Cinta Strawberi

mawar merah

mawar oh mawar merah!

strawberry choclate

coklat strawberi

Bersakan makan coklat strawberi. Nasib baik balik menurun tanah tinggi, kalau mendaki, mesti kereta tu perlahan macam kereta lembu sebab berat yang bertambah…

Mawar Merah - Ada apa dengan cinta? Bunga dan wanita atau coklat dan strawberi?

p/s   Masih gambar daripada hp saya. Lambat betul nak upload gambar.

EQ Strawberry Farm

22 November

Memetik strawberi.
Hari masih hujan.
Strawberi rasa masam.


originally uploaded by mawarmerah2008

strawb

strb

stb

originally uploaded by mawarmerah2008

23 November

Matahari sudah muncul.

Seronoknya dapat jalan-jalan tanpa payung @ baju hujan.

mthar

mth

roses is red my dear..

roses is red my dear..

mthr

mthri

Mawar Merah – Kena buat siaran blog tertunda, sebab tersilap email. Hihi…ingatkan dapat buat live blogging, rupanya siaran tergendala sebentar. Seronok menghala lensa kamera tetapi tak sempat nak upload lagi. Hari ini bermesyuarat sampai petang.

Kejutan Weblog Popular 1Malaysia

Semasa saya jalan-jalan semalam, tetapi tidak sempat melepak lama-lama di blog Kujie, saya memang tersentak bila melihat senarai blog yang dicalonkan dalam peraduan Weblog Popular 1Malaysia. Mana tidaknya, antara 21 blog yang tercalon, tiba-tiba mata saya terpandang nama blog Mawar Merah. Mulanya, saya menyangkakan bahawa blog itu merupakan blog yang mempunyai sama nama dengan saya. Saya pun cuba klik pada link tersebut untuk mengenali siapakah yang mempunyai nama blog yang sama itu. Namun, bila yang keluar ialah blog saya, memang terkejut sungguh! Bila saya rujuk semula blog Denaihati, saya mendapat kepastian bahawa memang blog itu blog saya.

Berikut saya petik daripada senarai yang dikeluarkan oleh Denaihati:-

Berikut ada blog yang dicalonkan dan jumlah pencalonan daripada pengikut fanatik mereka : Ini fynn jamal cakap (16), Mombloggersplanet (19), Hidup Biar Sedap (9), Irfan Khairi (1), Kennysia – Asia Best Entertaiment Blog (1), Zahiriladzim (1), Rohaizad dot com (2), Hairulchessmaniacs (1), Kau Tercipta Untukku (1), Emilayusof (2), Contestmanic (1), Dunia Sebelah Zara (1), Your Shopping Kaki (1), World Of Azizwan (1), Oh! Tidak (1), Chokilala (1), Luthtextile (1), Viruspadu (1), Mawar Merah (1), Mylittlevegetablegarden (1) dan Mysuperkids (1).

Setahu saya, saya cuma ada mencalonkan sahaja, tetapi tidak pula menyangka ada pencalonan. Saya amat mengesali kelalaian saya selama ini. Saya bukannya tak pernah klik senarai mereka yang dicalonkan, tetapi, sungguh, saya memang tak pernah perasan bahawa blog saya tersenarai. Mungkin masa saya nampak blog saya, saya sangkakan senarai mereka yang mencalonkan. Sampai ketika ini, saya masih cuba mengesan, siapakah yang bermurah hati mencalonkan saya itu.  Namun, sebenarnya saya berasa sangat segan, tersipu-sipu macam bunga mawar yang baru hendak keluar daripada kudupnya kerana saya tahu, saya memang tidak popular langsung. Kalau nak ikutkan bilangan pengunjungpun, setiap hari tak sampaipun seratus orang. hahaha….jadi kat macam manalah boleh tersenarai agaknya.

Walau bagaimanapun, saya amat menghargai orang yang telah mencalonkan saya itu. Walaupun mendapat pencalonan tunggal, namun pencalonan itu merupakan satu penghormatan buat saya yang masih mentah dalam dunia blogging ini. Pencalonan itu juga menjadi cabaran buat saya untuk terus bersemangat untuk bersama-sama berkongsi pengalaman di dunia siber ini. Saya mohon maaf kerana saya terlepas pandang selama ini kerana secara jujur, saya memang tidak pernah bermimpipun yang blog ini akan tersenarai.

Walaupun tiada pemenang untuk weblog paling popular dan referal paling banyak, saya mengucapkan tahniah kepada Mombloggersplanet yang telah mendapat 19 pencalonan. Juga kepada blog yang tetap saya anggap paling popular iaitu  Hidup Biar Sedap iaitu 9 pencalonan kerana telah memenangi top 8 ranking dengan keywords Weblog Popular 1Malaysia yang ditentukan pada jam 12.00 am, 1/11/2009.

Tahniah kepada yang telah berjaya dan terima kasih kepada penganjur kerana saya telah mengenali banyak blog yang menarik sepanjang peraduan ini.

Munajat Cinta

Hari ini hari terakhir persekolahan untuk tahun ini.  Sepanjang hari, saya menyelesaikan tugasan yang perlu diserahkan dan menyiap dan mengepos surat panggilan mesyuarat  yang akan diadakan pada pertengahan minggu hadapan. Walaupun semuanya telah di sediakan dari awal, namun seperti biasa, penutup hari sebelum mula bercuti memang meletihkan.

Pulang dari sekolah, ditemani hujan dan petir yang berdentum. Memang sukar untuk menghadap komputer dalam cuaca sebegitu. Jadi, saya mencari alternatif lain yang sekian lama saya tinggalkan.  Mungkin sekarang ialah masa yang sesuai untuk menghabiskan stok buku-buku yang saya belum sempat baca selama ini. Akhirnya, hari ini, saya dapat juga menyelesaikan pembacaan saya. Sebenarnya sudah beberapa hari curi-curi membaca buku pertama daripada Dwilogi novel berjudul Munajat Cinta karya Taufiqurrahman al-Azizy.

03112009099Novel ini mengungkap persoalan tentang pencarian diri dan perhubungan dengan masyarakat.  Kehidupan kita di dunia ini memang sentiasa diuji, namun ujian daripada-Nya itu bukan sekadar ujian yang hanya ingin menyiksa atau menyusahkan, namun lebih kepada menyedarkan kita tentang setakat mana kita telah menunaikan tanggungjawab kita terhadap-Nya.

Esok, saya ada buku lain akan mula dibaca. Wah, seronoknya cuti. Hehehe….

Hari ini dan semalam

Pelajar saya sudah mula berperang dengan SPM semalam. Walaupun dah tak masuk kelas untuk mengajar, kami sibuk mengadakan karnival  sukan untuk pelajar-pelajar tingkatan 4 pula. Kerja-kerja sekolah mungkin telah berkurangan tetapi sibuk menyiapkan sijil berhenti dan sijil-sijil penghargaan. Tambahan pula minggu pertama cuti akan diadakan mesyuarat. Perlu menyediakan beberapa kerja juga sebelum bermesyuarat.

Beberapa hari lagi cuti sekolah akan bermula. Nasib saya sungguh baik kerana pada saat akhir, saya telah dapat pengganti untuk menjadi pengawas peperiksaan. Jadi, pastinya saya akan berkesempatan menikmati cuti sehingga Hari Raya Aidil Adha.

Pagi tadi kami ada majlis Bersarapan Dengan Tok Ketua. Sebenarnya majlis ini diadakan sempena sambutan Selamat Datang kepada Tok Ketua dan majlis perpisahan kepada 3 orang rakan kami yang telah disahkan akan bertukar sekolah pada tahun hadapan.

Mawar Merah – Maaf sebab tak begitu aktif jalan-jalan ke blog teman-teman. Hari hujan dan ribut petir pada sebelah petang dan malam agak membataskan aktiviti berblog.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...