki yang bernama Zainal atau dipanggil ‘abang’ lakonan Shafie Naswip itu menghulurkan penyapu dan bersedia dipukul oleh ibunya yang dilakonkan oleh Shiela Rusly, apabila melihat ibunya kelihatan begitu lemah dan sedih kerana mendengar tuduhan daripada orang lain walaupun hakikatnya dia membanting tulang bekerja secara sembunyi-sembunyi tanpa pengetahuan ibunya, tanpa mengabaikan pelajarannya.
Sedih sungguh (atau lebih tepat terharu, kot?) hati saya bila melihat anak yang keras hati itu diam dan menerima sahaja segala pukulan ibunya yang bagi saya kalau zaman sekarang ni, jangankan nak pukul macam tu, baru saja ditegur, dah memberontak.
Satu lagi episod yang membuatkan saya terharu ialah saat adik bongsu pulang ke rumah dan dihindari oleh si abang yang sebenarnya ingin melihat masa depan adiknya itu terjamin. Bukan tak sedih dengan pengorbanan ibu yang akhirnya meninggal dunia seorang diri kerana dihimpap pohon kayu, tapi hal tersebut memang biasa disengajakan untuk menimbulkan konfliks yang lebih menarik yang sering dilihat dalam drama Melayu, namun kagum sungguh dengan ketaatan dan ketabahan anak-anak dalam “Dunia Batinku” menghadapi dugaan tanpa mengeluh atau menyalahkan kedua-dua ibu bapa mereka. Memang lebih ramai yang berjaya bila ada tekanan dalam kehidupan mereka dan azam untuk mengubah kehidupan yang sukar kepada kejayaan. Tapi pada zaman sekarang, realitinya, lebih banyak lagi anak-anak yang tidak menghargai kesusahan ibu bapa mereka dan hanya tahu segala kemahuan mereka disediakan tidak kira dengan cara apa sekalipun. Bertuah sungguh jika kesemua anak-anak sedar tentang pengorbanan ibu bapa mereka dan membalasnya dengan budi-bahasa dan kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran dan kerjaya mereka.
Apapun alasannya, “Dunia Batinku” biarpun ada kalanya ada juga yang terlalu berlebihan, mampu membuat saya menangis.


sungguh batin menangis,
salamm,
batin menangis duhulu untuk ketawa kemudian hari, tak mengapa kan!
salam..akak pun menangis bila tenguk cerita ni..sedih kan..
salam….
ramai yang menangis.
berkesan lakonan mereka hingga ramai tersentuh.
part abang nangis bila adik balik tu yg taktahan ye kaklong.
betul..tu,
masa tengok abang nangis bila adik balik tu pun nak ikut nangis.
nangis gak…tengok cerita ni…
masih adakah anak2 skarang yg bersikap spt ‘abang’ yg apabila dipukul sebegitu teruk masih mendiamkan diri seolah2 merelakan diri dihukum ibunya?
SMM,
Terfikir tentang hal ni sebab pada zaman sekarang, ramai remaja yang baru aja kena tegur dah lari dari rumah.