Acara mengacau dodol merupakan satu acara tahunan buat keluarga. Biarpun Kak Long bukanlah penggemar dodol tegar, namun demi memenuhi permintaan ayahanda yang sentiasa rajin dan bertenaga untuk menyediakan dodol yang bakal ditanya dan dicari setiap hari raya oleh kaum keluarga yang jauh dan dekat, kami adik-beradik sentiasa mencari sedikit masa untuk pulang ke rumah ayah bagi memeriahkan acara mengacau dodol ini.
Dodol ayahanda memang sentiasa menjadi kegemaran bagi mereka yang pernah merasainya.
Kak Long selalu melarang ayah bersusah payah mahu mengacau dodol tetapi akhirnya selalu akur apabila Encik Suami memberi rasional bahawa ayahanda sanggup bersusah payah menyediakan bahan-bahan dan persediaan untuk mengacau dodol kerana paling tidak pun, aktiviti ini mengumpulkan anak menantu dan cucu-cucu di rumahnya sekurang-kurangnya sekali dalam bulan Ramadan.

Beras yang diblander dikacau sehingga kembang sebelum dicampur dengan pati santan yang dimasak serta gula
Pada tahun ini, walaupun dua orang adik tidak dapat pulang kerana hal yang tidak dapat dielakkan, acara tetap diteruskan dengan meriah. Kami juga bersyukur kerana ramai bantuan tiba termasuklah beberapa tenaga import dan para pekerja adik ipar Kak Long yang sangat rajin membantu sehingga selesai.
- Sambil menunggu dodol likat, sempat menyelesaikan acara memotong kek
Mawar Merah : Dodol memang manis. Kek juga manis. Tak boleh makan banyak sangat. Tapi kalau nak senyum manis, amat digalakkan.







dah lama sgt2 tak buat dodol ni..masa kecik2 dulu je selalu buat masa kampung masih ada..skrg kampung dah tak ada..jarang sangat makan dodol…
Lain kali boleh ajak join, hehehe…
Org kampun pun ramaai yg dah tak larat nak dodol ehhh.. Bukan mudah kejenya kan Kak Long? Lama baru mau siap.
That’s why ramai yg beli kedai jer… walaupun rasanya tak se best yg ori…
Memang lama dan memerlukan tenaga yang kuat terutama bila dodol tu dah likat. Kalau kak Long ni, masa dah akhir-akhir tu nak kayuh kayu tu, memang tak bergerak!
Betul tu, ramai tak nak buat lagi, tambahan pula memakan masa yang sangat lama. Tapi, kami ni ikut ajelah sebab sekurang-kurangnya hati ayah Kak Long gembira dan puas hati.
Tidak ada pengalaman membuat dodol. Ketika kecil saya teringat jiran saya buat dodol mengunakan Microwave macam tidak percaya sahaja.
Sekarang dah moden. Memang ada yang guna microwave. Juga ada yang guna mesin. Pakai periuk Tekanan Multifunctional yang Kak Long ada pun sebenarnya hanya memakan masa 45 minit, tapi ayahanda Kak Long tetap nak gunakan cara tradisional. Lagipun rasa dan ketahanan menggunakan kedua-dua cara itu juga berbeza. Juga keseronokan menghasilkannya satu pengalaman cukup bermakna.
1st X dgr buat dodol guna microwave.. dahsyat tuh..
Haah
Boleh ker???
Tak rosak ker??
Hehehe
Kak Long pernah dengar, buat tak pernah. Kalau dalam preasure multifuntional cooker Kak Long tu pernahlah.
Rasa memang boleh sama, tapi kalau yang dibuat secara tradisional ni memang boleh simpan berbulan.
Owwwhhh
Bezanya dari segi ketahanan dodol tu ajelah yer….
Tp mcm syg aje nak guna microwave
Selamat hari raya, maaf zahir batin ye Kak Long.
Selamat Hari Raya Kenari dan Maaf Zahir Batin.
dodol sedap kalau makan mase masih suam suam tehtarik tu,
sekali jer pocket pernah makan.
ooo camni buat dodol,
pocket actually tak penah tgk.
aduhhh..
Kak Long pun suka makan dodol yang baru angkat dari kawah tu.
Nasib baik buat entri ni, jd bolehlah pocket yang tak pernah tengok tu tengok.
hehehe…
umph!! terimakasih,
menu apa plak pas ni ?
Lepas ni??? Apa yer?
Tunggguuuuuu!
Kak long.. last aku kacau lolol ahhhh masa tuh aku dalam darjah 6
kacau dodol sambil makan kelapa sawit dgn gula merah.. sesekali mkn
sedap tak terkata… hik3
Baru pertama kali dengar makan kelapa sawit dengan gula merah. Best erk? Nak cari kelapa sawit….
Owwwhhh
mudah je resepi dodol ni ek Kak Long!
bEe ingatkan mcm susah sbb masa kecik2 selalu tgk arwah nenek buat mcm susah je
Mgkn sbb masa mengacau dodol tu yg susah so bEe ingat resepi pun susah……. Dah set kat mind tu yg malas nak cari resepi. Kak Long bagi resepi ni. leh bEe try nnt lah!!! Buat sikit2 jek… hehehe
bEe,
resepinya memang ringkas sahaja. Yang nampak macam susah tu ialah kelecehannya untuk menyediakan bahan dan juga semasa mengacaunya yang memerlukan masa yang lama.
Boleh trylah lepas ni erk.
Tgh pikir adakah sang hasben sanggup menjadi penunggu mengacau dodol??? hehehe
suka dodol cair yg baru masak tu..
kecik2 dulu ngasa la sebab arwah atok memang ngacau dodol tiap kali raya. lepas tu dodol dimasukkan dlm bekas yg dianyam dari daun mengkuang.
Kakngah, orang dulu-dulu masuk dalam mengkuang. Sekarang ni payah nak cari orang jual bekas ni menjelang raya. Nak cari pokok mengkuang pun payah, apa lagi kalau nak suruh kak Long menganyam buat bakul mengkuang. Tahun depan pun tak siap rasanya, hehehe. Terpaksalah cari bekas plastik macam gitu, kalau nak diagihkan buat buah tangan pun agak mudah.
Kawe tak pandai buat dodol tapi jiran sebelah rumah masa tinggal di kampung dulu mmg tiap-tiap tahun buat dodol. Kawe lak tiap-tiap tahun tengok dia kacau dodol tu sampai siap. Lama giler keje ni. Dari pagi sampai petang.. sengsara betul. Tapi dodol yang dibuat stail lama ala-kampung dengan teliti mcm arwah jiran kawe ni mmg sodap sgt. Payah nak cari lagi. Dodol yang dijual dikedai.. hmmmm… mmg tak leh lawan dodol kampung.
Setuju tu Encik Ismail! Orang lama ni, kalau buat dodol tu, kalau ikutkan memang sengsara. Kalau ikutkan, Kak Long memang tak berapa nak setuju ayah buat setiap tahun, sebab Kak Long tak suka dia penat dari pagi sampai petang buat persiapan tapi dah ayah sendiri yang seronok sangat nak kacau dodol. Tak sampai hati nak biarkan dia rasa sedih kalau tak dapat hidangkan dan bekalkan dodol (untuk orang tertentu sahaja, hehehe) yang dihasilkannya sendiri tu.
Lagipun, setahun sekali sahaja…dan alhamdulillah, kerja kami selalu dipermudahkan dengan ramainya yang sudi menghulurkan bantuan.
eh apsal resepi dodol mcm mudah jer, mcm boleh buat secara homemade jer, selamat berpuasa kak mawar merah
Memang mudah aje Wan. Yang susahnya nak siapkan bahan dan tenaga mengacau dodol tu aje. Tambahan pula masa nak menanti siap dodol tu memang lebih dari 6 jam lamanya.
Kalau buat sikit-sikit, boleh aje…nak gunakan tepung beras yang dah siappun boleh. Cuma orang-orang lama ni, tetap nak ikut warisan nenek moyang mereka.
#lol
rasanya kat mydin mall ada je dodol yg dah siap di-pack-kan dengan pelbagai plastik pembungkus yang cantik dan menarik… pergi, ambil, beli, balik… siap~
Di mydin tu memang ada pelbagai dodol yang dibungkus cantik dan menarik. Siapkan duit, dan beli sahaja, rasa…..mungkin sama, macam kuih raya homemade dengan kuih yang rupanya cantik menawan dijual di pusat beli-belah tu. Tapi ummphh buatan sendiri ni memang tiada tandingan terutama memikirkan jerih payah menunggu dodol tu siap.
Biasanya, dodol tradisional ni, kalau sukatan betul, sangat sukar dilupakan!
dah lama tak kacau dodol nih. hehe..
Orang tua zaman dulu memang suka sangat buat dodol nih. Tapi kalau generasi sekarang tak belajar cara buat dodol nih, berkemungkinan besar satu hari nanti, cuma tinggal nama dodol jer. Tapi nak buat tak tau.
Dulu pernah tolong opah di kampung buat dodol. Memang penat badan terutama di bahagian bahu. Bila sampai dodol tu dah jadi likat, tenaga nak tolak sudip panjang tu dah tak termampu dah.
buat dodol ramai2 baru best kan! kalu tidak macam penat . Sya pun bukan peminat tegar dodol. kalu tak de pun tak pe. selalu org yg bagi jer