Kita dan tanggungjawab

30 APRIL 2009

Sudahkah anda menunaikan tanggungjawab anda? Hari ini hari terakhir untuk mengisi borang cukai pendapatan bagi individu yang tiada punca pendapatan perniagaan.

lhdn

He..he, sebenarnya, malam semalam sewaktu nak pergi membeli-belah, lalu di depan bangunan LHDN. Nampak banyak kereta yang parking di kawasan tu. Kelihatan daripada luar cermin bangunan tu nak kata ramai sangat, tak lah juga. Mungkin ramai yang dah siap isi borang cukai pendapatan sejak awal-awal lagi. Dengar cerita beberapa hari terakhir ni, LHDN buka kaunter sampai pukul 10 malam. Bukan nak mengata,  tapi mungkin kerana kesibukan yang melampau setiap hari dan  dah jadi amalan, ramai yang sengaja tunggu saat akhir nak isi borang cukai pendapatan ni. Mungkin kerana keseronokan bersesak-sesak untuk isi borang ni yang membuatkan ramai yang bertangguh sehingga ke hari-hari terakhir. Khabarnya, talian LHDN pun mengalami kesesakan lalu-lintas. Mungkin sebab dah semakin ramai yang celik IT. Biarpun hari ini masih ada yang kelam-kabut nak isi borang cukai pendapatan tapi, tak apalah…… Daripada tak ada, baiklah ada,  walaupun pada saat-saat genting.  Selamat menunaikan tugas sebagai rakyat Malaysia bertanggungjawab.

Bagi yang belum, cepat!  cepat! cepat! Berkunjunglah ke pejabat LHDN yang berhampiran atau    ke  laman rasminya.

Bomba

Hari Sabtu, pasukan Bomba kami mengambil bahagian dalam pertandingan kawad kecekapan. Seronok juga tengok peserta-peserta bertungkus lumus memikul hos bomba.

image064

image0651

image067

Sukanya tengok hadiah ni. Dan pasukan kami berjaya merangkul johan keseluruhan, sekali gus mendapat hadiah ini. Tapi kena simpan dalam almari lah….

image074

Kak Long pun tak ketinggalan mendapat cenderahati daripada pegawai bomba yang bertugas.  Dalam beg ni ada tuala muka, ada mini thermos dan key chain.

Pesta Buku

image0591Kak Long sempat ke Pesta Buku 3 hari sebelum ia berakhir.

image061

Kami pergi bertiga sahaja. Ikut rancangannya nak bawa satu bas, tapi orang yang patut uruskan hal tu batalkan. Mulanya frust juga sebab rasa tak sempat nak pergi sendiri. Dah lah Pesta Buku nak habis, tiap-tiap hari ada aja aktiviti di tempat kerja termasuklah satu kursus yang tiba-tiba aja kena hadiri. Jadi, balik je kerja terus je call kawan Kak Long ajak pergi petang tu juga. Terkejut juga dia sebab dah petang. Kami sampai di PWTC tepat pukul 5.17 petang. Apa lagi, sebaik sahaja sampai, mulalah meneruskan operasi mencari buku-buku yang nak dibeli. Tapi banyak juga masa yang diganggu oleh jurujual syarikat-syarikat yang menjual pakej-pakej pembelajaran yang begitu sibuk nak memujuk pengunjung-pengunjung untuk membeli produk mereka. Oleh sebab masa yang suntuk, terpaksalah kami menghampakan pujukan mereka untuk meminta masa kami untuk mendengar penerangan tentang produk-produk mereka.

Berada di celahan buku memang mengasyikkan. Hampir 3 jam di Pesta Buku hinggakan petugas-petugas tu sibuk menutup gerai mereka, kami masih lagi sibuk membayar harga buku yang dipilih.  Pulang dengan beg-beg yang berisi buku yang dibeli. Rasa nak genting jari menjinjit buku-buku. Itu pun, Dan, masih ada lagi gerai yang tak sempat dikunjungi…..

Ayahandaku pulang

Ayahanda dan bonda pulang dari tanah suci. Kak Long dan adinda pergi jemput mereka di airport.

Ayahandaku pulang dari Mekah,
Ayahandaku bawakan air zam-zam,
Kurma dan kacang cerdik juga ada…. 
Ayahanda juga bawa pulang Rani.

Oh, siapa Rani tu? Rani ni special request daripada anak dia ni le. Kalau nak tahu, Rani ni bukanlah permaisuri atau gadis manis daripada tanah Arab tu. Tapi sebenarnya sejenis jus mangga pekat yang lazat (lazat oleh tekak Kak Long lah) dan menjadi minuman kegemaran semasa Kak Long di sana, zaman dolu-dolu. Rasa mangga yang pekat tu yang buat Kak Long teringat-ingat sampai sekarang. Rasanya ada ala-ala jus mangga kat Restoran Insaf kat Jalan TAR tu. Sebenarnya, saja je main-main kata kat ayah pasal si Rani tu, tapi tak sangka pulak ayah carikan juga walaupun katanya, dah hari akhir baru dia terjumpa si Rani ni. Terima kasih ayah. Sayanggggg…. ayah! Anak dia ni memang tak sedar diri. Asyik nak nyusahkan mak ayah dia je…maafkan anakanda, wahai ayahanda!

               Kita minum dulu…..!

image0575

Manja dimanjai

logothai1

Beberapa hari ini, agak terdera fizikal dan mental dengan pelbagai kerenah dan tugasan yang bertimbun. Kebetulan hari ini balik awal, jadi Kak Long pun ambil kesempatan untuk bermanja-manja.

services3

Tambahan pula, adinda Kak Long mengajak ke spa, apalagi, bagai pucuk dicita ulam mendatang. Dah lama tak memanja-manjakan badan ni. Beberapa tempat dihubungi, tapi agak penuh sebab program yang tidak dirancang

Akhirnya, melalui temujanji melalui panggilan telefon yang telah dibuat setengah jam sebelum sampai, kami ke Thai Oddyssey.

thaiody

Kalau ke Thai Oddyssey ni, tak bolehlah nak manja-manja sgt badan tu walaupun dari segi layanan memanglah dimanjakan sebab kaki dibasuhkan, badan dilapkan dll. Cuma kalau pilih tradisional thai massage tu, kena tahan sikit terutama bila badan dikerja-kerjakan sebab urutan tradisional thai ni boleh dikategorikan agak ‘ganas’ juga.

services1

Bila balik tu, aduhai, terasa ringan badan ni…tambah pula tadi dah pilih untuk dilumurkan dengan minyak aromatherapy relax yang membuatkan fikiran agak relax.

aromatherapy1

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...