Ladybug dari Labuan

Awal minggu ni seorang teman yang kini bertugas di Matrikulasi Labuan telah datang menziarahi. Dia hadiahkan kami, teman-teman di sini benda ni:-

cenderahati dari Labuan

cenderahati dari Labuan

 Comel coklat ni….sayang pulak nak makan hehehe….

Namun, semalam saya dengar ada musibah yang menimpa beliau yang sedang bercuti di rumah keluarganya di Pahang. Dengar khabar, rumah keluarganya telah dirompak semasa beliau di rumah ibu di sana. Kereta adiknya juga telah dilarikan. Kami cuba juga menghubungi beliau melalui telefon, tetapi tidak berjaya dan kami diberitahu yang telefon beliau turut dilarikan perompak.
Alhamdulillah beliau dan keluarga tidak diapa-apakan. Semoga beliau dan keluarga tabah menghadapi musibah ini dan semoga para perompak yang merompak rumah keluarga beliau itu sempat bertaubat.

Minggu yang sibuk

Sebenarnya minggu ini Kak Long dah mula dapat menjalankan tugas dan kena jadi guru bertugas pulak tu… Syukur alhamdulillah…rasa dah pulih sepenuhnya. Masa mula-mula bertugas, minggu lepas, kejap ok, kejap kena ke hospital semula. Tapi selepas cuti rehat sehari untuk memulihkan semangat  yang hilang…akhirnya minggu ini Kak Long rasa amat bertenaga dan sihat sekali meneruskan kerja dan tugasan.

Semalam sekolah ganti untuk hari raya. Uishh jauh lagi, tapi dah kena ganti awal-awal.

Tak pe..nanti boleh raya sakan.

Selepas tamat waktu persekolahan, ada jamuan dua dalam satu.

Pertama  sempena meraikan seorang rakan setugas yang akan berpindah kerana naik pangkat dan yang ke-dua kerana ada antara kami yang telah menerima surat kenaikan gred hehehe termasuklah Kak Long…. Gembira  juga sebab bila balik bertugas, dihadiahkan dengan surat pelantikan kenaikan gred yang ditunggu agak lama sedangkan rakan-rakan yang sama menikmatinya dah dapat surat tu lama. Tapi tak apa…berbaloi menunggu kan! Tarikh tetap sama…

Hari ini pastinya rakan-rakan di Hulu Selangor termasuklah Kujie sibuk mengundi. Adik Kak Long yang tinggal di Bukit Beruntung pun sama juga sibuknya melayan kempen pilihanraya. Semoga telah menunaikan tanggungjawab masing-masing.

Buku dan Hak cipta Sedunia

Hari ini merupakan Hari Buku dan hak cipta sedunia yang mula disambut sejak tahun 1995. Semoga sambutan Hari Buku dan Hakcipta Sedunia ini dapat memupuk membaca dalam kalangan rakyat seluruh negara.

SELAMAT MENYAMBUT HARI BUKU DAN HAKCIPTA SEDUNIA.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...