Hujan

Beberapa hari ini, hampir setiap hari hujan. Musim hujan ni  kenalah  lebih berhati-hati semasa keluar rumah atau di jalan raya. Hampir seminggu Kak Long demam selsema. Namun begitu, Kak Long bersyukur kerana taklah teruk sangat sampai tak boleh pergi kerja. Cuma kerja taklah serancak biasa kerana rasa tak begitu selesa.

Semalam Kak Long pergi melawat seorang kawan yang sakit di Hospital TTJ.

p2200658

p2200659

Kasihan Kak Long lihat badannya nampak begitu susut. Tapi wajahnya masih ceria menyambut kehadiran kami yang melawatnya. Doktor sahkan buah pinggangnya telah rosak. Kata kawan Kak Long, Dr dah masukkan 80 bag air dua hari lepas. Masa Kak Long datang tu, dia sudah beransur pulih. Kawan Kak Long ni seorang yang gigih. Kagum Kak Long dengan semangatnya. Walaupun sakit, dia masih tidak mahu mengalah dengan penyakitnya itu. Dia amat yakin dia masih ada peluang untuk pulih. Semoga Allah terus melindunginya.

Antara dua rasa

11.55 am
Kini Kak Long sudah happy
Boleh mula tersenyum lagi
Hilang sudah gundah gulana
Segala persiapan telah selesai
Tinggal menunggu harinya saja.

6.00pm
Pulang sekolah pergi ke PPUM
Bersama 2 orang rakan
Pergi lawat anak kawan kami
Sayu hati tengok si kecil
Terlantar lemah tak bermaya
Hanya mampu menghulur simpati
dan tentu sahaja memahami
Berat mata memandang,
berat lagi bahu memikul.

Terkantoi

Belakangan ini Kak Long sibuk sangat. Sejak minggu lepas, banyak tenaga ditumpukan untuk membuat persiapan mesyuarat agung. Siap surat, panggil mesyuarat AJK, telefon sana, pergi sana, pergi sini, beli itu dan ini, jumpa orang itu dan ini dan macam-macam lagilah.  Dah namanya pun Setiausaha, kenalah setia dan sentiasa berusaha.

Minggu ni aja, dari Isnin sampai Khamis Kak Long kena balik lewat. Mesyuarat AJK, kemudian, kelas tambahan dahlah 2 hari, ko-kurikulum lagi. Sejak masuk kawasan sekolah, sampailah balik, ada-ada saja yang nak diuruskan. Dah beberapa hari, nak pergi makan di cafeteria pun tak sempat.  Kerja-kerja memeriksa latihan pelajarpun dah tertangguh ni. Habis aja mesyuarat agung ni, teruklah Kak Long kena pulun periksa latihan.

Apa nak buat, dah tugas. Namun begitu, Kak Long tabik spring, kerana bantuan daripada rakan-rakan Kak Long yang telah Kak Long lantik secara paksa rela sebagai JK Kerja bagi menjayakan mesyuarat itu nantilah yang banyak membantu Kak Long membereskan segala keperluan menjelang hari mesyuarat itu. Mereka turut bertungkus-lumus bila Kak Long buat muka kesian minta tolong beberapa bahagian kerja yang hendak diuruskan. Cayaang korang semua!

Namun begitu, hari ni ada satu adegan ’lu kena beb!’ telah terjadi pada diri Kak Long. Sebenarnya, Kak Long malu nak cerita, tapi Kak Long tetap nak cerita jugak! Nasiblah korang nak kata apa. Continue reading

Sehari di tengah kota

Beberapa hari lepas, seharian Kak Long di KL. Pagi-pagi lagi Kak Long dah siap. Kalau lewat nanti, tentu dapat nombor yang entah ke berapa. Ke rumah adik dulu sebab dia dah bermurah hati nak temankan Kak Long hari ini. Aku terpaksa ambil CRK hari ni untuk menguruskan pasport pembantu rumah Kak Long.

p2110575

Selepas menguruskan dokumen yang diperlukan, kami ke Pavillion.

p2110568

Kami meninggalkan kereta Continue reading

Setelah cuti hujung minggu

Lama tak ‘update’ blog ni. Kak Long sibuk sangat dengan aktiviti sukan dan mesyuarat. Hujung minggu pula menghabiskan masa dengan keluarga. Kebetulan pula, pada hujung minggu yang lalu, cuti hujung minggu ditambah sehari lagi kerana Hari Thaipusam kebetulan pada hari Ahad. Masa dalam perjalanan balik ke kampung, kami sempat pula singgah membeli durian. Adik Kak Long tu lah, ‘mengidam’ sangat nak makan durian. Dan rasa seronok sebab durian yang dibeli tu, durian kampung dan isinya ok. Bukan apa, kadang-kala bila beli durian, ada beberapa kali terkena. Harga yang diletakkan paling mahal, masa dibuka sedikit oleh penjualnya, elok aja nampaknya tapi bila belah sewaktu sampai di rumah, ada isinya yang keras.

Minggu ni Kak Long bertugas. Kenalah balik lewat sedikit. Kerja banyak juga nak dibereskan menjelang mesyuarat pada minggu hadapan. Bagai tak terasa masa begitu cepat berlalu. Hmmm, masa tak menanti kita, jadi kitalah yang kena sesuaikan diri dengan masa.

‘Periuk Bertuah’

Selalunya orang panggil ‘pot luck‘ tapi kalau diterjemahkan, maksudnya periuk bertuah kan? Sebenarnya bukan nak suruh teka periuk siapa yang bertuah, tapi nak cerita sikit tentang aktiviti ‘periuk bertuah’ ni yang diadakan di bilik kami.  

‘Periuk bertuah’ ni memang selalu kami adakan. Paling kurang pun dua bulan sekali. Seronok bila mengadakan ‘periuk bertuah’ ni, macam-macam yang ada! Bila kami mengadakan ‘periuk bertuah’, dapatlah kami berkumpul dan makan sama-sama bila ada masa lapang. Sebenarnya, bukan senang kami nak berkumpul dan berkongsi cerita kosong atau separuh kosong pada hari-hari bekerja. Biasanya, kalau tak ada aktiviti ‘periuk bertuah’ kami hanya berselisih bahu sahaja atau sekedar menyapa. Kalau kami  memanfaatkan waktu lapang kami dengan aktiviti menjamu selera  di kafeteriapun bukannya serentak. Dalam bilik kami tu, jarang ada masa nak berbual kerana ada sahaja kerja-kerja yang hendak dibereskan.  Tambahan pula, seronok kerana kalau tak payah menapak jauh-jauh hanya untuk mengisi perut yang berkeroncong. Segalanya tersedia di depan mata.

Bila ada aktiviti periuk bertuah ni juga, masa itulah masing-masing sibuk menunjukkan skill memasak ataupun ‘menempah??’ Iyalah, bukan semua ada masa dan skill nak masak awal-awal pagi sebelum bekerja. Jadi, takkan nak bawa tangan kosong je. Apa lagi, main order ajalah jawabnya. Tapi tak kisahlah tu, yang penting semangat kerjasama yang seringkali terpancar melalui aktiviti ‘periuk bertuah’ ini. Jadi, sesuailah namanya ‘periuk bertuah’ kan, kerana kami selalu rasa bertuah apabila sekali-sekala dapat menukar selera. Jemu juga tengok menu di kafeteria tu! 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...