Kak Long terpandangkan jadual untuk esok. Wah, penuh sepanjang hari. Pagi ke petang saya akan bermesyuarat. Selepas itu….Kak Long dah ada temujanji dengan Siti. Siti ajak berfantasi.


Kak Long dah beli tiket untuk menyaksikan teater ni sejak dua minggu lepas. Teater Siti Di Alam Fantasi ini telah mula dipentaskan sejak 25 Disember 2010, tapi Kak Long sengaja beli tiket untuk malam esok sebab mesyuarat yang perlu dihadiri 3 hari berturut-turut akan berakhir esok. Jadi, dah lapang dada nak menonton teater, walaupun pada hari Khamis akan diadakan mesyuarat peringkat sekolah pula.

Jom kita ramai-ramai menonton. Tunggu kat depan pintu ni ok!

Tie tak pernah ke theater laa… Tinggal di ganu ni, panggung wayang pun tak ada. Tapi tak kisah pun.
Nampak menarik, tengok bunga besar tu rasa nak jer, hehe…
Kalau ada kesempatan memang suka juga tengok teater. Walaupun tak duduk di KL, tapi kira-kira dekat juga kalau setakat nak ke IB tu.
Hmm teater SDAF kali ni dah diberikan nafas baru dan cahaya latar dan laser yang ada sepanjang teater ni juga merupakan aspek menarik dalam pementasan kali ni. Kalau tak silap, teater ni pernah dipentaskan tahun 2004, masa tu teraju utamanya Amy Matura.
Gambar bunga besar-besar tu Kak Long ambil masa beli tiket beberapa minggu lepas, belum siap sepenuhnya. Masa malam pementasan tu, lebih meriah.