Bunga Mawar lagi! (Sekuntum Mawar Merah Sebuah Puisi)

Semasa mengembara membaca blog demi blog, Kak Long terjumpa blog Sukra yang membicarakan simbol bunga mawar ni. Bukan tujuan Kak Long nak sambung entri terdahulu, cuma kalau yang nak tahu simbol tu, bolehlah berkunjung ke blog tersebut. Menarik juga kerana siap dengan sumber rujukan.  (Ewah, macam promosi percuma aja ni).

Sebenarnya, waktu baca blog tersebut Kak Long terperasan kalender di sebelah, tiba-tiba terdetik di hati yang rupa-rupanya hampir berakhir bulan Januari dan beberapa hari lagi akan muncul pula bulan Februari.

Berbicara tentang bulan Februari, teruja Kak Long nak menulis tentang satu hari dalam bulan Februari ni yang sering dikaitkan dengan bunga mawar ni. Hem, Kak Long pasti ramai yang tahu apa harinya tu, kan? Kalau tak, takkanlah terlahirnya lagu ‘Sekuntum mawar merah, sebuah puisi’, lagu dendangan Alleycats yang amat popular yang antara senikatanya,

"Sekuntum mawar merah, 
sebuah puisi,
untuk gadis pilihan,
ohh... di bulan Februari"

Bulan Februari ni memang sangat popular dan sinonim dengan si bunga mawar merah terutama bagi pasangan yang sedang dilamun cinta. Walaupun Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor pada 21 Februari 2006 telah memutuskan bahawa amalan merayakan Hari Valentine’s ataupun seringkali disebut ‘Hari Memperingati Kekasih’ mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya bercampur dengan perbuatan maksiat, namun masih ramai lagi antara kita yang tak sabar-sabar menanti kehadiran hari tersebut serta masih mengagung-agungkan hari tersebut terutama pasangan kekasih. Bukan setakat memberikan kuntuman-kuntuman bunga (yang paling popular pada hari tersebut, tentulah bunga mawar merah yang harganya lebih mahal pada hari tersebut berbanding hari-hari biasa) malahan, ada juga yang sanggup berhabis-habisan menyambutnya dengan makan malam di hotel-hotel terpilih yang berlumba-lumba menawarkan pakej istimewa (dengan harga yang tentunya istimewa mahalnya) sebagai cara untuk menyatakan perasaan kasih sayang ini, tidak kurang pula kini telah ada yang memperbesar hari tersebut dengan mengadakan pesta yang tidak bermoral. Yang paling sedih, orang yang terlebih-lebih menyambut hari yang dikatakan paling istimewa dalam bulan Februari itu ialah generasi harapan kita yang dilahirkan dalam sebuah keluarga Islam dan status agamanya ‘Islam’.

Walaupun ada yang berkata, tidak ada salahnya merayakan hari tersebut kerana niat kita adalah untuk merayakan dan menyatakan kasih-sayang, tetapi adakah budaya dan amalan yang meraikan satu hari yang  secara terang-terangan telah diputuskan sebagai bertentangan dengan agama Islam itu berbaloi untuk menunjukkan kasih-sayang yang melimpah-ruah dalam hati kita terhadap orang yang dicintai. Kalau benar kasih sayang kita itu ikhlas dan abadi, pasti sahaja ia boleh diluahkan setiap hari tanpa perlu menanti satu hari pada bulan Februari yang telah dikaitkan dengan seorang paderi!  Sama-samalah kita fikirkan.

Lambang si bunga mawar

ros-kuningPagi ini sewaktu berkunjung dari sebuah blog ke blog yang lain, Kak Long terpesona dengan tajuk sebuah entri seorang penulis blog negara jiran yang bertajuk Katakan Cinta dengan Bunga. Bila baca, Kak Long teringat pula entri yang ditulis beberapa hari lalu, sebab Kak Long tertanya-tanya juga makna atau lambang warna sesuatu bunga mawar. walaupun Kak Long tahu penulis ni tak baca pun entri Kak Long tu, tapi entri yang ditulisnya seperti menjawab tanda tanya Kak Long. Kak Long tahu, mesti ramai yang maklum tentang lambang sesuatu warna bunga mawar ni, tapi pasti ada juga yang kurang tahu. Jadi, kalau yang tahu tu, apa salahnya berkongsi dengan Kak Long yang tak tahu ni. Lagipun ada banyak warna lagi bunga mawar ni kan?

                                                                 ros-purple

Pulang bercuti

Hari ini pelajar pulang awal sikit. Dah tak sabar-sabar sangat mereka nak pulang maklumlah ada yang dah 3 minggu tak bertemu keluarga. Tentu rindu. Rindu pada masakan mak, rindu nak ‘bergaduh’ dengan adik beradik, rindu nak tidur lama sikit, rindu nak tengok TV sampai larut malam. Kak Long masa tinggal di asrama dulu pun sama aja macam mereka tu. Sebab tu Kak Long faham sangat dengan perasaan dia orang.

Kami ada jamuan sikit. Cuti 5 hari saja tapi okaylahh juga. Adik Kak Long ajak ke Kelantan tapi malas sangat nak mengulangi sejarah tahun lepas masa bercuti ke Bukit Merah Lake Town Resorts. Perjalanan pergi balik yang mengambil masa yang lama dalam kereta dah cukup membantutkan keinginan berkunjung lagi ke negeri Kelantan yang dah lama tak dikunjungi. Bapa dan adik2 Kak Long khabarnya akan berkonvoi 3 buah kereta sebab nak singgah dan menyusuri negeri Terengganu dan Pahang. Teruja juga nak ikut tapi teringat betapa tak seronoknya berada dalam kenderaan yang bergerak macam kura-kura kerana kesesakan jalan raya  seperti cuti CNY tahun lepas, Kak Long dengan rendah hatinya menolak pelawaan mereka.

Nak tengok baby yang jadi cover majalah. Comel kan?

Fakta tentang bunga mawar

 Ada terbaca tentang bunga mawar di ruang Laman dalam Berita Minggu semalam (18 Januari 2009) yang ditulis oleh Rohaniza Idris ( roha@bharian.com.my )?

Bila terbaca artikel tu, terus Kak Long teringat pada komen nuriman pada entri Kak Long sebelum ini.

Bunga mawar memang bunga digemari ramai, termasuklah Kak Long mentelah pula nama Kak Long kan adalah bau-bau bacang dengan bunga ni. Pandang gambar bunga mawar pun buat Kak Long selalu teruja nak jadikannya latar bagi Desktop Kak Long apatah lagi kalau orang bagi bunga mawar kat Kak Long, sehari suntuk senyum lebar sampai telinga dek kepalang sukanya!

Pada entri kali ini Kak Long nak kongsi fakta tentang bunga mawar yang Kak Long baca daripada akhbar tersebut:

 

*        Dikenali juga dengan nama ros. (Oh bunga ros! Alamak, teringat pulak sms seseorang pd Kak Long suatu ketika dahulu! Katanya senikata lagu yg dia dengar.)

 

*        Saiz bunga mawar di Malaysia dan di Eropah tidak sama kerana perbezaan cuaca. Saiznya lebih besar di negara beriklim sejuk.(Sebab tu lah bunga mawar yang kita tengok kat Cameron Highland tu lebih besar daripada kawasan lain di Semenanjung Malaysia ni)

 

*         Mawar ada pelbagai warna termasuk biru, hijau lembut dan hitam. Di Malaysia, mawar yang biasanya dijumpai berwarna merah jambu lembut. Namun mawar berwarna merah, kuning dan putih menjadi pilihan ramai.

                                                                                                                                           

Sekuntum mawar merahmawar kuning

               Mawar Jingga

 

*    Pokok mawar boleh dikacukkan dan menghasilkan warna yang pelbagai seperti ungu merah jambu, mawar merah kuning dan mawar kuning jingga.(Kak Long tetap suka warna yang asli)

 

*       Mawar disukai ramai dan sangat cantik untuk penyeri laman. Selain baunya yang harum, mawar menjadi pilihan kerana sering diterjemahkan sebagai lambang kasih sayang. Dari segi ekonomi, permintaan pokok mawar melebihi daripada bunga lain. (Terutama pada bulan Februari, harga bunga mawar ni kadang-kala berlipat ganda sebab ramai sangat sang kekasih yang berlumba-lumba membelinya!) 

 

*       Satu masa dulu, di Eropah, bunga mawar menjadi bunga penting untuk taman larangan istana.

 

*       Ada pelbagai jenis mawar di dunia namun, ia dikategorikan dalam tiga jenis utama iaitu Mawar Liar, Mawar Taman Tradisi dan Mawar Taman Moden.

 

*        Setiap warna bunga mawar membawa makna atau lambang yang berbeza. (Makna / lambang tu Kak Long terlupa pulak, siapa nak tolong ni???)

 

Pasti ramai yang setuju, walaupun kita suka bunga mawar @ ros ni, namun tidak pulak pokok-pokok bunga mawar ni kita tanam sendiri. Bagi diri Kak Long sendiri, bukan tak teringin nak tanam bunga mawar ni di kawasan rumah tapi tentu ramai yang lebih suka beli bunga mawar

di kedai bunga je. Kak Long tertarik betul bila baca tentang komen Pengurus Roha’s Rizqi Roses di SACC Mall Shah Alam,Kamal Kamaruddin dalam artikel tu yang mengatakan bahawa bunga mawar tidaklah sukar untuk ditanam seperti yg dikatakan ramai orang.

Kita perlu lahirkan rasa cinta jika menanam mawar sebagaimana bunga berkenaan sering dikaitkan sebagai sebagai lambang cinta.”

Wah, baru pertama kali Kak Long dengar nak tanam bunga mawar pun kena tanam dengan rasa cinta. (Ini mengata diri Kak Long lah ni, orang lain mungkin dah biasa dengar tu, tak tahulah pulak)

Membaca artikel tu, hai bersemangatlah pulak  Kak Long nak menanam bunga mawar. Jangan jealous nanti kawasan rumah Kak Long berseri-seri dengan bunga-bunga mawar yang mewangi. Aduh, tak sabarnya!

Guru oh guru!

Menjadi cikgu, orang kata seronok sebab banyak cuti. Balik pun cepat. Itu orang kata, cuba tanya cikgu pulak, sama ke jawapannya?

Kalau tanya pada Kak Long, memang seronok jadi guru, bukan kerana banyak cuti sebab orang yang tak jadi cikgu tak tahu, waktu cuti pun cikgu kena pergi sekolah. Macam-macam ada masa cuti sekolah. Kena hadiri kursus, periksa buku latihan & kertas periksa (kalau bulan Disember, mesyuarat & terperuk beberapa minggu periksa kertas) ,) dan jaga periksa. Itu belum lagi masuk ko-kurikulum hari Sabtu, tambah pulak kelas tambahan bagi yg mengajar kelas periksa. Jadi, banyak cuti tu ya? Kalau orang lain kerja masa cuti, tentu bayaran kerja lebih masa @ over time nya berlipat ganda, tapi cikgu ni, semua tu percuma kecuali kalau periksa kertas-kertas peperiksaan  dan jaga peperiksaan SPM, STPM dan seangkatan dengannya.

Kalau Kak Long seronok jadi guru sebab balik awal pun tak betul juga. Kalau dulu-dulu, mungkin habis je waktu persekolahan, boleh balik. Tapi mungkin ada antara mereka yang bukan guru dan tak ada ahli keluarga yang menjadi guru ni tak sedar, sekarang ni waktu persekolahan bukan setengah hari je. Ada sekolah yang jadual waktunya sampai pukul 4.30 petang. Itupun belum masuk lagi pada hari yang ada ko-kurikulum dan aktiviti-aktiviti sekolah yang lain. Mesyuarat pun bukannya boleh buat waktu persekolahan, jadi bila pulak cikgu ni boleh kerja setengah hari lagi sekarang ni ya!

Continue reading

Aku dan kehidupanku

Hari-hari yg agak sibuk telah bermula. Tahun ini, Kak Long sering dtg lebih awal ke sekolah sampaikan jiran tetangga semeja menegur, macamlah selama ini Kak Long dtg lewat. (Dlm setahun ada gak sekali dua punch card merah, almaklumlah daku manusia biasa)

“Azam baru?”

Kak Long cuma mengiyakan aja. Padahal bukan baru tahun ni je Kak Long dtg awal. Tapi mungkin juga tahun lepas tahun paling sedikit Kak Long di sekolah sepanjang perkhidmatan Kak Long kerana sebab-sebab yg tidak dapat dielakkan, maka kerinduan teman-teman sekerja Kak Long terutama jiran tetangga di corner lot masih belum terubat, maka kehadiran Kak Long seawal pagi agak ketara. Kak Long bukan saja2 nak terdatang pagi, tapi entah mengapa, pada tahun ini Kak Long rasa masa Kak Long agak berlebih-lebih walaupun tugasan yg Kak Long dpt lebih kurang atau mungkin lebih banyak daripada tahun sebelumnya. Ataupun mungkin sebab Kak Long dah tak perlu lagi melakukan ‘kerja2 sukarelawan’, mungkin….(Nantilah Kak Long kaji sendiri sebab musababnya)

Awal-awal tahun ni, kelas memang agak kurang tetapi kerja-kerja pengurusan dan persediaan lebih banyak perlu diberikan tumpuan. Kami sibuk dan buat-buat sibuk membuat persediaan utk acara merentas desa sehari dua ni. Semalam, ada 2 mesyuarat dan kami dah mendapat pelbagai tugas yang perlu dilaksanakan. Tak kisah sangat sebab semuanya seperti biasa. Insya Allah dapat dilaksanakan semuanya.

Hari ini cuaca agak mendung. Hati Kak Long pun mendung ke? Ina call, dan tanya kenapa Kak Long nampak lain macam hari ni. Eh, iya ke? Bertuah betul Kak Long kerana ada teman-teman yang ambil berat. Jadi, mengapa pulak Kak Long nak bermuram, hidup penuh keindahan dan keriangan dan teman-teman yang baik hati.

roses-for-you

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...