Hati terkenang mulut menyebut

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan.

Kami mengadakan jamuan tergempar sempena beberapa perkara.

  • Perpisahan – kerana salah seorang rakan sejawat akan bertukar mulai bulan Jun. Rasa gembira kerana hajatnya untuk tinggal berdekatan dengan suami akan tercapai. Namun sedih juga kerana setelah sekian lama bersama, pasti saja pemergiannya membuatkan kami kehilangan seorang teman yang amat dedikasi terhadap tugasnya. Apapun, kami doakan dia akan bahagia. Dia telah setahun mendirikan rumahtangga dan kini sedang menantikan kehadiran orang baru untuk menyeri rumahtangganya. Pasti sahaja, kelulusan pertukaran ini amat diperlukannya.

P2030519

  • Lambaian Kaabah – Salah seorang  rakan aka jiran meja Kak Long akan menunaikan umrah bersama keluarganya. Jadi, buatlah doa selamat sekali. Semoga selamat pergi dan balik. Pesan jangan tak pesan….lambai-lambai kita orang banyak-banyak supaya dapat jadi tetamu-Nya lagi.
  • Cuti – yeaaaaaa…..mulai esok, cuti semester 1. Dua minggu. Dan 3 hari, kena pergi kursus. Jadi masih ada lebih kurang sebelas hari nak cuti. Banyak rancangan tu…terutama nak siapkan rekod markah pelajar. Dah lama cuti daripada jadi guru tingkatan ni, kenalah belajar balik yang dah terlupa tu!

Bila hati terkenang, mulutpun menyebut………dan tangan pun menulis.

Caaaakkkkk!!!

Caaaakkkkkk!!!!!!!

Yuhuuuuu……..

Kak Long dah pulang…

Lamanya tak berkesempatan update blog. Malam tadi, sampai di KLIA pun dah malam. Sampai di rumah, memang hati meronta-ronta juga nak on komputer, tapi disebabkan dah letih, terus saja tidur selepas membersihkan diri dan solat Isyak. Itupun dah lewat..

Semenjak menceburkan diri dalam dunia blog ni, walau hanya beberapa hari tak berkesempatan nak merayau-rayau di blog orang lain dan meonda di blog sendiri..memang rasa something wrong somewhere..

Bukan tak boleh bawa laptop, tapi memang langsung tak berkesempatan langsung nak mencuri-curi jengok pun. Bukannya tak ada komputer di bilik hotel, tetapi cuma balik ke bilik untuk tidur. Banyak menghabiskan masa memerah otak untuk siapkan modul. Selepas itu, banyak juga menghabiskan masa menyopping.

Hari ni dah ke sekolah semula. Ada dua hari lagi sebelum cuti untuk dua minggu. Sebelum cuti, kena siapkan banyak perkara, maklumlah dah bebereapa hari tinggalkan sekolah.

Nak juga ceritakan pengalaman beberapa hari bercutikerja ni.

Tunggu….

Biarku pergi…

Selamat tinggal..

Seminggu lagi nak cuti sekolah. Pelajar sedang periksa. Patutnya banyak kerja yang perlu dibereskan. Tapi apakan daya, kuharus membawa diri.

He,he…

Dalam beberapa hari ni nampaknya kak Long akan menjauhkan diri sebentar daripada komputer ni. Nak pergi seberang laut, (seberang laut…hahah…seberang laut yang dekat je, masih dalam Malaysia) kerana ada tugas.

Mesti rindu nak merayau terutama kat blog kujie, opah, kts, maza, kak tie (sekadar menyebut beberapa nama)……dll.

Sampai ketemu lagi…..

Hari ini dan semalam

Pada hari ini kami menyambut Hari Guru peringkat sekolah pula. Mungkin agak lewat sikit sebab kebanyakan sekolah dah sambut pada hari Isnin lepas. Tapi tak kisahlah tu. Para pelajar sedang menghadapi Peperiksaan Semester 1, jadi mood nak bergembira tu agak kurang.

Kami ada tarian poco-poco pada awal pagi, jamuan dan kemudian beberapa persembahan, tayangan video serta upacara penyampaian hadiah bagi beberapa permainan. Hari ini juga ada pelancaran laman web sekolah yang baru dan lebih menarik.

Kak Long ada ceritakan tentang pertandingan bowling dalam entri minggu lepas. Kami ada juga acara berpasukan. Semuanya diumumkan hari ini. Yuhuuu….dapat hadiah johan….Terkejut juga sebab tahun sebelumnya cuma dapat senarai top ten, tapi tak adalah nombor satu, dua atau tiga. Mungkin tahun ni pemain-pemain pro sekolah Kak Long tu sedang cuti, jadi kami yang tak pro nilah yang sapu…hehehe…..Selain tu, panitia kami dapat Hadiah Peningkatan Cemerlang.

Sempena hari guru peringkat sekolah ni, rupanya ada juga kek daripada biro pendidikan Wanita UMNO dan daripada  salah sebuah hotel di kawasan berhampiran.

kek2

Kak Long fikir, akhir bulan Mei ni, kalau timbang, mesti berat badan dah bertambah…tapi tak pa, esok nak pergi jogging tepi tasik. Nak ikut jom…..

kek

Dari tanah liat ke Perak

labu2

Gambar  http://l_sayong.tripod.com

Dulu labu Sayong digunakan untuk menyimpan air. Istimewanya labu Sayong ini, air yang disimpan sentiasa sejuk, jadi kita tidak perlu menggunakan air yang disimpan di dalam peti sejuk. Tetapi sekarang ni, ia telah jarang digunakan sebagai tempat menyimpan air, sebaliknya hanya dijadikan sebagai alat perhiasan. Ada juga yang menggunakannya sebagai pasu bunga. Mungkin kerana setiap rumah hari ini menggunakan balang kaca atau plastik untuk menyimpan air.

Melalui teman yang ke Kuala Kangsar, Kak Long minta tolong dia membelikan 2 buah labu Sayong. Cantik, salah satu daripadanya ada lubang-lubang dan lebih merupakan sebuah pasu hiasan yang kalau diletakkan lampu di dalamnya, sangat cantik.

labu

Tahu tak bagaimana labu Sayong diproses? Labu Sayong dibuat menggunakan tanah liat atau tanah busut. Pada peringkat awal, tanah ditumbuk di dalam mesin pengisar. Selepas ditapis, tanah yang telah ditumbuk tadi dituang ke dalam acuan. Ia disimpan semalaman dan dikeluarkan dari acuan. Kemudian, ia dibentuk dan dilorek supaya kelihatan lebih cantik lagi. Lepas tu, labu Sayong dijemur untuk dikeringkan. Labu Sayong yang telah dijemur dimasukkan ke dalam dapur pembakar di dalam suhu yang tinggi. Untuk mendapatkan labu Sayong yang berwarna hitam, labu Sayong yang telah dibakar dan dikeluarkan dari dapur pembakar akan ditanam di dalam sekam padi untuk menukarkan warnanya.

Labu Sayong memang satu produk istimewa di Kuala Kangsar.

Akal fikir

Hari ini pelajar-pelajarku menghadapi Peperiksaan Semester 1.

Bila sudah bersedia,

Segala jawapan berada di minda.

 Setelah selesai berusaha,

Mohon ke hadrat Dia yang Esa…

Nampaknya kesibukan berganda selepas ini. Beberapa hari lagi mulalah dapat skrip jawapan….

Kalau blog terbiar sepi tu…faham-faham ajelah ya!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...