Jumpa Aaron Aziz, Erra Fazira dan Fizz Fairuz yang popular

Pelakon Aaron Aziz dan Fizz Fairuz memang banyak menghiasi kaca Tv. Jumpa pula dengan Erra Fazira, kita tengok pula bagaimana hebatnya mereka di pentas teater pula. Mereka akan berlakon dalam teater Badai Semalam, sebuah novel popular yang dikarang oleh penulis popular Khadijah Hashim. Novel ini pernah dijadikan teks sastera sekolah menengah agak lama dahulu. Walaupun tak pernah berpeluang mengkaji novel ini, Kak Long pernah membaca novel tersebut. Justeru, bila tahu yang naskah ini akan dipentaskan di Istana Budaya, segeralah Kak Long dan teman-teman yang sejiwa membeli tiket.

Kredit : Mr Google & Mr DefarhanoVII


Kak Long dan 3 orang teman dah siap beli tiket teater ini beberapa bulan dulu semasa pergi menonton persembahan di Istana Budaya . Alhamdulillah, sebagai pembeli awal, pastinya dapat memilih tempat yang agak strategik. Kawan Kak Long minat sangat dengan Erra Fazira. Siap pesan, nak duduk tempat yang boleh lihat wajah Erra Fazira dengan jelas. Tak apalah, biar Kak Long tengok Aaron Aziz dari dekat pula.

Tiket-tiket masih tersimpan kemas. Kalau tidak,  teman-teman pasti mengamuk kalau Kak Long tak jumpa tiket tu sebab mereka pun bersemangat nak menyaksikan teater ini nanti. Pagi tadi, tengok semula tiket tu. Tarikhnya tak lama juga lagi. Kacakkah Aaron Aziz dan Fizz Fairuz? Kak Long tak pernah bertentangan mata dengan mereka. Sesekali berpeluang menonton drama tu, seronok juga melihat lakonan mereka. Drama lakonan Aaron Aziz yang pernah Kak tonton ialah Nora Elena dan Fizz Fairuz, tentunya Nur Kasih. lakonannya bersama Remy Ishak. Remy Ishak Kak Long dah jumpa masa menonton teater Natrah dulu. Semoga persembahan mereka di teater nanti akan lebih hebat daripada lakonan mereka sebelum ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

19 thoughts on “Jumpa Aaron Aziz, Erra Fazira dan Fizz Fairuz yang popular