Perempuan Melayu Terakhir

image0034

Antara pendidik dan tukang jahit.

Bukan nak bandingkan antara seorang pendidik dengan tukang jahit siapa yang lebih layak jadi perempuan Melayu terakhir. Bukan juga nak cerita bahawa Kak Long bertukar proffesion daripada seorang pendidik kepada tukang jahit!

image033

Kak Long belum lagi bercadang nak berhenti kerja atau memilih untuk pencen awal. Sebenarnya, saja nak cerita kegiatan hujung minggu Kak Long kali ini. Pada hujung minggu lalu, Kak Long berpeluang pergi belajar menjahit. Kali ini Kak Long belajar menjahit cadar dan sarung bantal. 

image0292

image0351

image036

Walaupun Kak Long tak dapat benar-benar menikmati cuti hujung minggu kali ini sebab kursus tersebut mengambil masa selama 2 hari dari pagi hingga petang, Kak Long sangat seronok. Dengan malu-malu dan tersipu-sipu, Kak Long mengaku yang Kak Long memang bukan seorang yang cekap hal-hal jahit menjahit ni. Pegang jarum ni memang boleh dikira dengan jari kekerapannya. 

Dan kursus tersebut telah memberi peluang Kak Long menjadi perempuan Melayu terakhir. Takkanlah baru jahit satu set cadar dan bantal dah dapat gelaran perempuan Melayu terakhir? Sebenarnya, masa buat tu, terkial-kial. Maklumlah, Kak Long ni jahit butang tercabut pun dalam setahun boleh kira dgn jari, ni pulak nak guna mesin jahit hi-speed. Kebanyakan peserta lain tu memang tukang jahit, jadi bila berada dalam kalangan yang arif tentang hal jahit menjahit ni, maka Kak Long pun asyik jadi orang terakhir je yang siap. Padan muka Kak Long!  Kak Long gelakkan diri sendiri sebab dulu-dulu tak rajin nak menyentuh mesin jahit kat rumah yang cuma menjadi perhiasan dan menunggu masa dihantar untuk dipamerkan di muzium.

show2

Bila dah siap,  bukan main seronok!

 Lepas ni boleh ambil tempahan kot! Boleh bukak kedai jahit lak! Siapa nak tempah dengan Kak Long? Boleh Kak Long bagi special discount. Tapi siap sedialah kalau tempah tahun ni, tahun depan lum tentu siap..

Di mana Ali Baba Bujang Lapok?

Hari ni, kawasan rumah Kak Long didatangi segerombolan petugas Pejabat Kesihatan. Musim fogging nyamuk agaknya. Asap berkepul-kepul. Rasa macam sesak nafas dibuatnya sementara menanti asap berkurangan.

p1090993

Gelap gulita kawasan tempat tinggal Kak Long bila kerja-kerja fogging denggi dan chikungunya sedang dilakukan.

p10909911

Jadi, apa kaitanya dengan tajuk entri Kak Long kali ni?

Sebenarnya Kak Long bukanlah nak cari Ali Baba atau si Bujang Lapok tu. Bila kerja-kerja fogging ni dijalankan, tetiba je Kak Long teringat entri Chekgu BH beberapa hari lalu tentang kerja-kerja fogging di area rumahnya. Lepas je kerja-kerja fogging tu selesai, Kak Long pun keluarlah merayau-rayau sekitar kawasan yang berhampiran. Tak tahan bau asap tu. Lagipun, Kak Long teringin sangat nak ‘tengok, kali ini siapa yang kena!’ pangkah. Puas Kak Long merayap macam kutu embun petang tapi tak ada pulak terjumpa poster macam yang terpampang dalam entri tu. Bukan apa, Kak Long nak tengok dengan mata kepala Kak Long sendiri poster tu, adakah lebih tepat macam pangkahan 40 penyamun dalam Ali Baba Bujang Lapok, ataupun lebih mirip poster undi pilihanraya.

p/s Sekarang Kak Long dah confirm, 40 penyamun Ali Baba Bujang Lapok tidak akan meyerang kawasan rumah Kak Long. Lalu Kak Long pun bolehlah tidur dengan aman.

Hari terakhir

Kak Long baru pulang dari kampung. Kampung Kak Long taklah jauh sangat. Sepenanak nasi je…Jadi, tak adalah nak kepoh sangat kalau balik kampung pun. Walaupun kampung Kak Long tak sejauh mana, tapi bila ramai-ramai balik ke kampung halaman, aduhai seronok betul!

Cakap pasal hari terakhir ni, ada dua tiga perkaralah pasal hari terakhir ni. Yang pertama, hari terakhir di kampung. Dah tiga hari duduk di kampung, tu sebab le entri tak update! Continue reading

Gelisah

Gelisah….gelisah….
Sedang menaip tadi terdengar lagu dendangan Ahmad Jais ni. Eh eh, macam tahu-tahu aja hati Kak Long yang sedang resah gelisah. Apasal le pulak nak resah gelisah? Sebenarnya, dalam tak kisah nak periksa PTK esok hari, ada juga rasa gundah gulana sebab tak buat apa-apa persediaan. Cuak jugak hati ni, batul ke nak lenggang-lenggang kangkung aja esok? Hati Kak Long ni pun berbelah-bagi antara nak pergi dengan tak nak pergi lebih-lebih tadi ada kengkawan yang telefon kata tak nak pergi esok dan suruh abaikan aje kalau kena ‘gam’ pun sebab kalau dah naik gred nanti, bukan terus boleh ambil PTK. Jadi, kalau kena ‘gam’ pun, tak terjejas apa-apa. Tak apalah… nampaknya malam ni Kak Long kena doa supaya dapat ilham, esok nak pergi ke tak.

Hari ni terajin lah pulak sampai tulis satu lagi entri. Patutnya, tengok-tengoklah sikit apa yang patut. Hei Kak Long, esok awak ada exam! Ah, ada aku kesah pasal exam tu?

Tengah hari tadi, Kak Long pergi lagi ke FOMEMA. Sakit jiwa betul. Continue reading

Ada apa dengan cuti sekolah?

Cuti oh cuti….kau datang lagi!

Hari ni dah masuk 5 hari cuti sekolah. Tapi Kak Long masih belum dapat menikmati cuti sekolah kali ni. Dahlah tak merancang bercuti ke mana-mana, banyak pula urusan berkaitan sekolah dan peribadi yang perlu diselesaikan. Akhirnya, cuti yang dah berlalu 5 hari ni habis begitu saja.

Kak Long bercuti sehari lebih awal, bukan kerana Kak Long bertugas di negeri-negeri yang cutinya jatuh pada hari Jumaat, tetapi disebabkan sedikit musibah yang menimpa diri, uhuk! Tapi alhamdulillah, segalanya dah pulih seperti sediakala.

Oleh sebab Kak Long tak dapat bertugas pada hari terakhir sebelum cuti, maka tak dapatlah Kak Long sama-sama menyibuk meneliti analisa peperiksaan SPM 2008 yang baru diumumkan pada hari sebelumnya. Maka, bermula hari Isnin lagi, Kak Long dah Continue reading

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...