Esok ada apa?

Cuti sekolah untuk pertengahan semester 1 dah habis. Tapi Kak Long masih bercuti hingga ke akhir bulan ini. Kalau cuti masa sihat walafiat, memang seronok, tapi cuti kalau masa sakit memang tak seronok kan?

Kak Long memang memanfaatkan cuti sebulan ini untuk memulihkan diri. Memang sengaja elakkan diri menghadap komputer. Cuma sesekali baca blog kawan-kawan.  Walaupun bercuti, masih lagi sempat memeriksa kertas ujian untuk 4 kelas yang diajar yang baru dihantar awal cuti minggu lepas. Alhamdulillah, dapat Kak Long sempurnakan kerana cuma duduk sahaja. Kalau nak buat kerja yang berat-berat dan berjalan turun naik tangga tu, memanglah Kak Long cuba elakkan sebab walaupun nampak luka dah semakin sembuh, bimbang juga kalau terbuka balik. 

Sungguh susah hati lama meninggalkan pelajar ni. Tambahan pula majoritinya kelas peperiksaan. Sebelum cuti hari tu,  teman Kak Long maklumkan bahawa  ada mesyuarat akan berlangsung minggu ini.  Syukurlah semua kerja dan minit mesyuarat dah siap Kak Long fotostatkan sebelum masuk hospital tempoh hari. Kalau tak, rasa bersalah juga.  Susah hati juga bila ingatkan betapa banyak kerja yang menanti bila kembali bertugas nanti. ..

Kak Long dah melawat ke blog Secangkir Madu Merah untuk meninjau award yang diberikan. Tapi belum sempat nak buat lagi ya…

Esok Perdana Menteri kita akan buat pengumuman sesuatu tentang kemudahan jalur lebar negara. Apa agaknya ya? Khabarnya ada berita baik untuk semua. Kita tunggu sajalah.

Dah lama tak menulis. Jadi rentak menulis pun lain macam aje. Semoga akan dapat rentak semula.

Penggredan baru dalam Keputusan Peperiksaan SPM 2009

Semalam, debaran 465,853 calon peperiksaan SPM 2009 tentunya telah berkurangan setelah mendapat slip keputusan peperiksaan masing-masing.

Walaupun tidak dapat bersama-sama dengan bekas pelajar Kak Long tapi ramai juga yang menghubungi untuk berkongsi berita. Ada berita gembira kerana mendapat keputusan seperti jangkaan, namun ramai juga yang masih keliru dengan keputusan A+, A, A-, B+, B, C+, C, D, E dan G  yang mereka peroleh sebab penggredan baru belum diaplikasi dalam sistem persekolahan kami sebelum ini. Ada pelajar Kak Long yang mengadu yang biarpun gembira mendapat A, tetapi bila ada simbol (-) dibelakangnya, mereka bagaikan kurang senang.

Sistem penggredan ini baru diperkenalkan  bagi keputusan SPM 2009 ini, namun telah lama diperkenalkan di peringkat  pengajian tinggi @ universiti. Namun Kak Long percaya, pastinya apa yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran itu pastinya untuk meningkatkan kualiti peperiksaan awam di negara kita.

Menonton Berita Perdana TV3 semalam, sungguh kagum kerana beberapa pelajar yang mempunyai masalah penglihatan masih berjaya mendapat keputusan yang cemerlang. Pelajar yang telah diumumkan sebagai pelajar terbaik SPM 2009 ialah Gladys Tan Yee Kim dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Green Road, Kuching, Sarawak dan Sekolah Menengah Sains Seremban, Negeri Sembilan pula telah diumumkan sebagai sekolah terbaik. Adik Habibah Hanan Mat Yusoff dari Sekolah Menengah Agama Maahad Muhammadi (P), Kota Bharu pula berjaya 15A dalam SPM 2009

Kredit Imej : Berita Harian Online

Kredit Imej : Berita Harian Online

Tahniah buat semua yang berjaya dengan cemerlang dan bagi yang tidak berjaya mendapat keputusan cemerlang, usah putus asa.  Perjalanan hidup masih jauh dan banyak yang harus ditempuhi. Semoga terus gigih dan mencapai kejayaan dalam kehidupan lebih penting daripada kejayaan dalam peperiksaan semata-mata.

Keputusan SPM 2009

Debaran pasti memuncak bagi setiap calon yang telah mengambil Peperiksaan SPM pada penghujung tahun 2009 sembilan yang lalu.

Esok sekolah akan dipenuhi oleh bekas pelajar Tingkatan 5 yang kini sedang melakukan pelbagai aktiviti sementara menentukan hala tuju mereka seterusnya. Seperti biasa, pelbagai gaya akan dilihat.

Esok, saya tidak berpeluang bersama-sama dengan rakan sekerja mengagihkan dan membuat analisa keputusan peperiksaan SPM kerana masih bercuti. Namun doa saya buat pelajar-pelajar saya pasti akan bersama.

Selamat berjaya!

Malam ini di sini

Malam ini di sini

Malam ini di sini,
originally uploaded by mawarmerah2008.

Multimedia Message

This message has been delivered to your e-mail account by the
Celcom Multimedia Messaging Service Centre (MMSC) and was originally sent by subscriber number 60xxxxxxxxx

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...