Pastinya suasana Aidilfitri semakin terasa. Kesibukan di jalan raya mulai petang semalam pastinya mengiringi teman-teman yang pulang ke kampung. Suasana di sekitar kawasan perumahan tempat tinggal Kak Long juga semakin sepi. Masing-masing mula meninggalkan rumah untuk menyambut Aidilfitri bersama kaum keluarga di kampung.
Kak Long tinggal tidak begitu jauh dengan kampung. Maka, kurang kemeriahan membuat persiapan pulang ke kampung. Ada masa cemburu juga tengok orang lain yang seronok hendak pulang ke kampung. Namun bersyukur juga kerana saban tahun tidak perlu menempuh kesesakan di jalan raya.
Ramadan semakin tiba di penghujung. Dalam pada itu, berita tentang adik bongsu ayahanda saya di Unit Rawatan Rapi Hospital Universiti memang agak menyedihkan. Malam semalam saya berada di hospital sehingga hampir pagi. Sukar untuk diramalkan kesihatan beliau. Cuma doa yang terbaik untuknya.
Kesibukan mengemas rumah juga mengekang masa berada di depan komputer.Sehari sebelum raya pembantu rumah Kak Long akan pulang untuk jangka masa agak lama. Banyak juga persediaan dan persiapan dibuat. Aktiviti merayau ke blog rakan-rakan semakin berkurang. Cuba juga mana yang terdaya.
Mawar Merah : Salam Aidilfitri. Di mana anda berada pada hari-hari terakhir sebelum Aidilfitri. Semoga semuanya berjalan lancar.
Sebelum itu, kepada yang sedang, telah dan akan Balik Kampung, nikmati Video Clip dari drgadget100 (youtube) ini.
makin nak dekat raya
makin busy shopping complex
hohoho
selamat hari raya
p/s : thanks ucap tahniah pasal menang contest tu..rezeki alhamdulilah
Dengar khabar PKNS penuh sampai nak jalan pun susah.
Selamat Hari Raya juga!
selamat hari raya, kak long
mintak maaf kalau ada tersalah kata, terkasar bahasa
Sama-samalah kita saling memaafkan.
pocket pun geng yg ‘tak jauh mana’
so raya tak perlu risau risau nak beli tike flight bagai.
tp still pengembaraan tetap berlangsung,
biarpun utk 90minit jer.
selamat hari raya, berhati hati pulang okeh.
mata pocket kata ‘laju mamat dradget100 tu bawak keter’
dan mengelak keter pada minit 2.06 agak merbahaya
90 minit agak jauh, bagi orang yang tak jauh mana…
Juga selamat memandu dan berhati-hati di jalan raya dan di luar jalan raya.
hahaha…nak kena babap mamat dradget100 tu. Orang dah kata jangan pandu laju-laju, degil sangat pulak!
Selamat Hari Raya long..
Samae2lah kita yer bermaaf2an… 0 – 0
Tak balik kampung ke??
Ada score yer? he he.. 1 -1 sama ker dengan 0 – 0?
Nurmisnan: Insya Allah, kejap lagi nak balik kampunglah ni.
Sama-sama kita memohon kemaafan dan memaafkan.
Encik Ismail : Sama tapi tak serupa kot, hehehe..
dah tahun kedua tak ‘balik raya’ , rasa lebih tenang pula tak perlu merancang dlm kesesakan jalanraya.
untuk kak long sekeluarga dan anak²
selamat hari raya aidilfitri, maaf salah dan silap tutur kata juga perlakuan. Moga persahabatan ini di lindungiNya selalu.
Kak Long menempuh kesesakan jalan raya ni semasa belajar dulu sahaja. Sekarang ni alhamdulillah, nak balik rumah keluarga pun tak perlu risaukan jalan yang sesak tu.
Sesekali tu terselit juga rasa rindu nak sama-sama ‘join the crowd’ bila tengok orang sibuk-sibuk balik kampung, hehehe…
Semoga Kujie sekeluarga dan anak-anak dirahmati dan berhati-hati memandu semasa di Hari Raya.
Terima kasih kerana persahabatan yang terjalin.
Tak seperti tahun sudah, saya tak balik raya di kampung tahun nie Kak Long. Raya tahun ni di rumah mertua saya, which is kira-kira 30 minit drive dari rumah saya
Oleh itu, tak rasa kemeriahan dan demam balik kampung. Rindu gak sama family saya di Johor tetapi kalu nak balik raya 3 atau 4 pun tak berbaloi sebab jauh dan family saya besar, maka better tunggu cuti panjang hujung tahun nie ker 
Btw, Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin dari kami sekeluarga di KK. Semoga raya nie di sambut dan kegembiraan di mana pun berada. Thanks sbb selalu jengok blog saya yang tak seberapa tu. Appreciate very much.
Kak Long juga berharap agar Encik Ismail dan keluarga berbahagia di mana sahaja berada. Tak apa, nanti simpan demam balik kampung tu untuk cuti panjang ya!
Tahun ni giliran di rumah keluarga Kak Long, tak jauh mana, tapi seronok sebab semua adik-beradik juga bergiliran yang sama. Yang ni memang ditunggu-tunggu.
Alhamdulillah, syukur dengan persahabatan dengan rakan-rakan blogger di sini. Banyak pengalaman dan ilmu yang dikongsi di blog masing-masing.
Ucapan ringkas dari saya. Salam Lebaran. Maaf zahir dan batin
sama-sama lah kita saling bermaafan.
Selamat hari raya, Kak Long… maaf zahir dan batin dari Tie di Ganu.
Selamat Hari Raya Tie..
Kira blog SM bertuah la sebab Kak Long berkesempatan untuk ziarah dan tinggalkan komen. Sekali ziarah, banyak juga Kak Long tinggalkan komen. Terima kasih kerana sudi ziarah blog SM ye.
Apa-apa pun, berdoa sahaja kepada Allah S.W.T agar adik bongsu ayahanda Kak Long diselamatkan.
Tahun ni, giliran beraya di rumah mertua SM di Batu Pahat, Johor. Lama juga seminggu cuti beraya dekat sana. Tak dapat raya di kampung halaman di Sungkai, Perak. Cuma dapat dengar berita sahaja dari adik beradik
Semoga SM bergembira di mana sahaja berada.
Salam Idul Fitri buat tuan blog…maaf zahir batin…
terasa cepat pula masa berlalu.. Ramadhan akan meninggalkan kita…siapa tahu mungkin Ramadhan kali ini kali yg terakhir buat kita??
ya Allah…semuga kita semua dipertemukan dgn Ramadhan yg akan datang amin ya robb..
Sama-samalah kita berdoa agar dipertemukan Ramadan yang akan datang. Amin.
selamat hari raya kak long mawar merah. hehe.. jangan makan banyak sangat..
Selamat Hari Raya. Itulah…kalau makan satu rumah sesudu, sepuluh rumah, sendiri mau ingat kan!
Pingback: Selamat Hari Raya, Semua! - Pacifista : Pacifista
Thn ni sediakan byk baju utk ayah & adik sbb nak hilangkan tension + hilangkan boring ayah