Cuti sekolah bermula dari 12 hingga 20 Mac ini. Lega rasanya bila Mesyuarat Agung telah selesai.
Salah satu usul yang dikemukakan, orang yang setia berusaha akan diberikan elaun. Walaupun jumlahnya tidaklah sebesar mana, tapi Kak Long bangga kerana melalui hujah yang telah disokong sebulat suara itu, segala yang dilakukan diberikan penghargaan apabila ada orang yang memahami pahit getir yang perlu dilalui untuk memastikan segala tugasan untuk persatuan berjaya. Lepas ini, Kak Long harap adalah orang yang akan sudi mengambil alih jawatan ini yang dah lama Kak Long pegang ini.
Sabtu dan Ahad, penuh dengan majlis kenduri. Syukurlah tak perlu bertugas di sekolah sepanjang cuti, maka bolehlah saya pergi bercuti-cuti Malaysia.
Mood cuti, nak ke Pantai Timur. Boleh jumpa makcik Tie tak agaknya? Masih bawa netbook untuk selesaikan tugas-tugas tertangguh. Dan, pastinya rutin merayau-rayau di internet juga tidak tergendala.