Seandainya ada waktu..

Mawar Merah | February 28, 2010

Sepanjang minggu ini sibuk bersukan, biarpun ada kesakitan yang menyerang. Bertemu doktor pakar untuk mendapatkan kepastian dan atas nasihat dua orang doktor pakar, Kak Long akan berada di hospital mulai Isnin ini.

Insya Allah, seandainya ada waktu, kita akan bertemu.

Gigit menggigit atasi ketagihan rokok

Mawar Merah | February 26, 2010

Semasa mengajar dalam minggu ini,  Kak Long pun berbual-buallah juga  tentang peraturan sekolah,  Kak Long ada juga menyentuh tentang gejala merokok dalam kalangan pelajar sekolah. Memang kesalahan merokok merupakan satu kesalahan serius di sekolah dan di tempat awam, walaupun hakikatnya tiada tindakan yang tegas diambil pada orang yang menghisap rokok di tempat awam.
Kalau makan di [...]

Ziarah

Mawar Merah | February 26, 2010

Ziarah, originally uploaded by mawarmerah2008.

Multimedia Message
This message has been delivered to your e-mail account by the
Celcom Multimedia Messaging Service Centre (MMSC) and was originally sent by subscriber number ***********
You have received this Multimedia Message in your email inbox
[...]

Menuju Puncak

Mawar Merah | February 25, 2010

Hari ini dan semalam telah berlangsung Kejohanan Olahraga di sekolah Kak Long. Kali ini Kak Long setia dengan jam randik ke sana sini.

Masuk kandang lembu, mooo…

Mawar Merah | February 24, 2010

Dalam subjek Bahasa Melayu Kertas 2, ada soalan Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa tentang peribahasa.
Biarpun pelajar telah mula diperkenalkan tentang peribahasa ini bermula daripada sekolah rendah, malangnya, kebanyakan pelajar masih kurang pasti tentang peribahasa yang patut digunakan.
Pada suatu hari ketika sedang menerangkan tentang sesuatu, maka Kak Long cuba meminta pelajar menyambung peribahasa yang pada pendapat Kak [...]

Yee Sang

Mawar Merah | February 23, 2010

Hari ini hari ke-7 Tahun Baru Cina. Biasanya pada hari ke-7 selepas Tahun Baru Yee Sang, rakan saya yang menyambut Tahun Baru Cina akan mengadakan satu upacara di Bilik Staff. Pada tahun ini, disebabkan kesibukan yang melampau, maka aktiviti tersebut ditangguhkan.

Melambung yee sang merupakan satu adat resam Tahun Baru Cina di Malaysia dan Singapura yang [...]

Dunia batinku membuat aku menangis

Mawar Merah | February 21, 2010

Jarang sekali saya sengaja menonton TV pada malam minggu. Selalunya ada sahaja aktiviti yang membuatkan tumpuan terhadap televisyen agak berkurangan.
Malam ini sebenarnya tanpa sengaja, saya menonton telefilem Melayu tempatan yang bertajuk “Dunia Batinku”  dalam  Slot Cerekarama di TV3 yang  menampilkan lakonan menyentuh jiwa daripada Shafie Naswip, Syahirah Maisara, Normah Damanhuri, Sheila Rusly, Fizz Fairuz, Memey [...]

Kusangka panas sampai ke petang

Mawar Merah | February 19, 2010

Saya mula bertugas semula pada hari Rabu yang setiap minggu merupakan hari paling sibuk untuk waktu persendirian saya.
Hari Rabu lepas, cuaca cerah. Namun pada sebelah tengahari ternampak awan kelabu. Kami mempunyai program Pertandingan Merentas Desa pada sebelah petang. Pertandingan bermula pada pukul 3 petang.

Setelah  hampir dua puluh minit pelajar dilepaskan dan guru-guru sebagai pegawai Kejohanan [...]

Kutemui James Bond

Mawar Merah | February 16, 2010

Selamat Bercuti. Tahun ini, sekolah saya tidak mengambil cuti gantian, jadi, esok, saya dah kembali ke sekolah. Hari ini pun dah bersedia dengan pelbagai fail kerana esok ada pemantauan pada sebelah pagi, dan Pertandingan Merentas Desa pada sebelah petang.
Walaupun teringin sangat nak berkongsi gambar-gambar  semasa bercuti baru-baru ini, namun gambar-gambar tersebut masih bertapa dalam Nikon [...]

Terjah Blog FuhyooFM

Mawar Merah | February 12, 2010

Semasa bersiaran pada 28 Januari yang lalu iaitu pada hari Khamis jam 12 tengah hari, saya tidak dapat mendengar siaran langsung rancangan Dunia IE dan juga salah satu segmen yang disiarkan iaitu Segmen Terjah di  FuhyooFM  iaitu radio internet pertama di Malaysia yang mempelopori bidang pendidikan sebagai landasan utama mencungkil bakat-bakat muda dalam bidang penyiaran. [...]

Related Posts with Thumbnails