Minggu akhir sekolah semester 1, sibuk dengan peperiksaan. Skrip jawapan dah berada dalam tangan. Dah tinggal 2 hari saja lagi sebelum cuti. Kalau soalan objektif, bolehlah ambil ubat nyamuk, kemudian tebuk-tebuk lubang pada kertas tu, dan tekap. Kejap je boleh selesai. Soalan esei, haha, minta maaflah boleh habis dua tiga hari. Memang naik juling menenung tulisan yang ada kalanya lebih profesor daripada tulisan professor. Masa ni, baru sedar diri dah tua bongkok, mata dah rabun.
Sehari dua ni, penuh dengan acara makan-makan. Sekarang ni rasa nak humban je kamera sebab bila ambil gambar nampak macam labu tong air. Bila timbang, jarum timbang tu taklah ke kanan sangat. Ntah-ntah kamera tu rosak, atau orang yang ambil gambar tu tak tahu langsung nak cari sudut yang tepat…hehehe…
Tak bersenam?? Oh, bukan itu sebabnya. Bulan ni juga banyak acara sukan. Ada acara senamrobik, ada acara sukaneka dan juga ada acara menggulingkan bola.
Kami baru saja selesai pertandingan menggulingkan bola tu. Dah lama juga tak main bowling ni. Tiba-tiba aje penganjur suruh masuk pertandingan. Dah tu, ada ekor yang asyik tarik baju. Memang sah-sah tak boleh nak membaling dengan tenang. Bila keputusan diumumkan, rupanya dapat juga ‘top five’.
salahkan kamera tu,
tak cukup pixel tu,
kena bli yg 12 mega ker gitu gitu
heheheh,
golek bola?
bebaru ni pocket dpt 141…
kenduri terus!! hahhahah
Pocket recently posted..346 BahasaJiwaBangsa
Pocket, memang patut salahkan kamera tu kan!!!
Cantik nombor tu. Memang boleh kenduri terus…
Kak Long main kali ni, nak cecah 100 pun payah….
Kamera Kak Long tu lagend, pasai pa boleh senget yer …muskhil sambil jeling kat tukang ambik..hehe.
Waa Iza tak reti main bowling, pernah main sekali, masuk longkang jer bola tu… lane tu bengkok tu, Iza baling bola tu dah betui dah. Minggu lepas kawan sekilang ajak main futsal, Iza yang “comey” ni jaga gawang. Tak pernah main, suruh jaga gawang pulak bolos 17 gol wahahahahaa… Nasib baik kawan sepasukan kata, okey dah tuh, kalau orang lain jaga gawang bolos 30 gol
iza~de~bintang recently posted..Menanti Kitab Cinta
Iza,
Kak long dah tukar D90. Tapi apasai tak comel-comel jugak gambar tu? Bila agaknya nak berguru dengan Iza nih????
Sungguh bagus kawan Iza….
Kak Long belum pernah main futsal. Agaknya kalau Kak long yang jaga gawang, confirm 50 gol lepas sebab Kak Long lagi ”comey” hehehe…
Salam Kak Long. Selamat bercuti. Ke sibuk cuti sekolah ni ??
Salam Tie.
Selamat bertugas di dapur, confirm anak-anak balik dari asrama minta mama masakkan macam-macam ya!
Cuti sekolah ni, okay sikit, cuma kena habiskan skrip jawapan pelajar aje. Kelas tambahan pun tak ada sebab pelajar asrama semua pulang bercuti.
Nak siapkan kerja. Dah booking nak bercuti pun pada minggu ke-2.
Kira terror jugak tu kak long.. Top five.
lama sungguh tak main bowling.
sekarang ni satu xcercise pun takde jadi badan dah macam dipam-pam .
huhu…
Azrina3.7 recently posted..3 Serangkai Yang Berjangkit
Kalau top 5 out of 10 .. hebat! Kalau top 5 out of 5, sendiri mau ingat la
anif recently posted..Makan Dahulu
Anif, betul tu….sama ada hebat atau sendiri mau ingat…
Sebenarnya peserta memang ramai, hampir dua puluh orang, itu yang pelik bila dapat Top Five. Nak kata hebat, memang jauh sekali, sebab kali ini banyak yang ke longkang.
Mungkin hebat sikit daripada yang ‘hebat-hebat’ sebab di luar hujan lebat sambil makan kuih lepat, hehehe…
kawe dah lama ehh tak golekkan bola… dulu2 sampai tongah malam masih henti lagi.. he he… Skrg ni sibuk golekkan si Roq aje
Ismail N recently posted..Internet Phishing Scam
Bagus, bagus…bapa mithali gitu…
Golekkan si Roq pun exercise gak tu.!