Ada di Sban, jumpa Maya Karin & Fazura

Multimedia Message

This message has been delivered to your e-mail account by the
Celcom Multimedia Messaging Service Centre (MMSC) and was originally sent by subscriber number 60192229118
You have received this Multimedia Message in your email inbox
and it has been reformatted in order to be visible in your email client.
However, Multimedia Messages have slideshow like qualities
that are best viewed with the MMS capable player located in
MMS capable devices or in our Web based MMS Player.
This message can be viewed as it was originally intended
To view this message as it was originally intened click on the button below…

Weblog Popular 1 Malaysia : Saya ingatkan…

Weblog Popular 1 Malaysia -contest yang dianjurkan Denaihati dah nak berakhir malam ini. Pada teman-teman yang masih belum membuat pencalonan dan berhajat nak membuat pencalonan, jangan lupa…cepat-cepatlah buat sebelum tarikh tutup.

Saya telah membuat pencalonan untuk Kujie (Hidup Bir Sedap) dan saya gembira kerana pencalonan tersebut telah dimanfaatkan oleh beberapa orang teman untuk mencalonkan Kujie walaupun hanya membenarkan copy and paste saja entri tersebut. Saya juga mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Kujie kerana membuat satu entri yang istimewa sempana pencalonan itu. Walaupun sangat sukar untuk memenuhi syarat minima pencalonan untuk pertandingan ini, namun sebenarnya pencalonan ini merupakan satu tanda penghargaan kepada blogger-blogger yang memang layak untuk dicalonkan.

Beberapa hari belakangan ini, ketika berkunjung ke blog Hidup Biar Sedap, hati saya berkata bahawa saya membuat pemilihan yang tepat untuk mencalonkan blog tersebut kerana perkongsian dalam ilmu berblog terutama bagi saya yang masih mentah dalam dunia blog yang saya temui pada pemilik blog ini amat mengkagumkan. Terima kasih banyak2.

Kak Long – Walau apapun keputusannya nanti, bagi Kak Long, blog Kujie  (Hidup Biar Sedap) memang weblog popular 1Malaysia! Selamat berjaya….

Nak naik bot takut karam : Minta tolong popeye the sailor man

Hari ini merapu sikit. Letih dengan pelbagai aktiviti yang ntah apa-apa.

Seharian penat mencari buku bank. Semenjak semalam lagi. Di sekolah tadi pun puas  selongkar peti kayu dan peti besi yang ada.

Hahaha…itulah akibatnya kalau banyak sangat buku akaun. Buku aje banyak, duitnya belum tentu banyak kan?  Biasanya memang dikumpulkan setempat dalam kotak khas dalam almari tu. Yang lain-lain ada, tapi buku bank untuk akaun gaji dah lesap. Jangan sangka yang Kak Long tak pernah keluarkan duit gaji ya..silap banyaklah tu! Buku aje yang memang dah lama tersimpan (sampai caripun dah tak jumpa… :(   )., duitnya tak! Atas sebab-sebab untuk mengemaskini data, tiba-tiba aje kami semua kena hantar salinan buku akaun bank tempat masuk gaji tu. Itu yang bagai nak ‘rak’ mencari tu.

Esok ramai nak serbu kat sekolah. Datang, jangan tak datang.

24102009071

Balik petang tadipun meneruskan aktiviti mencari buku bank yang menyorok ntah di mana. Pasal penat mencari dan menyelongkar serta menyusun semula, tiba-tiba je malam ni tak ada selera nak makan nasi.  (alasan yang boleh diterima ke?) Fikir punya fikir, ambil keputusan untuk keluar. Maaflah gulai daging dan sayur campur yang telah kumasak tadi. Lepas maghrib ingat nak naik bot untuk menjaring. Nasib baik ada orang yang sangat baik hati belanja! Terima kasih daun keladi, lain kali belanjalah lagi…

24102009072

24102009070

Mee hijau @ spinash noodle ni memang kegemaranku.  Mana tahu boleh jadi kuat macam popeye the sailor man… tapi tak naklah tangan kembang macam popeye tu…

popeyeKredit : Google

Nak jadi Olive aje….huhuhu.

Kak Long - Nak naik bot takut karam, jadi makanlah steamboat…


Negeri nan Sembilan

Negeri Sembilan yang merupakan satu-satunya negeri di Malaysia yang mengamalkan Adat Perpatih mencatatkan satu peristiwa bersejarah semalam apabila Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, 61, telah ditabalkan sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-11 dalam majlis penuh adat istiadat di Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti.

Upacara Bersiram

Upacara bersiram sebelum Hari Pertabalan

mengadap

Istiadat Menghadap Menjunjung Duli oleh salah seorang Datuk Penghulu Luak Tanah Mengandung.

balairong

wajah

Mawar Merah - Nak upload gambar-gambar lain, tapi internet sangat perlahan. mengantuk menunggunya. Layan ajelah gambar-gambar yang ada ni…

Korban kasih

Hak seorang anak untuk mendapatkan kasih sayang daripada kedua-dua ibu bapanya memang tidak boleh dinafikan.

Oppocot! Jangan melatah….Saya bukan nak bagi ceramah, tentang bagaimana seorang ibu atau bapa mengasihi anaknya. Cuma dalam minggu ini, saya agak sibuk menguruskan salah satu hal yang berkaitan dengan isu ini menyebabkan  salah seorang pelajar saya tidak mahu datang ke sekolah berhari-hari lamanya.

Assalamualaikum cikgu. nie xyz…(bukan nama sebenar), cikgu saya mintak maaf sebab x hadir ke sek selama  xx hari… dan mungkin tak hadir lg… cikgu tanya la bapa sy knp sy x hadir ke sek…sbb sy dah beritahu dia segala2nya…t.kasih cikgu.

Sms ini saya terima daripada pelajar saya.  Mungkin sms ini nampak biasa, tetapi ada cerita yang sepatutnya boleh dielakkan berlaku di sebaliknya. Sebaik mendapat sms tersebut, saya terus menelefon pelajar tersebut. Sebenarnya, pagi tersebut, saya telah diminta oleh pihak sekolah untuk menelefon bapanya berkaitan dengan ketidakhadiran anak beliau. Saya memang mengenali bapa pelajar dan wanita yang terlibat dalam hal ini. Apabila saya menelefon, beliau seperti mengelak untuk membicarakan tentang anaknya itu.

Continue reading

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...