10 minit sahaja?
Posted By Mawar Merah on February 7, 2010
Hari ini ada acara bersantai. Sementara internet di lobi ini kosong dan ada setengah jam lagi sebelum pemandu pelancong kami datang menjemput, ada juga masa nak update blog.

Saya bersama dengan rombongan Cik Kiah (yang pastinya Cik Kiah merupakan salah seorang daripada yang turut serta dengan kami di sini walaupun bukan menjadi ketua rombongan…huhuhu) tiba pada hari Jumaat. Selepas terbang selama 10 minit (sebab kami sampai 1 jam 10 minit selepas penerbangan dan disebabkan waktu tempatan di sini yang lewat satu jam) kami seolah-olah hanya berada 10 minit sahaja dalam kapal terbang.

Sampai di lapangan terbang, kami diberikan pek sim telefon pra-bayar secara percuma. Hemm…strategi perniagaan yang baik.


Comel tak rantai yang diberikan sebagai tandamata yang menyambut rombongan kami daripada agensi pelancongan yang menguruskan kami di sini?
Walaupun perjalanan bermula dengan beberapa insiden yang kurang menyenangkan berlaku, bermula dengan ahli rombongan yang tidak dibenarkan chek in sebab tempoh sah paspot yang kurang daripada 6 bulan dan terpaksa memperbaharui dahulu pasport dan terbang dengan penerbangan berikutnya dengan bayaran denda serta kehilangan bagasi salah seorang ahli kumpulan yang hanya sampai lewat malam (malahan beg juga didapati rosak) namun alhamdulillah, menjelang tengah malam hari pertama kami tiba, segalanya selesai dengan baik.
p/s Dah sedia untuk berangkat. Kalau ada kesempatan boleh update lagi…..


salam..dh lama tak dtg jenguk blog akk..ingatkan akk still pakai blog lama..usha2 punya usha, dh bertukar ke blog br rupernyer…huhu
Salam,
Selamat berkunjung kembali Nurul.
Dah 4 bulan dah pindah rumah.
perkhh.. jalan jauh2 mcm ni perlu banyak bersabarkan.. terutama berombongan.. terpaksa lah tahan sabar dgn karenah dia org jugak
mudah2 kak long selamat pergi dan pulang…
kami nantikan di sini dgn pics yg best2 gitew. hehehe
Maza,
Sabar menunggu tu…
Dah pulang dengan banyak gambar, tapi tak tahulah bila sempat nak upload.
Cuma gambar yang Kak Long ambil tak seindah seni fotografi orang yang dah pergi kursus fotografi tu!
sawadee krub,
Kob Khun….
jaga diri baik2 ditmpat orang…semoga kembali dengan seribu kenangan yg indah2….
Terima kasih…
Dah pulang pun tengah malam tadi.
wah ramai jugak yer yg pergi.
teringat 2 minggu lepas, iza pun terasa tiba2 darah serbu ke muka bila kawan tanya..bila passport mati.. iza lupa langsung nak semak. Nasib baik Disember 2010. Hujung tahun. Kalau tak mahu duk melilau dalam KLIA tu pulak huhu
Selamat balik Kak Long
Iza tunggu ni gambar2 menarik dari Kak Long hehe
Betullah Iza, kadang-kadang kita tengok tarikh tamat je, lupa pulak nak pastikan yang mesti lebih daripada 6 bulan.
Semoga apa yang terjadi tempoh hari membuat kita tidak lupa lagi.
p/s Gambar oh gambar….segan lah, tak cun macam photographer Bintang Comel!
takde buah tangan untuk pembaca blog kak long ke?
Untuk pembaca blog ada hasil tangan Kak long…
Salam Kak Mawar, Seronok baca travelog blogger ni. Teringin juga rasanya travel macam akak untuk tambah pengalaman. Tapi belum masanya kot. Insya Allah ada rezeki boleh cuba juga.
Alhamdulillah, diberikan rezeki untuk ke tempat orang.
Insya Allah, masanya akan tiba dapat peluang itu.
Nanti boleh Kak Long baca pengalaman MK pulak.