Teman saya meluahkan rasa kesalnya sebaik sahaja habis waktu mengajarnya pagi tadi. Bila saya tanya mengapa, katanya dia tersilap kata.

Habis tu, nak buat macam mana? Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata….
Continue reading
Teman saya meluahkan rasa kesalnya sebaik sahaja habis waktu mengajarnya pagi tadi. Bila saya tanya mengapa, katanya dia tersilap kata.

Habis tu, nak buat macam mana? Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata….
Continue reading
Minggu ni Sambutan Hari Koperasi Sekolah.
Hari Rabu hari Ko-kurikulum. Eh, masa menulis entri ni dah masuk Hari Khamis. Nampaknya Kak Long terpaksalah menggunakan teknik imbas kembali.
Hari ini 1 hb Rejab.
Bulan Rejab datang lagi. Rejab membawa maksud kebesaran dan kemuliaan. Selepas bulan Rejab, akan menyusul pula Syaaban dan Ramadhan. Saya sering juga terbaca tentang kelebihan bulan Rejab. Sebagai umat Islam, kita sering digalakkan untuk melaksanakan beberapa amalan pada bulan ini, namun usahlah melakukannya hanya kerana fadhilat yang diwar-warkan sahaja. Kita harus yakin bahawa apa sahaja amalan yang dibuat dengan penuh keikhlasan, pasti akan mendapat ganjaran daripadaNya tanpa mengira bulan mana ia dilakukan.
Kita boleh mendapat serba sedikit maklumat tentang maksud Rejab dan peristiwa yang pernah tercatat dalam bulan Rejab di sini.
Selamat Menyambut Kedatangan Bulan Rejab.
Buku yang ada dalam simpanan Kak Long ini, kulitnya sahaja dapat menggambarkan usianya. Kalau melihat kulitnya, mungkin ada yang mengkatagorikannya sebagai buku yang boleh dihapuskira. Namun buku ini sangat Kak Long gemari dan simpan di dalam almari buku yang menempatkan buku-buku kesayangan Kak Long yang lain.
Buku ini sebenarnya dibelikan oleh mantan pensyarah Kak Long semasa Kak Long menemaninya mencari buku-buku di salah sebuah kedai yang menjual buku-buku terpakai beberapa tahun yang lalu. Apabila menjumpai buku ini, dia menyuruh Kak Long mengambil buku tersebut kerana katanya dia ingin Kak Long memiliki buku tersebut kerana walaupun buku tersebut nampak buruk tetapi sangat besar nilainya. Bila melihat kulitnya, memanglah ada bahagian yang telah dimamah bubuk. Setelah pulang ke rumah selepas itu, Kak Long akui bahawa isinya memang sangat berguna untuk menambahkan perbendaharan bahasa Melayu Kak Long yang masih perlu diperkaya.
Sampai ke hari ini, Kak Long masih merujuk buku ini untuk mengetahui beberapa peribahasa yang jarang-jarang kita dengar.
Ada ke sesiapa nak cadangkan pada Kak Long kedai-kedai buku terpakai yang menarik dikunjungi?
Sejak semalam Kak Long berada di kampung. Seronok balik kampung kerana sekarang musim buah-buahan. Walaupun masih belum masak sepenuhnya, tapi banyak juga buah rambutan yang dah merah dan manggis dah menghitam. Cuma, ‘hatiku keciwa’ sikit sebab tahun ni durian ayahanda tak menjadi. Masa berbunga dulu tu, dah berangan nak berkhemah menunggu durian. Tak apalah, bukan rezeki..walaupun masih adalah beberapa biji. Agaknya durian tu merajuk sebab tempoh hari Kak Long ambil gambar kot. Hehehehe…
Kami baru saja lepas memetik rambutan dan manggis. Rambutan dan manggis yang masak tu pulak kebetulannya sangat rendah hingga boleh dicapai tangan.
Pada masa ini, hujan sedang turun. Jadi, kami menangguhkan sebentar aktiviti berpesta buah-buahan dan memasak untuk juadah tengahari ini pulak.
Masuk ke trimester ke dua persekolahan, sepatutnya momentum pembelajaran perlu meningkat lebih laju lagi untuk memastikan pelajar lebih bersedia untuk menghadapi peperiksaan.
“Cikgu bercuti ke mana?” tanya pelajar-pelajar saya.
“Oh, saya melancong ke Gold Coast,……”
“Australia?” Belum sempat menghabiskan ayat telah dipotong.
“Bukan, ke Gold Coast Sepang….”
Lain kali dengar dulu sampai habis dan begitu juga bila belajar. Baca arahan atau soalan sampai selesai kerana kadang-kala, bila hanya melihat sepintas lalu
Masuk ke kelas, Kak Long berharap pelajar lebih bersemangat untuk belajar, tetapi sehari dua selepas sesi persekolahan bermula, mood cuti mereka belum habis. Sabar, sabar….Kak Long terpaksa bekerja keras untuk memotivasi mereka agar momentum pembelajaran mereka meningkat. Biarpun sesi motivasi tidak termasuk dalam sukatan mata pelajaran, Kak Long terpaksa memperuntukkan separuh daripada masa yang diperuntukkan untuk menyuntik semangat.