Bunga Tanjung dan Pokok Tanjung

Semasa saya ke utara, Kak Long jumpa pokok ni berhampiran rumah kenduri di utara tanahair yang Kak Long hadiri baru-baru ini. Kak Long tanya tuan rumah, pokok apakah ini? Terus-terang Kak Long tak kenal pokok ini dan tertarik sungguh dengan buahnya yang comel dan lonjong itu.

Bila tuan rumah beritahu bahawa pokok itu ialah pokok tanjung, memang terlopong sekejap sampai lalat masuk mulut. Setahu Kak Long, tanjung ialah sejenis bunga yang putih berseri. Kak Long juga tahu yang Tanjung ialah nama lain bagi Georgetown. Tapi Kak Long tak tahu, pokok tanjung ni begitu rendang. Mungkin juga bunganya terbit daripada buah yang comel itu. Oh, siapa boleh beri jawapannya?

Pada masa tu, bunganya tiada. Jadi, tak dapatlah Kak Long mencium keharuman bau si bunga tanjung!

Walaubagaimanapun, mari kita layan lagu Bunga Tanjung ini. Ada 2 lagu yang liriknya berbeza. Lagu pertama yang dapat dikongsi di sini ialah lagu asli Tradisional nyanyian Siti Mariam.

Tengok gambar bunga tanjung dalam video ini. Rasanya betul yang bunga tu berasal daripada buah comel seperti gambar pertama yang Kak Long. ambil tu.

Ada satu lagi lagu Bunga Tanjung yang sangat popular iaitu lagu yang pernah dinyanyikan oleh Allahyarhamah Toh Puan Saloma, dan pernah juga dinyanyikan semula oleh Datuk Syarifah Aini. Tapi di sini Kak Long dapat kongsi lagu yang dinyanyikan oleh Dato’ Yusni Hamid.

Menjejak kasih di Bagan Serai

Semasa ke utara hujung minggu lepas, Kak Long sempat mengikuti encik suami dan keluarganya menjejak kasih saudara mara mereka yang lama terpisah.

Dengan beberapa panduan yang mereka ada, kami sempat mengunjungi beberapa keluarga yang telah lama tinggal di Bagan Serai. Mereka yang kaya dengan budi bahasa, menyambut kami dengan begitu mesra dan meriah.

Seronok sungguh anak-anak menikmati suasana kampung yang sukar diperoleh waktu pulang ke rumah datuk dan nenek mereka. Bukan main meriah gerombolan kanak-kanak bekejaran di halaman memetik rambutan dan buah kedondong di rumah tepi sawah.

Selain itu, mereka juga sibuk menyauk ikan puyu di parit berlumpur di situ. Kali ini, mereka dibiarkan sahaja lepas bebas untuk menikmati suasa kampung. Teringat zaman kanak-kanak semasa pulang ke kampung.

image

Seronoknya menjejak kasih.

Resepi mudah membuat Yee Sang

Sebelum dan selepas CNY ini, banyak pencarian masuk di blog Mawar Merah ini mencari resepi Yee Sang. Kak Long pernah menulis secara ringkas tentang Yee Sang iaitu sejenis makanan yang disediakan oleh masyarakat cina untuk upacara melambung Yee Sang yang biasanya diadakan pada hari ke-7 Tahun Baru Cina.

Mungkin ramai yang nak menyediakan Yee Sang tidak lama lagi, maka ramailah yang cuba mencari resepi untuk menyediakan Yee Sang. Menyediakan sendiri Yee Sang tidaklah serumit yang disangka lebih-lebih lagi jika ahli keluarga berkerjasama menyediakannya walaupun di pasaran kini telah siap tersedia Yee Sang segera.

Kak Long sering juga membantu kawan yang terdiri daripada kaum cina ini menyediakan Yee Sang ini di sekolah, jadi hari ini Kak Long nak kongsikan cara menyediakan Yee Sang ini. Rasa Yee Sang ini edak juga dan disebabkan bahannya lebih banyak sayuran dan buah-buahan, ia juga sejenis makanan yang mengandungi banyak khasiat.

Resepi Mudah Menyediakan Yee Sang:-

Bahan-bahannya:

250 gram fillet ikan (salmon atau pastikan anda membeli ikan segar dan hiris nipis isi ikan putih yang digemari)
Buah limau bali berukuran sederhana dikeluarkan isinya.
Continue reading

Mentari Bukan Merah di Bukit Merah Laketown Resort

Siaran Tertunda : Ingatkan nak tulis semalam, tapi masa upload gambar, aksess internet melalui telefon tidak begitu baik hinggakan mood nak melengkapkan tulisan dan gambar terganggu.

Matahari terik ketika sampai di Bukit Merah Laketown Resort. Memang tak masuk dalam rancangan asal, tetapi memandangkan, jarak yang tidak jauh, semua kereta melencong exit ke Bukit Merah.

Continue reading

Mee Banjir Udang Kuala Sepetang Mak Teh Menggamit Datang

Sudah lama juga dengar tentang Mee Udang yang lazat di kawasan Kuala Sepetang ini, namun tak pernah berpeluang sampai ke mari. Kali ini, dengan skill pujuk rayu dan hiperbola, maka Kak Long berjaya juga membawa seluruh rombongan cik Kiah yang sama-sama ke utara sempena majlis sambut menantu untuk menghala Kuala Sepetang bagi menikmati mee banjir udang di sana.

Continue reading

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...